Friday, August 28, 2009

Puaka Topeng Putih

Bulan lepas, aku telah di hubungi oleh seseorang. Katanya, kawan masa kat U dulu. Tapi, sebab dia berdolak-dalik mengenai sape dia yang sebenarnya..aku malas nak tanya lebih-lebih..jadi, lebih baik aku senyap je..(buat perabis kredit aku je kalau layan).

2 minggu lepas.

Nombor yang tak dikenali tu muncul lagi. Kali ni dia kata, dia adalah D (bukan nama sebenar). Aku kenal lah orang yang dia cakap tu. Katanya dia dah keje kat Perak, tu sebab dia teringat kat aku (aku kan orang Perak =)).

Tapi, aku musykil lak..camne die ni leh dapat nombor aku..sebab, aku tak penah pun bermesej-mesej dengan dia masa kat U dulu..mm..aku tanya dia, dia cakap, kawan aku bagi. Kawan aku?? Naaa~sebelum aku tanya dia, aku dah cek dengan kawan-kawan aku..sapekah gerangan tuan nombor itu..tapi, sorang pun tatau..

Mmm..takpelar..mungkin kawan yang lain. Atau, memang nombor ni dia baru pakai, jadi ramai yang tatau nombor dia ni...positif-positif...

Kemudian...

Pada awal puasa aritu, kitorang adalah mesej-mesej..saje lar aku tanya kabo kan..dia kan duk kat perantauan..umah nye jauh kat selatan nun. Masa mesej-mesej tu, dia ada cakap pasal nak gi bazar ramadhan..

Kemudian...beberapa hari selepas itu..

Aku terlihat gambarnya di Facebook seseorang. Dan pada masa itu adalah pada ketika dia bermesej-mesej dengan aku yang kononnya dia nak gi bazar ramadhan..Sedangkan gambar itu, adalah majlis yang ada makan-makan..mm..pelik kan??

Kemudian..

Tiba-tiba, kelmarin si D ini telah menawarkan aku sesuatu..Ia adalah tawaran yang pelik. Bersangkutan dengan tawaran itu, adalah termasuk dan terkait jugak bab-bab berhubung friendster aku.

Di situ aku pelik lagi. Dia bukan friend aku..macam mana dia boleh view aku punya profile? Sedangkan profile aku private??

Katanya, kawan aku yang bagi friendster aku tuh..ecece...sapelar kawan-aku-yang-baik-hati-tu yek..kalau pun kawan aku yang bagi, pastinya die MESTI membuka friendster aku bersama-sama dengan kawan-aku-yang-baik-hati-tu kan?? Sebab profile aku private..Sedangkan, katanya...dia sorang-sorang je kat Perak tu, takde kawan...Takkan lar kawan-aku-yang-baik-hati-tu nak bagi password akaun friendster die semata-mata nak bagi si D ni buleh bukak friendster aku kan?? Huishh memang baik sungguh kawan-aku-yang-baik-hati-tuh =)

Naa~~

Kemudian..oleh kerana aku ni memang bercita-cita nak jadi pegawai penyiasat..(wakaka)..jadi, aku pun memulakan siasatan aku..

Gini ye lebih kurang perbincangan kami :

Aku : Wei..ko gi ke ***** tu?
D : Eh, aku tatau pon..
Aku : Owh yeke..
D : takgi lar...aku kan duduk kat ceruk neh..mana aku tau hal-hal orang lain
Aku : Owh, i c..mm
D : Knp?
Aku : Ko ni betul ke D Bin F (aku sebut nama penuh die)
D : eh, betullar..itu kan nama dalam ic aku..
Aku : Owh..setahu aku, si D Bin F ni pegi ***** tu.. aku tengok kat facebook si polan neh..
D : Ko ada bukti ke? Jangan lar nak psiko2 aku...
Aku : tak caya, pi lar bukak facebook si polan neh..
D : aku mana ada tenet...
Aku : takpe, ni lar aku nak bagitau ko..kat facebook si polan tu mmg ada gambo ko...and pasal fs tu, mustahil untuk ko bukak. Ok lar, be honest, sape ko sebenarnye???

Pastu nak tau apa terjadi????

Haaaa~~itu yang kite tak tawuuuu..=P

Keh3~~ sekarang sudah lebih 24hours dia tak reply lagi mesej aku. So, leh lar aku repot polis kan? Dah hilang 24hours..wakaka..ntah-ntah kena culik ke hape...maklumler kan kate die, die duk kat ceruukkk..sebatang kara pulak tuh..LaLaLaaa~~


** Aku sebenarnya musykil dengan cara ayat-ayat yang dia gunakan. Sangat sama dengan ex-housemate dia yang rajin mesej aku dulu. Ish2~~takkan lar same bebeno dengan ex-housemate die tu ek..sehati sejiwa kot..wakakka.. Takkan housemate die tu yang kasi nombor aku? Untuk ape..ish..sedangkan, masa di awal-awal si D start mesej aku..si D ni mintak kat aku nombor housemate die tu..sebab dah terlost contact..mistewieeeee =P

Oleh itu, ini pesanan untuk anda :

Bukalah TOPENG anda itu, supaya saya tidak hilang rasa hormat kepada anda jika benar anda adalah kawan saya. Sekian, terima kasih.

_____________________________________

Puaka Topeng Putih
Ni tajuk cerita kat Astro Ria. Hahaha..salah sorang pelakonnye Tiz Zaqyah Nur Kasih tu. Cite ni pasal Intan Ladyana bunuh kawan-kawan baik dia sebab nak balas dendam. Kawan dia yang lain ialah Juliana Evans (Kami) & Siti Saleha (5 Jingga). Bengongg..pasal boyfren pun sampai nak bunuh kawan-kawan baik sendiri. Dah ar die bunuh Nur Amina aku..cess punnye Intan Ladyana..cian Nur tak pasal-pasal kena libas dengan parang..ish2 kejam3~~

No comments: