Monday, August 31, 2009

52 tahun

Hargailah perit jerih...ada yang bergolok gadai...si isteri hilang suami...si anak hilang tempat bergantung...lelaki-lelaki itu cacat anggota seumur hidup...dengan airmata IA dicapai dan dipertahankan. Janganlah kita mencatitkan nama di dalam sejarah sebagai PEROSAK nya.


Hargai & bersyukur lah kita atas nikmat ini. Jangan pandai melalak tak tentu pasal. Jika kamu hidup..pada zaman mereka bergolok gadai..pada zaman mereka meredah belantara memburu komunis...pada zaman mereka menatap kaki yang tercerai dari tubuh...pada zaman mereka menangisi pemergian insan disayangi kerana perjuangan itu...adakah kamu sanggup melakukan seperti apa yang mereka lakukan?


Ingatlah, apa yang termaktub kini adalah hasil dari persetujuan pelbagai kaum di negara ini dahulu.


SELAMAT HARI MERDEKA.

merdeka bangsa. merdeka minda.




Sekadar catatan...
Kata Hang Tuah....takkan Melayu hilang di dunia.

Betul...tetapi...di manakah kedudukan Melayu itu? Pengemis di negara sendiri? Atau sekadar pengibar bendera?? Mintak simpang...wallahualam.

Friday, August 28, 2009

Puaka Topeng Putih

Bulan lepas, aku telah di hubungi oleh seseorang. Katanya, kawan masa kat U dulu. Tapi, sebab dia berdolak-dalik mengenai sape dia yang sebenarnya..aku malas nak tanya lebih-lebih..jadi, lebih baik aku senyap je..(buat perabis kredit aku je kalau layan).

2 minggu lepas.

Nombor yang tak dikenali tu muncul lagi. Kali ni dia kata, dia adalah D (bukan nama sebenar). Aku kenal lah orang yang dia cakap tu. Katanya dia dah keje kat Perak, tu sebab dia teringat kat aku (aku kan orang Perak =)).

Tapi, aku musykil lak..camne die ni leh dapat nombor aku..sebab, aku tak penah pun bermesej-mesej dengan dia masa kat U dulu..mm..aku tanya dia, dia cakap, kawan aku bagi. Kawan aku?? Naaa~sebelum aku tanya dia, aku dah cek dengan kawan-kawan aku..sapekah gerangan tuan nombor itu..tapi, sorang pun tatau..

Mmm..takpelar..mungkin kawan yang lain. Atau, memang nombor ni dia baru pakai, jadi ramai yang tatau nombor dia ni...positif-positif...

Kemudian...

Pada awal puasa aritu, kitorang adalah mesej-mesej..saje lar aku tanya kabo kan..dia kan duk kat perantauan..umah nye jauh kat selatan nun. Masa mesej-mesej tu, dia ada cakap pasal nak gi bazar ramadhan..

Kemudian...beberapa hari selepas itu..

Aku terlihat gambarnya di Facebook seseorang. Dan pada masa itu adalah pada ketika dia bermesej-mesej dengan aku yang kononnya dia nak gi bazar ramadhan..Sedangkan gambar itu, adalah majlis yang ada makan-makan..mm..pelik kan??

Kemudian..

Tiba-tiba, kelmarin si D ini telah menawarkan aku sesuatu..Ia adalah tawaran yang pelik. Bersangkutan dengan tawaran itu, adalah termasuk dan terkait jugak bab-bab berhubung friendster aku.

Di situ aku pelik lagi. Dia bukan friend aku..macam mana dia boleh view aku punya profile? Sedangkan profile aku private??

Katanya, kawan aku yang bagi friendster aku tuh..ecece...sapelar kawan-aku-yang-baik-hati-tu yek..kalau pun kawan aku yang bagi, pastinya die MESTI membuka friendster aku bersama-sama dengan kawan-aku-yang-baik-hati-tu kan?? Sebab profile aku private..Sedangkan, katanya...dia sorang-sorang je kat Perak tu, takde kawan...Takkan lar kawan-aku-yang-baik-hati-tu nak bagi password akaun friendster die semata-mata nak bagi si D ni buleh bukak friendster aku kan?? Huishh memang baik sungguh kawan-aku-yang-baik-hati-tuh =)

Naa~~

Kemudian..oleh kerana aku ni memang bercita-cita nak jadi pegawai penyiasat..(wakaka)..jadi, aku pun memulakan siasatan aku..

Gini ye lebih kurang perbincangan kami :

Aku : Wei..ko gi ke ***** tu?
D : Eh, aku tatau pon..
Aku : Owh yeke..
D : takgi lar...aku kan duduk kat ceruk neh..mana aku tau hal-hal orang lain
Aku : Owh, i c..mm
D : Knp?
Aku : Ko ni betul ke D Bin F (aku sebut nama penuh die)
D : eh, betullar..itu kan nama dalam ic aku..
Aku : Owh..setahu aku, si D Bin F ni pegi ***** tu.. aku tengok kat facebook si polan neh..
D : Ko ada bukti ke? Jangan lar nak psiko2 aku...
Aku : tak caya, pi lar bukak facebook si polan neh..
D : aku mana ada tenet...
Aku : takpe, ni lar aku nak bagitau ko..kat facebook si polan tu mmg ada gambo ko...and pasal fs tu, mustahil untuk ko bukak. Ok lar, be honest, sape ko sebenarnye???

Pastu nak tau apa terjadi????

Haaaa~~itu yang kite tak tawuuuu..=P

Keh3~~ sekarang sudah lebih 24hours dia tak reply lagi mesej aku. So, leh lar aku repot polis kan? Dah hilang 24hours..wakaka..ntah-ntah kena culik ke hape...maklumler kan kate die, die duk kat ceruukkk..sebatang kara pulak tuh..LaLaLaaa~~


** Aku sebenarnya musykil dengan cara ayat-ayat yang dia gunakan. Sangat sama dengan ex-housemate dia yang rajin mesej aku dulu. Ish2~~takkan lar same bebeno dengan ex-housemate die tu ek..sehati sejiwa kot..wakakka.. Takkan housemate die tu yang kasi nombor aku? Untuk ape..ish..sedangkan, masa di awal-awal si D start mesej aku..si D ni mintak kat aku nombor housemate die tu..sebab dah terlost contact..mistewieeeee =P

Oleh itu, ini pesanan untuk anda :

Bukalah TOPENG anda itu, supaya saya tidak hilang rasa hormat kepada anda jika benar anda adalah kawan saya. Sekian, terima kasih.

_____________________________________

Puaka Topeng Putih
Ni tajuk cerita kat Astro Ria. Hahaha..salah sorang pelakonnye Tiz Zaqyah Nur Kasih tu. Cite ni pasal Intan Ladyana bunuh kawan-kawan baik dia sebab nak balas dendam. Kawan dia yang lain ialah Juliana Evans (Kami) & Siti Saleha (5 Jingga). Bengongg..pasal boyfren pun sampai nak bunuh kawan-kawan baik sendiri. Dah ar die bunuh Nur Amina aku..cess punnye Intan Ladyana..cian Nur tak pasal-pasal kena libas dengan parang..ish2 kejam3~~

Tuesday, August 25, 2009

Bazar Ramadhan

Semalam pertama kalinya berpuasa & nak berbuka kat Penang. Sebab, 2 hari pertama aku adalah berbuka di kampung =)

Jadi, sebagai persediaan untuk mencari juadah berbuka, aku telahpun menanya-nanya sana-sini dimanakah bazar ramadhan yang terdapat di pulau ini. Tapi, takde yang memuaskan ati. Jadi, sebelah petangnya, aku & Mas bercadang merempit saja..memandangkan, petang itu tidaklah hujan..dan juga, memandangkan adalah pasti dengan yakinnya..kesesakan lalu lintas bakal berlaku.

Jadi, perjalanan tanpa arah kami bermula dengan menghala ke arah Batu Feringhi. Mula-mula bercadang nak ke arah Air Itam teTATApi, ternampaklah oleh kami seorang kakak menaiki skuter hoye-hoye yang membawa berplastik-plastik juadah di skuternya. Mengikut firasat kami, kakak itu dari arah Batu Feringhi. Oleh kerana itulah kami membuat keputusan untuk ke arah sana juge.

Dan, sangat gumbirenye kami, sebab kami jumpa bazar ramadhan tidak sampai 10 minit selepas itu..hik3~~

Tak lar beso sangat...and tak banyak choice pun..aku + Mas beli nasi ayam, lauk-lauk untuk sahur, ayo kelape, ayo tebu & murtabak.

Ish~~tetibe windu plak kat bazar ramadhan Parit Raja + Kuantan yang sangat lar bannnyak choice & besyOoo..

Dan..huh, kiciwa daku..bile tiada kelihatan nasi kerabu feberet ku =(

Pastu kan..adeke ayam percik yang sebesoo tapak tangan neh RM4 seketul!! Chicken wing yang cino'et jek RM1.40 seketul!!grr..seb bek itu bukan feberet aku..=P






notes:
++ Mas adalah osmetku merangkap rakan sekerjaku
++ Baru kini dapat merempit dengan moto Mas setelah aku berjaya mengambil satu helmet mak kat umah hik3~~

Saturday, August 22, 2009

Fes tyme..

Rasanya, ini kali pertama, 1 ramadhan aku sahur kat rumah..kat kampung. Dah lama sangat dah tak rasa perasaan neh. Rasanya semenjak dari matrik kut.

1 ramadhan tahun lepas..adalah hari pertama aku di Kuantan. Sangat lar tak tahunye nak wat ape...sedih pun ada. Tapi, apa nak wat..esoknya dah nak kena start keje. Esoknya plak, masa nak berbuka ada orang tepon aku nanges-nanges...katanya, "Sian ko..berbuke sorang-sorang..takde sape-sape.." ngee~ sapekah die?

Haaa....itu yang kite tak tawuuuu~~ =P

1 ramadhan tahun sebelumnya plak...masa aku final year..aku & cha pergi Puchong..naik bas.. PSM punya pasal lar neh. Pergi kat company tu..dah ar kena marah..ish2..sabau jelar.. nasib baik bulan puasa. On the way pergi Puchong tu jugak (dalam bas) aku memang frust giler..sebab ada hamba Allah mesej & buat permintaan yang paling tak boleh diterima akal. Harap dia dah berubah. Amiin.

Pagi tadi (tak lar pagi sangat..dalam kul 10 lebih)...aku bukak tv..adeii..semua nye program masakan..abes program masakan, nextnye pun program memasak jugek! Dari tukang masaknye chef, artis, kerabat diraja sampailar akak umah tepi bendang pon ade..

Dannnn...mak aku pun paksa aku salin.. Sape ntah lar yang nak masak tu nanti. Biskut raye tu aku tau dah sape punye keje tuh nanti..ekeke..mestilar kakakku Cik Intan..kan2???

Tapi aku salin gak yang lauk pauk tu tadi...sebab mak kate...

"Bukan nak suh ko masak masa neh..simpan ler..masak bile dah kawen nanti!"

Ekeke..inikusuka mummy! kuang3~~

Friday, August 21, 2009

Tuesday, August 18, 2009

To Cik Mukah & Cik Norespon

Ni entry tak pueh ati..

Sampai ati korang tak layan aku nak mengadu domba...cett..aku cedih taw..wuwuuu...

Aku sedang kiciwa neh taw..cis cis dan cis lagi...

Sorang cibuk nak layan Nur Kasih

Sorang plak cibuk nak berhoye-hoye dengan Jaja yang-dah-lawa-sebab-pakai-maskara tuh...



err..sib bek aku takde depan korang kan? kalau tak mesti aku kena flying kick kan sebab nak mengadu pasal cerite tuh lagi dan lagi...tapi macam korang tak tau..kan memang aku suke cerite pasal tu..yang pertame ler kunun....(ampun intan!ampun murni!)

fuhh..sib bek korang jauh..leh aku kutuk kat sini jek..hek~~ =P

Peluang dan Ruang

Carilah peluang dalam setiap kerumitan, bukan mencari kerumitan dalam setiap ruang.

Andai suatu hari kita ditakdirkan menerima suatu berita yang mengejutkan...adakah kita mampu bersabar, bertenang dan tersenyum?

Cukup bersediakah kita? Mungkin sesaat, seminit, sejam atau sebulan dari sekarang...kita akan dihadapkan dengan sesuatu yang tidak kita jangka.

Yeah, manusia hanya merancang, ALLAH yang menentukannya.

Mengajak diri kita untuk bertenang, bersabar..atau tersenyum di dalam duka mungkin tidak semudah menutur kata...

Yang tidak mudah..dan yang sukar itu adalah untuk mencari suatu KEKUATAN. Di mana kekuatan itu perlu kita cari? Di mana ia untuk kita gali? Di mana ia untuk kita dakap? Di manakah ia? Adakah ia ada untuk KITA?

Siapa yang menentukan KEKUATAN ada untuk kita?...HANYA KITA. Yep, kita yang menentukannya. Usaha kita.

Kekuatan itu ada pada MINDA kita. Bagaimana kita mengawal minda kita. Kita perlu mengawal minda bukan minda mengawal kita.





Mudah menulis..tapi sukar dipraktikkan. Yep.

Mindaku Kekuatanku, pegang hati ini..
pujuk hati ini....sentuh ia dengan kasih sayang...
belai ia..agar ia tidak rasa terguris..agar ia tidak berasa jauh...
tatanglah ia..agar ia berasa dikasihi...
siramkan ia dengan hembusan sinar luhur..
agar ia sentiasa berbaik sangka dan ikhlas...
biarlah keikhlasan itu kekal bersama hati...
jangan biar ia terpisah dan berpisah..
jangan biar hati ini dicemari titik hitam...
pujuk lar hati ini agar ia sentiasa redha...

Monday, August 17, 2009

Sabtu yang indah..

Hari Sabtu bersamaan 15 ogos 2009.

Berlangsungnya mini reunion (memang sungguh mini..sebab ada 10 orang jek haha).

Line up
Boys : Azmizal, Shawal, Meor, Hazwan dan Amal Asrol.
Girls : Syud, Madah, A'an, Sarah dan Munirah

Haha..5 boys & 5 girls..hek3~~

Aktiviti bermula dari rumah Azmizal lagi. Tapi, aku cuma join bila acara dah berlangsung kat pulau..(aku kan keje ari sabtu =P). Tempat pertemuan yang dirancang..kat Queensbay..tapi, aku masuk..dorang keluar..haha..

Jadi, tempat pertemuan ditukar kepada roundabout Queensbay.

TaTapi..semasa daku mahu membayor parking di machine autopay itu..adalah sangat-sangat dan sangat terkezut nye..sebab daku bertembung dengan Shawal & Amal...daku pikirkan siapa di belakangku..rupak-rupaknya mereka..apalagi..memandangkan duit syiling ku asyik direject-reject mesin tuh..makanya Shawal pun bayorkan lar duit parking daku. Thanks Shawal (and Thanks Allah, jumpe orang kenal..hik3~~).

Mereka juga menunggu Sarah di roundabout itu. Pastinya, aku lar yang paling lambatnye..=P

Kemudian, kami ke Pantai Seagate (beetul ke eja neh??). Sembang-sembang dan sembang lagi..sehingga lar menjelang senja. Sarah pun pulang. Tetapi kami yang lain meneruskan perjalanan ke Batu Feringhi..dinneerrr...

TeTATApi...Hazwan kate, die nak bawak kitorang pusing pulau..ikut Balik Pulau...Ape-ape ajelar..asalkan sampai Batu Feringhi...

TetTTTAAPI...alangkah terkezutnye beta..kerana jalan itu sangat dasat ye...Ye, sila bayangkan JALAN bengkang bengkok berhantu yang sangat dasat ok?!

Jenuh ku kayuh dan kayuh kancil ku...sangat penat taw! Punyalar dasat jalan tuh..sampaikan A'an yang tumpang aku..pening-pening sampai muntah..hik3~~

Namun, akhirnya..sampai jugek kat restoran yang ingin dituju.

Sesampainya di situ..pesan makanan (semuanya dipesan oleh Meor & Shawal..aku cume dengar ada pari bakar jek haha).

Ape lagi..sembang lagi dan lagi lagiiii...


Dah pukul 10.30 lebih kurang kami pun bersurai..hihi..


sekian..laporan dari Unit Berita DingDongDongInai





** buntut kancilku telah dicium oleh seekor MyVi itam petang tadi!! Cess..cacat buntut keteku..lain kali reverse tengok ar cermin..sik skola punye drebar MyViiii!

Sunday, August 16, 2009

Otak Otak Otakkkkk...

SAKIT OTAK .noktah.




otak otak otakkkkk...
(dah macam Zombi Kampung Pisang jek)

Saturday, August 15, 2009

Birokrasi

Bila sesuatu projek itu melibatkan banyak pihak...rasa cam dingDongnye pale..macam-macam kerenah. Birokrasi tak payah cakap lar.

Yang lagi best, bila ada yang berpura-pura dan menyorokkan fakta..semata-mata nak selamatkan diri masing-masing.

Peluang terbaeek lar tuh nak kenekan orang-orang lain.

Tapi, mestilar orang-orang yang terlibat tak nak mengaku kesalahan masing-masing kan...takut nanti mereka yang akan dipertanggungjawabkan walaupun mereka tahu siapa sebenar yang salah dan siapa yang sebenarnya yang betul.

Mind set masing-masing..bila ada masalah sahaja tuding jari ke 'buruh kasar' itu. Dan mind set paling sadis sekali adalah (dan rase seperti..ee..macam hampessnyiornye mereka-mereka ini..POYO habis-habisssann)...meeting adalah tempat mencari salah siapa..bukan untuk mencari masalah untuk diselesaikan.

Tapi, itulah acuannya turun temurun...tu sebab ter'mind-set' macam tuh.

Tapi, aku pun tahu (sebab orang selalu cakap macam ni..pasni pun mesti ada orang cakap lagi pas baca ni)...

Ini lar dugaan dunia pekerjaan.

Ini pengalaman.

Biasalar tuh...Ini baru sedikit je ujiannya.

Kena S.A.B.A.R (thanks to cekgu syuhadah again =P).




Tapi takpe...seperti yang selalu aku cakap pada Mas...
...bersyukur lar mereka-mereka yang kenal aku sekarang..bukan pada masa zaman dulu-dulu..pada ketika aku suka sound-direct-no-tapis-tapis-takkire-tuakemude...


And again..thanks to Allah kerana melorongkan jalan aku ke SERATAS...tempat aku banyak belajar berS.A.B.A.R walaupun kadang-kadang terbabas jugak.






~ s a b a r l a h w a h a i h a t i ~

Sembang-sembang

Petang tadi (err..dah buleh panggil petang semalam kut =P)..aku sembang-sembang dengan sorang brother neh...

Driver bas SMK Zainab, Kota Bharu..haha..camni ceritanya...

Bas tu parking kat dalam site aku..(budak-budak skola tu wat rombongan kat SPRM)..bas tu parking dekat dengan gate...oleh kerana masa tu dah nak pukul 5..jadi aku pun berkire-kire nak pi jumpa driver bas tu..suruh alih bas sebab kitorang nak balik.

Dalam kul 4.45 aku kuar..aku tengok brother driver tu sedang berjalan-jalan sambil ronda-ronda ke arah site office..aku pun tunggu je lar brother neh kat depan site office ..heh, tak payah lar aku pi menapak kat bas tuh..jauh tuh nak pi depan gate..=P

Aku pun tegur abang tuh...tanya itu ini berbasa-basi sket...

Tapi, punyalar berbasa-basinya aku..sampai kan segala jenis topik perbincangan yang keluar. Dari sejarah pekerjaan abang tuh+sejarah kerja aku+sejarah site aku+sejarah hidup abang tuh+isteri/anak/ex-tunang dia+sejarah aku(apa dia neh??haha)+isu poligami di kelantan+isu semasa+tips-tips mencari calon suami(hak3~~)+tips-tips rumahtangga...dan banyak lagi..haha..

Aku pun kagum, camne dalam masa yang singkat leh sembang banyak gitu. Mas pun hairan..haha..

Dia kate "rasanya ko ni pegi keluar sekejap je..tapi, banyak gile cerita ko dapat!"

Ngee~~

Abang tu ada pesan...

"Bila kamu cintakan seseorang..kamu mesti yakin & confident dengan dia..dan jangan pilih lelaki yang seperti lalang..berubah mengikut angin..."



=P

Hilang Di Mata

Di pegang tiada...di lihat hilang..tapi di hati ia terasa ada.
___________________________

Mm...

Kata seorang teman..dia belajar menerima seadanya 'apa' yang tersedia untuk dia. Sebabnya, dia bukan sesiapa (bukan aku ek!) untuk meminta yang lebih-lebih.

Kagum daku~sebab?? Sebab pilihan yang dibuatnya tu...melibatkan masa depannya...yang kalau pada aku adalah satu keputusan yang berat sebelah. Berat kepada satu pihak sahaja. Bukan berat pada pihak dia.

Tapi, aku memang bangga dengan dia. Dia tak pentingkan diri pun. Segalanya melebihkan orang lain. Tak pernah lupa pada orang sekelilingnya.

Terharu juga aku..bila pada suatu ketika dia pernah menyatakan cita-citanya..tentang sesuatu..masih lagi tentang membantu orang lain...bukan tentang dirinya.

Moga cita-cita murninya tercapai. Dan, pastinya daku akan membantu kamu sedaya mungkin. InsyaAllah.



**tulisan kaler merah takde kaitan dengan isi entry ini =P

Friday, August 14, 2009

Cinta Pertama

Aku cintakan dia..dulu, sekarang dan sampai bila-bila pun...sebab dia adalah CINTA PERTAMA aku..

Perghh..dasat betul statement neh. Setia (??) betul.

Betul ke cinta pertama itu susah untuk dilupakan? Ada orang kata, kalau tak boleh lupa tu maknanya kita tak boleh terima kenyataan. Tak terima qada' dan qadar kata mereka.

Tapi, betul ke begitu? Suatu kesalahan ke mengingati cinta pertama?

Mungkin jadi salah, bila kita mengharap cinta pertama itu hadir kembali dalam hidup kita. Atau kecintaan kita kepada cinta pertama itu telah menutup peluang cinta kedua, ketiga, keempat atau yang keseratus.

Cinta pertama kadang-kadang bukan indah mana pun..lebih derita dari bahagia..tapi, bagi sesetengah orang..itulah yang paling melekat di jiwanya.

Mungkin kerana cinta itu hadir luhur dari hatinya (walaupun cinta pasangannya tak lahir dari hati). Jadi ia sangat melekat di hati dan mindanya. Bagi cinta pertama yang lahir hanya dari nafsu..mungkin sekelip mata ia akan dilupakan.




wallahualam.

Wednesday, August 12, 2009

Di sebalik itu...

Kadang-kadang, tertanya-tanya kenapa orang itu..walaupun nampak hebat..tapi, tidak pernah berjaya.



Dia berbakat. Berpengalaman. Bijak berkata-kata.



Tapi, kenapa kejayaan itu seperti tidak bersamanya.

Oleh itu, kita perlu menoleh ke belakang. Bertanya khabar pada Sang Sejarah. Sejarah kan sang setia yang teguh di belakang.

Ya, kita perlu bertanya Sejarah.

Oh, rupa-rupanya dulu ketika kejayaan didaki...ramai yang dipijak. Patutlah kejayaan sukar bersama dan setia bersama.






~jangan pandang belakang.

Tuesday, August 11, 2009

Sunday, August 9, 2009

Lagi Tak Faham!

Liberal
Hero
Adil


Mungkin itu kut hajat sesetengah orang. Tapi aku tak paham lar..ish memang tak faham sungguh.

Kenapa ye, bila ada kawan mereka mengutuk bangsa sendiri dan lebih teruk lagi agama sendiri..mereka boleh senyap jek. Berkutik pun tak..Huh, hairan lar..ish...kenapalah awan-awan hairan aku sangat beso kat kepala ni ek.

Tapi, lagi hairan aku nih..bila tiba kaum lain punya masalah...punyalar manusia ni bising tahap nak pecahkan gegendang telinga...ish..kenapa ek?

Ish..kenapa aku tak faham ek? Mungkin dari tadika sampai U takde silibus camne nak faham orang neh kut. Dalam silibus hidup aku pun takde kut. Uh eh Uh ehhhh...

Tak Paham

Sungguh tak paham...bila ada orang sanggup buat perkara yang di luar alam atau lebih tepat, menyibuk tahap petala kesebelas per dua belas??

Why?why?why??

Ish..takde lar aku nak berfikir secara serius mengenai perkara ni. Bukannya ada effect pun kat aku. Cuma, terasa seperti hak-hak peribadi diceroboh oleh orang yang tak sepatutnya. Rasa macam sedang di intip manusia phycho pun ada gak. Aku bukannya nak berahsia sangat pun..cuma, kadang-kadang ada hal yang orang-orang tertentu sahaja boleh tau. Bagi orang-orang tak tahu yang nak tahu..mungkin boleh cuba cara lain. Atau mungkin di masa lain. Bukan macam cara orang-physho-yang-sangat-menyibuk-lagi-menjelikkan ni.

Mmm..mungkin dia rasa KAMI akan anggap dia hebat..sebab tahu segalanya pasal KAMI. Atau, mungkin pada pandangannya KAMI akan menjadi rapat atau menjadi selesa bercerita dengannya jika dia tahu segalanya. Tapi, dia silap..kerana sekarang, dialah manusia pertama yang OUT-of-LIST.







sedang menjalankan ujikaji bagi teori -manusia-phychoTIK...hoooreyyy Hoooreyy

Sunday, August 2, 2009

Tabiat

Aku bukan nak tulis pasal buang tabiat. Tu maknanya 2 kali jumaat je lagi =P

Aku cuma nak tulis pasal tabiat aku yang satu neh.

S-O-N-G-S-A-N-G

ahha..bukan songsang kepada kaum sejenis ek.

Contoh ke-Songsang-an itu adalah :

1. Baca paper dari belakang.

2. Baca novel pun dari belakang, pastu baru start baca dari depan (maknanya aku tau ending dulu)

3. Kalau aku tengok video yang ade banyak part..aku akan tengok part last dulu

4. Kalau baca blog orang pun, aku akan scroll sampai bawah dulu, baru start baca (especially untuk blog yang first time aku baca)

5. Dokumen kontrak pun aku bukak dari belakang haha..=P


Ade ape-ape makne tersembunyi ke??

Haaa..itu yang aku tatau..=P

Saturday, August 1, 2009

Tingkat Kesempurnaan

Semua orang tak sempurna. Tapi ada orang pandai me-RENOVATE-kan diri mereka untuk menyerlahkan ketaksempurnaan menjadi keistimewaan.

Kadang-kadang kita terlampau punya banyak permintaan dan harapan. Kadang-kadang sehingga terlupa ada hati yang kita ketepikan...

Aicewahhh...mukadimah tak buleh blah...=P


Aku cuma nak citer semalam aku tengok NUR KASIH. Haha..tu je. Apa istimewanya NUR KASIH minggu ni? Sebabnya aku dapat tengok kat tv..selalu kan aku tengok kat catch up tv TV3...semalam, aku ajak Mas pi kedai mamak kat umah Mas tu nak tengok tv punye pasal. Aku tau minggu lepas die pasang citer NUR KASIH..tapi, masa tu aku datang lambat..so, tak dapek nak nengok...tv plak kat luar..aku duk kat dalam.

So, kebetulan semalam Mas tumpang aku..jadi aku wat sedikit (serius memang sedikit jek) paksaan pada Mas untuk diner kat kedai mamak tuh..hihi.

Memang besh!

Especially part last tuh..LaLaLaa~~~

Ahhaa...Terkojut Nur Amina...