Friday, May 29, 2009

Ku Pergi Jua...

Hari terakhir aku di syarikat itu.

Ngee~~ade KeK taw..kuang3~~



[Majlis Perpisahan Ira 29-05-09]

Di kesempatan ini...aku ingin menitipkan ucapan (ceeewahh) buat mereka di company itu :

Kak Nor: Sila rujuk ucapan aku di entry sebelum ini..ekeke

Kak Sharifah : Thanks..hehe..sebab sangat sep0Oting...Akak ni inspirasi aku taw. Kenapa? Haa..itu yang kite tak tahu ye...hehe..biarlah aku sorang je yang tahu..=P

En. Ubai : Thanks...aku tak paham sangat perangai bos yang ini. Tapi, aku sangat hormatkan dia..sampai nak sembang pun aku tak berani..keh3~~

En. Mail : Thanks...atas sebab tutTuTtut..hehe..En. Mail ni selalu cakap dia Abah aku =)

En. Mat Rafli : Thanks..Ni lagi sorang..aku tak paham betull...haha..selalu terjadinya komunikasi tak berkesan.

Kak Miza : Thanks...untuk peluk cium sebanyak 6 kali tadi..haha...3 daripada Kak Miza & 3 lagi on behalf Kak Sharifah..sebab Kak Sharifah tak sempat nak jumpa aku sebelum balik tadi.

Kak Ina : Thanks...atas lawak-lawak sengal yang class..memang mengingatkan aku kepada kawan-kawanku..huhu

En. Azman : Thanks...oh, pokcik ku..walaupun suke sebarkan virus kepada ku..teTapi, ilmu-ilmu mu, kan ku kenang hingga ke akhir hayat (aiceewah). Thanks..kerana selalu berkongsi cerita dan panduan.

En. Mat Sahar : Thanks...sebab sudi berebut makanan dengan aku...hahaha

Sukri : Thanks..atas panduan-panduan & cerita-cerita yang dikongsi. Hehe..rahsiamu itu kan kujaga rapi. Good luck!

Bro Rahim : Thanks..sebab tolak kerusi aku masa aku tengah panjat-panjat lemari tadi..haha..kala jatuh tadi, saya saman bro!haha..kalau brani meh ar kite gi Perak..=P

Bro Heri & Bro Razali : Thanks..sebab sudi sembang-sembang dengan aku.

Tai Ngah : Thanks..sebab selalu buat telinga aku berdengung..haha..sila slow kan volume suara anda!

Bos 1 : Thanks..amik saya keje situ. Ngee~~baru 2 bulan ni dia ingat nama aku!

Bos 2 : Thanks..sebab selalu bawak saya jalan-jalan. Err..nama saya memang Munirah...kuang3~~

Pullamak...cam ucapan kat majlis anugerah bintang fofular pulak..ekeke..aiceh, mesti brother bengkel sebelah tu rindu aku nanti (owh, daku perasan la pulak hehe). Tiap-tiap ari aku catwalk depan dia..haha..

Thursday, May 28, 2009

ItS A Final CountdOwn

uh la la...

Esok. Hari terakhir aku di syarikat itu.

Tadi dah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan bersama Kak Nor. Sebab esok Kak Nor cuti.

To Kak Nor...

Thanks...sebab banyak tolong aku. Selalu memanjakan aku. Banyak jadi penyelamat aku. Dan banyak jadi jurucakap tak rasmi aku sepanjang aku kat syarikat ni...walaupun kadang-kadang apa yang Kak Nor cakap semasa menjadi jurucakap tu lawak jek ihihi...

Apa-apa pun..terima kasih banyak-banyak.

Sunday, May 24, 2009

Khas untukmu Murni

Ngee~~ Entry khas untuk Murni (..norespon) untuk memenuhi permintaannya..

Petikan-petikan ayat dari Syurga Cinta

"Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya ke mana perginya matahari...rupa-rupanya Allah memberikan kita pelangi"
-Syuhadah

"Andai seseorang itu hadir dalam hidup saya dan dia terpaksa meninggalkan saya kerana sesuatu sebab..saya redha kerana dia pernah membahagiakan saya"
- Syuhadah

"Cinta dan hati saya adalah untuk orang yang benar-benar ikhlas mengenali saya bukan untuk dipersenda"
-Syuhadah

"Jodoh telah ditentukan oleh Allah, saya sebagai hambaNya perlu berusaha dan tawakkal supaya mendapat jodoh yang di senangi Allah"
-Syuhadah

"Cinta terbahagi kepada 3 jenis..."
-Syuhadah

...di sambung oleh Atuk
"Cinta daripada Syaitan, cinta daripada Jin dan cinta daripada Allah"

"Jadilah seperti perempuan di dalam bekas kaca..yang sukar disentuh. Hanya untuk orang yang benar-benar mampu sahaja" *lebih kuranglar ayatnye...kurang ingatan plak apa Atuk cakap hehe*
-Atuk

"Saya kan pelajar pintarrrr..." Ikmal alwaysssss..=)


Ayoyo...terpromote Syurga Cinta plak..hik3~~




**dalam paper duk cerihik sinopsis nya..Syuhadah kecewa terus balik kampung. Padahal dalam pelem...Syuhadah pi lepak kafe je..sambil baca buku..erm...La Tahzan. (nasib baik betul-betul takde adegan balik kampung tuh..sangat klise..hihi)



[updated]

lagi ayat-ayat yang terrr-ulang-ulang dalam kepala otak aku

"Saya perlukan cinta, kasih dan sayang yang ikhlas hingga nyawa kita bercerai dari badan...bukan untuk dipermainkan...bukan untuk dipersenda"
-Syuhadah (ni part last~~syiookkk...)

"Saya maafkan awak...walaupun awak langsung tak bersalah pada saya"
-Syuhadah (aku suka Syuhadah time nih~~hihi)


Antara part yang menarik, bila...

Irham terrbaca Bismillah masa nak minum arak (untuk raikan dia dah permainkan Syuhadah). Pastu Irham tu sedih gile...
-Terkedu daku...huhu..kenapa daku terkedu?? Haaa..itu yang kite tahuu...


Honestly, pelem ni biasa sangat...subjek betting ni biasa..cuma cerita-cerita sebelum ni takde yang islamik lar. Tapi..tak tau lar apa yang membuatkan ia sangat 'sesuatu' pada aku, sampai aku ingat banyak scene pelem neh...apa yang 'sesuatu'nya tuh? Haa...itu yang kite tak tahuuu...=P

simple...but touching..huhu

Mandatori

Oh no noo noooo...

Kenapa Abah menjatuhkan hukuman mandatori itu kepada aku? Kenapa aku yang Abah pilih? Abah..ingatkah Abah...bahawasanya Abah ada 5 orang anak perempuan? Kenapa anak bongsu mu ini jua yang terpilih wahai Abah?

Abah...oh Abah. Kenapa ia adalah sebuah mandatori. Bukankah anakmu (...yang kiut ini kah3~~) ini masih muda remaja lagi?

Anakanda masih kepingin kehidupan solo ini..anakanda masih belum puas berdikari mencari sesuap nasi lagi Abah. Kenapa perlu orang lain nak suapkan anakanda pula sekarang???!

Anakanda belumm mau kawin!!! (nanti Intan Mukah meraung sebab dia dah takde geng hak3~~)

Nehi..nehi...nehiiiii...!!

Kedebukk! Erk..

Har har harrrr...

Ai, serius membaca adik, abang, kakak, makcik, pakcik, nenek, atok-atok sekalian...Ade citer best ke??

Haaa..itu yang kite tak tahu ye...kuang3~~

Dun wori be hepi..practise je tuh...

Hahaha..ampun Abah, anakanda melibatkan Ayahanda pula di dalam cerita gila anakanda hee~~ Nanti anakanda bawakan kepok lekor untuk Ayahanda yek..ngeh3~~


..............................................

Cerita di atas adalah mukadimah sahaja (panjang la pulok)...

Aku cuma terfikir-fikir akan perbualan gayutan selama 1jam lebih bersama Cik Mukah yang salah satunya berkisarkan mengenai status (single, married or in a relationship hik3~~).

Hahaha...satu teori yang tertimbul :

Cik Mukah : Patutlar orang sibuk cari kapel masa kat U, rupanya susah nak cari pasangan masa dah bekerja nih..

Cik Kuantan : Tu la pasal...sekarang semuanye tinggal tunang orang ar..pakwe orang ar..laki orang ar..Cis, tak patut betul...dalam novel tuh, senang jek cari pasangan pas keje..kaya-kaya plak tuh! Tipu ar dorang neh...(dalam hati...nak yang cam Akifffff!!)

(har har har...Cik Kuantan pura-pura innocent kunun)

Kerana status juga...boleh menimbulkan salah faham.

Persoalan kami :
Kenapa orang tak leh terima cara kita? Kenapa sibuk sangat nak tau aku dengan sape...ko dengan sape...padahal, status kita tu tak effect pada sape-sape pun...sepatutnya kita yang risau..ini orang lain yang lebih-lebih..kuang3~~

Jawapannya (bagus betul diskusi kami..cari persoalan pastu lengkap dengan skema jawapan jugak haha) :
MENTALITI...keh3~~punyalar panjang persoalan...jawapan cini'ot jek..wakakak..wa tu duu..

Jadi penyelesaian mudahnya (hasil kata sepakat kami berdua):
Asalkan kita tahu, apa yang kita buat tu tak salah...kita tak payah amik port pun apa yang dorang sebuk-sebukkan tuh.

Yola kan..nak memuaskan hati semua orang bukan senang. Jadi, masuk telinga kanan...kuar telinga kiri aje sudah ar...

TAPI (amaran pihak tak berwajib),
Silalah pastikan..apa yang kita buat itu adalah memang betul-betul tak salah. Jangan duk syioook sendirik jek..kuang3~~


Ok, selamat beramalll....



Haaaa..itu yang kita tak tahu..kih3~~

____________________

Teringat pulak masa kat U dulu..geng kami ada kategori-kategori status...iaitu :

1. Alumni (iaitu orang-orang yang sedang kapel)
2. In the middle (status tak berapa jelas..nampak macam kapel..tapi..ish3~~susah betul nak diexplainkan..kuang3~~)
3. Fanatik PeliQue (haha..ni memang hardcore punya kategori~orang-orang yang takde langsung ciri-ciri nak kapel)

Alumni
Ahlinya cuma Kak Zai & Jue..hihi (masa kat U tu lar)

In the middle
Ahlinya sorang je..sape??? Haaa..itu yang kite tak tahu..keh3~~

Fanatik PeliQue
Kenapa grup ini dinamakan fanatik peliQue? Alkisahnya..pada suatu malam, kami beramai-ramai pergi forum cinta 'U i Love' , kalau tak silap la tajuknya. Panelnya ustazah sape ek (selalu masuk tv gak ni~lupa plak nama dia)..pastu ada 2orang lagi panel. Nak dijadikan cerita..founder Fanatik PeliQue ni, dia boleh plak tido time forum tuh...sedangkan orang lain punye ar excited, sonok dengar forum cinta cintun tuh...Oleh yang demikian, kami menggelarkan dia pelik. Hihi..maka, wujudlar grup ini. Grup ni yang paling meriah...sebab banyak ahli ahahaha..=P Maka, setelah dikomersialkan akibat dari sambutan yang hangat dari ahli-ahli yang mendaftar..maka, nama grup ini menjadi lar Fanatik PeliQue. Hoh, citer grup ni plak yang paling panjang lebar..haha.

Namun kini, hanya tinggal founder je dalam grup ni..bersama-sama seorang yang mungkin selama-lamanya akan jadi ahli grup ini..hehe..gile hati keras, kering, waja & gagah perkasa dia tuh. Oh, lupa..ahli grup In The Middle tu pun dah join grup ni..status dia memang dah clear dah sekarang..kah3~~





[beshnyee zaman dolu..]

Saturday, May 23, 2009

S.A.B.A.R

Hari ni aku telah nonton cerihik pelem SYURGA CINTA.

EhemEhem...aku nak menjadi pengulas dan pengkritik sekarang yek (muka sirius).

Sinopsis:
Pi bace paper ar..haha...

Pelakon :
Awal Ashaari, Heliza Helmi, Hadziq, Hisham Ahmad Tajuddin, Mustafa Kamal, Dian P.Ramlee, Shaheizy Sam & Fizz Fairuz.

Komen (....ini komen suke ati aku ar!) :
Pada pendapat saye (aicewahhh)...mm...(*sila garu dagu anda sambil mata tengok atas*)...Hee~~Cite ni ok lar pada aku (...suke ati aku arrr!). Cuma, tak boleh lar nak mengharapkan yang terbaik atau yang berlebih-lebihan daripada Heliza memandang ini first film dia dan first time dia berlakon pulak tuh. Ala-ala membaca skrip tu memang ada ar..tapi, bab main mata memang excellent Cikgu Syuhadah ni...hihi.

Cuma, rasa macam ada kesilapan konsep pergaulan jek. Hee~~sepatutnya perempuan yang kena bawak muhrim, bukan lelaki. Sudahlah peneman itu seorang budak kecik yang tak baligh lagi pulak tuh..adoyai..Tapi, takpe..itu bukan salah Heliza (hahaha...macam kipas susah mati Heliza plak). Itu semua kesilapan panel skripnya.

Apapun...part last tu menarik. Hik3~~~ kawan aku dah ingat Cikgu Syuhadah mati jek sebab ada ala-ala hantu Cikgu Syuhadah jek masa nak dekat ending tuh. Hahaha...

Pesanan Penaja :
Tahap lakonan Heliza ni boleh pertingkatkan lagi (eh..apsal aku komen Heliza jek..hahaha).

Perasaan Aku (macam terima award la pulak dah):
Aku gi tengok sebab lagu latar dia besh..hahaha...cam tak logik je alasan aku nih!..Tapi serius..memang menyentuh Qalbu sungguh lagu itu..huhu. Sayu den.

Lagi satu sebab..teringin gak nak tengok cite Malaysia yang ala-ala Ayat-ayat Cinta kan.. uuhh,ku suka Ayat-ayat Cinta. My febereto. Tapi, of course ar tak sama kan. Lagipun Ayat-ayat Cinta cerita yang serius. Syurga Cinta plak komedi-romantik-islamik (haha suke ati aku jek kasik kategori).


..sedikit keletah Hadziq...

Atok : Irham jadi imam ye
(Irham muka serba salah)
Ikmal : Err Atok, abang saya ni dah biasa jadik imam...apa kate atok pulak yang jadi imam...lagi pun saya ni dah takde atoookkk (sambil pura-pura nanges & peluk Irham)

Kuang3~~ Hadziq kiut =P



Oke, sekian Berita JamJamBaTan.

Friday, May 22, 2009

KOmPuTer Itu Tua

Adohai, apsal la tak boleh buka file excel kat komputer bawah tadi.

Dah macam-macam gaya aku buat sementara nak tunggu file excel tu open. Tonggang tergolek dah aku. Rasa nak geget jek komputer tuh bila file open jek..dia kuar "error occured".

Cett betul..

En. PM : Ira, kamu buat ape tuh?

Aku : Ntah ar, saya nak bukak excel ni tak buleyy!

En. PM : haaa? Nak bukak dari pendrive ke?

Aku : Yup!

En. PM pun datang tengok...dan berusaha untuk membuka file itu.

Tiba-tiba....jeng3~~

"Error"

Wakakakaka...aku pun gelak hahaha..tak berjaya jugekkk...oleh kerana sakit ati..aku pun pegi kat depan pintu...sambil nyanyi...

Mamaaa...oh mamaa..nak cewinggittttt....nak beli komputer baruuu...!

En. PM pun gelak jek. Gilo agaknya dia pikir aku ni.

"Tuh apahal tuh?!" Kak Nor & Kak Sharifah tak faham..apa ntah lar yang berlaku pada aku tuh.

Sowie..tu semua sebab bahana VO!


Udahlah kepala daku mau piicah..idung pun seseme..komputer tua ni pun nak wat perangai.


Penyelesaian :
Angkut raga (hahaha..aku ada raga taw..yang diisi dengan kertas VO)...pegi ofis atas. nasib baik buleh bukak file excel tuh. Alhamdulillah.




miong daku~~~

Thursday, May 21, 2009

[Aku adalah SanGat-SanGat...]

Aku adalah sangat kuasa dua penat hari ini...hoh, kali ni bukan sebab mengantuk atau lapar..Tapi memang sebab sangat banyak keje.

Adoyai..nasib..nasib...

Tak dan aku nak melangkah beberapa kerat...dah kena panggil...grrr...dalam ofis yang kecik tu pun aku boleh berlari-larian..hihi. Terkejar-kejar sana sini.

Dan, meja bilik meeting adalah milik aku hari ini. Penuh segala ruang yang ada dengan kertas-kertas kepunyaan aku..Kertas apaQah?

Oh, ia adalah kertas VO! Asyik-asyik VO jek.

Dan, arini pun kami terpaksa makan kat meja di depan. Kerana bos melarang mereka (termasuk aku) untuk makan macam biasa kat bilik meeting tuh..wakaka..

Dan, hari ini....aku balik lambat! Dah lama tak balik lambat ni semenjak-menjak projek dah nak handover ni.

"Ira, U nak dating ke malam ni?"

Erk..apa punya soklan ni bos?? mau ikot ka??

"Err..takde..mane ade dating-dating..uishh"

"Ok, kalau macam tu kite balik lambat ye..siapkan VO nih"

Uwawaaaaa~~~asyik-asyik VOOOOO jek!

Dan, macam biasa..bila perasaan bercampur baur begini..aku akan hantar mesej kat orang tuh... mengadu domba...

Nak tau apa dia reply?

"Bosan aku nak cakap ayat ni...aku baru je nak mesej ko!"

Hahah...celalu cecangat cenggini!

Ododoiii..awan-awan kami selalu bercantum pada masa yang sama..kuang3~~


tammatodecerito.



[missed]

Wednesday, May 20, 2009

Mereka kata..

Apa mereka kata tentang kita? Perlukah kita peduli? Peduli la mana yang betul. haha...erk.

...........................................

Munir, ko ni asyik tidooo jek. Bile nak stadi?
[ngantuk, tidoo ar..]

Munir ni tak payah ajak pun dia mesti ikot punye kalau bab berjalan ni.
[eeyy..nikmat tuh berjalan-jalan bersama korang~~ngee]

Ira ni baik je.
[oh mak kau..tersedakk]

kamu pendiam ye
[daku nampak kawan-kawan rapatku sedang gelak guling-guling]


Kamu sangat nakal!
[daku nampak mereka angguk-angguk kepala haha]


Awak ni pelik
[memang la saya pelik, sebab saye tak serupa awak]

Ko ni jiwang tak bertempat
[ehh..bende ape kat janakuasa tuh??kaler ijo ar]

Kenapa ko suke tak angkat kalau orang kol?
[ehh..raksasa nak rosakkan stesen janakuasa tuh..inii siriiuss]

Kamu ni sangat merapu!
[eh..otroman taro dah kuar ar~~]

Ko sombong arr...
[uyoo..raksasa ijo tuh huduh betul]

Ko ni moody jek...
[alamak..raksasa geget tangan Taro]

Munirah ni garang orangnye
[tinktinktinkkk..alamak Taronye lampu ajaib dah berbunyik]

Kamu ni macam pusat pertanyaan hal ehwal negara la
[hooo...Taro dah jadik beso!]

Apsal kamu ni berani sangat ek
[hiarkhh..tumbuk die Taro!]

Apsal ko ni hati kering sangat??
[alamak..raksasa ijo main angkat-angkat Taro plak]

Kalau ko marah, macam puting beliung datang jek
[go Taro..go Taro..you can do it bebeh!]

Kadang-kadang ko ni cam selfish jek
[yes..!!Taro dah tumbuk raksasa huduh tu sampai pengsan!yehuu!!]


cayalar Taro! Kau lar hero pojaan hatiku..=)



Eh..korang cakap ape tadi ek?

Jap ek..aku mau kasik ciuman & pelukan kepada heroku si Taro yang encem..

Ngaa~~ngaa~~ngaa~~~

Aku Adalah Sangat..??

Aku adalah sangat penat hari ini ye. Kenapa aku penat? Bersungguh-sungguh sungguh benar kah aku bekerja sehingga menjadikan aku sangat penat??

Nehi-nehi beta beti betik...

Aku penat kerana aku sudah beberapa hari tidur lewat! Aicehhh..macam tak biase je tidur lewat. Masa kat sekolah sampai U kan memang biasa stay up..kuang3~~ Aku tak tidur malam pun kan biasa time U dulu..erk..jadi, bilakah waktunya aku tidur?? Mestilah time siang aku tidur! wakakaka..cam beruang betul! Eheh..time siang adalah bersamaan time kelas...???! Tapi rasanye banyak jugak kelas yang aku ponteng tibe-tibe je kelas tu kensel..haha..tak rugi aku ponteng...kuang3~~sampaikan ada sorang makcik tu marah aku sebab aku ponteng kelas...time tu aku sedang tiduran di katilan...katanya sambil kejut aku yang pengsan...

"Apsal ko ponteng kelas tak ajak aku?!! ...time ko ponteng je mesti kelas kensel!"

Ekeke..wat can i say..hihi..tu lar..kalau nak ponteng kena ade teknik dan taktik taw..=P

Senang je..teknik & taktiknya adalah~ ikut suka ati sendirik arrr! ekekeke =P

Ishh..kejap-kejap..nak flashback jap.

ToinkToinkToink...!!

Errr..rase cam aku banyak tidur dari stadi je masa kat U...ahahaha...ishhh..tak dapat recall langsung situasi aku berstadi..situasi kelam kabut stadi last minute untuk exam & test je yang boleh terrecall hihi.. [perbuatan ini tidak boleh dicontohi oleh mudamudi siswisiswa sekalian alam.sekian. amaran pihak tak berwajib]

Wokeyy..berbalik kepada [aku adalah sangat P.E.N.A.T hari ini]

Hihi..aku tidur lewat bukan nye buat apa pun...cuma belayar di lautan teknologi tanpa batasan jek..aiiceewah. Adalah sangat hairan sebenarnya. Semenjak-menjak aku bergelumang di alam pekerjaan ini, aku sangat yang sangat-sangat jarang lah amat abdul rahmannya tidur melebihi pukul 12malam...kuang3~~

Jadi, apaQah yang menarik sangat pelayaran aku di dunia teknologi tanpa batasan itu? Sehingga membolehkan aku terpacak di depan PC ini sehingga larut malam?bilaaa larut malamm..tarakuca tarakucacaaa..=P

Takde apa pun yang menarik..haha..cuma aku sebuk (sebuk sangat la konon) membaca blog orang! hahaha..dan juga sebuk menengok YouTube..jangan isauuu...aku tak tengok video yang 18SX hehe..daku masih waras lagi hahaha....

OK..ye..itu saja yang aku buat kebelakangan ini..miong3~~

OK, berbalik kepada aku yang penat hari ini...Ketika jarum jam kesayangan aku menunjukkan pukul 11.30 pagi...mataku suda seperti bercantum antara satu sama lain. Otroman Taro juga suda menendang-nendang dinding perutku. Aduss..lapo+mengantuk=penat!

Yang bagusnya pulak, hari ni kena mengadap komputer..menaip sedikit-dikit VO yang ntah bila nak habis tuh. Aku tengok setiap perkataan di monitor tuh..kembang semangkuk dah! Pukul 1, aku memang dah tak tahan dah...aku pun tawaf keliling ofis. Nak kuar, ofis takde orang..ade bos jek. Takkan nak suh dia jaga ofis kot. Untuk pengetahuan, kami tak dibenarkan meninggalkan ofis tanpa penjaga, kalau nak kuar silalah bergilir-gilir..pilihlah waktu yang berkenan, samada nak break kul 12 or pukul 1.

Tapi, oleh kerana aku ni memang lar dah tak tahan nye...aku pun pegi kat bos..saya nak semayang yek...jaga ofis jap ek..(hahaha~~sangat slumber kan aku?).

Aku pun pantas ke surau. Dah ar terpaksa menapak gi ofis atas. Surau ofis bawah takde telekung plak. Ni mesti Kak Sharifah bawak balik basuh nih. Semayang...dan apalagasss..tidur ar. Semayang pun cam sasau jek. Kali ni, bukan tidur ayam dah macam selalu..ni terus tidur beruang dah. Tetapi...tiba-tiba...jeng3~~~

People come...and people go...

[si Yuna menjerit-jerit plak nyanyi lagu Rocket]

Adohaiii...Fais ni memang kaco daun betul. Aku memang terkojat tak hengat punye..sampaikan tangan aku menggeletar trus! Tapi dalam blur tuh sempat tengok jam lagi...phone tak angkat lagi tuh..GULpppp..mak oiiii..dah kul 2.15 dah!

Alaamakkk..sangat lamanye aku semayang! Dari kul 1.20 tadi. Memang kusyuk dan tawaduk sungguh aku! Dalam kelam kelibut tuh..langsung aku tak angkat phone..ngee~~ sowie Fais.

Pas dah siap-siap..dengan muka slumber je aku masuk ofis. Kunun-kunun nak masuk ofis secara senyap..tapi, aku pegang je pintu nak masuk..Bro Rahim plak tegur aku untuk beramah mesra dengan suara yang sangatlarrr kuatnye..ngaa~~ dan bos pun perasan aku baru nak masuk...kuang3~~

Tetapi ye puan-puan...daku dengan pantasnya terus buat-buat sibuk..haha..pandai-pandai lar nak c0ver..kueng3~~



Begitulah adanya, kisah beta pada hari ini. OpPss..beta?? nehi-nehi...kuch kuch hota hai..=P


moral of the story
anda fikir lah sendiri (aicehhh sopan la pulak!)

Tuesday, May 19, 2009

dari mata...

[gambar takde kaitan dengan entry..mokekeke]



Orang kata, dari mata turun ke hati. Itu juga si dia, aku dan kamu katakan. Berapa lama agaknya masa yang paling efektif dan afdal untuk betul-betul kita mengenali seseorang?
Tiada suatu jangka waktu yang pasti untuk kita menentukan tahap pengertian kita terhadap diri seseorang.Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Betullah tu. Tapi kadang-kadang...makin kenal makin benci..kuang3~~ Ok lar, tolak tepi pasal makin kenal, makin benci tu. Kita cerita pasal makin kenal makin cinta ye anak-anak murid~~
Alkisahnya...
Kisah #1
Mengenali orang yang dikenali sebagai seorang yang garang memang mengecutkan perut. Di awal-awal mengenalinya, aku memang kalau boleh nak mengelak dari berjumpa dengan dia. Tapi, takdir menentukan (aceeewah!) dia kena buat kerja dengan aku (eh, ke aku yang terpaksa buat kerja dengan dia??haha). Kalau bab meninggi suara tu memang tabiat kegemaran dia lar tuh. Tapi, aku tau..dia saja nak test aku jek..jadi, aku senyum je..lama-lama bila dia tengok aku tak makan langsung dengan kegarangan & gurau kasar dia..dia pun keluarkan segala sifat baik yang ada dalam diri dia tuh...haha..tu lar..apa yang pentinggg...kejeeesameee...kuang3~~ apa yang penting, sabar. Tu je. Sekarang, kami kamceng suda~~~ =)
Kisah #2
Orang yang ni memang aku tak ambik kesah langsung pun selama ni. Sebab banyak yang buruk-buruk je yang aku dengar tentang dia ni...walaupun aku suka dia. Bukan sebab aku ikut cakap orang. Tapi, sebab aku kesian kat dia..orang kutuk dia (dalam erti kata lain, aku tak boleh terima kenyataan orang kutuk dia! haha). Teori aku, kalau nanti aku ambik kesah hal dia, aku kena ambik kesah jugak apa yang orang kata pasal dia. Tapi, sekali lagi takdir telah menentukan (LaLaLaa~~~)...kerana 'sesuatu' aku terrrrambik kesah hal dia. Cuba kenal dia. Akhirnya, aku suka. Gembira. Sebabnya...dia mengingatkan aku pada orang yang aku sayang. Keletahnya. Nakalnya. Perangai serius tak jadinya...semuanya sama, persis.
Kisah #1 & #2 itu aku tulis kerana ia terrpancar (eh, cam lawak jek) pada minggu-minggu terakhir aku (opppssss....terakhir apaQah itu?LaLaLaa~~)
__________________________________
nota:
orang yang aku sayang (anda tahu siapa anda, sebab daku dah bagitau anda tadi sedikit dari kisah ini haha) itu sila tafsirkan dengan maksud yang lebih luas dan universal, bukan merangkumi orang yang berlainan jantina sahaja.
********************
[tak perlu kesal andai pertemuan itu tidak menerbitkan sayang, cinta mahupun kasih. sesungguhnya ia membantu menerbitkan kedewasaan. wallahualam]
********************
memetik kata-kata seseorang minggu lalu
"takde benda pun tapi nak tengok..dengar suara..nak jalan-jalan..."
aku terharu..tapi seperti semuanya perlu diputarkan ke masa lalu.

Monday, May 18, 2009

Cinta Di Lautan Lalang

Tadi masa membuang masa tengok YouTube, jumpa pulak lagu ni. Sedih la pulak. Heliza AF5 yang nyanyi. Kalau tak silap masa final AF5 kot. Berkat kesabaran yang memang sedia tinggi di dalam diri aku (hak3~~) aku pun menyalin lar lirik lagu nih..hehe...Tulun ye..kalau sape-sape yang mempunyai MP3 lagu ni...bagi lar kat aku..huhuhu (muka penuh kesian ...)
aku pun tak tau ni lagu baru yang di buat untuk Heliza atau lagu penyanyi lain..ngee~~ Maklumlar aku bukan pengikut AF ni..hihi

Ni lar lirik lagu ni..berdasarkan pengamatan telinga aku..kalau salah, ampun!


cinta di lautan lalang

bayangkanlah kudup yang sepi
sendiri di lautan lalang
bayangkanlah sengsara di galas tat kala kelopaknya sedang mekar

datang musim bersemarak harum
sampai waktu beragakan hias
hari bahagia hanyalah angan
yang tak kesampaian
mengundang tangis keluhan

begitulah diriku
dapat kau umpamakan kekasih
yang menangis tak terhenti di dalam

begitu lah diriku
tiada gerangan siapa
tempat nak ku mengadukan nasibku
bayu berlagu berkumandang rintihan
mungkinkah engkau ku nantikan
bayangkanlah kudup yang sepi
sendiri di lautan lalang
hari bahagia hanyalah angan
yang tak kesampaian
mengundang tangis keluhan

begitulah diriku
dapat kau umpamakan kekasih
yang menangis tak terhenti di dalam

begitu lah diriku
tiada gerangan siapa
tempat nak ku mengadukan nasibku
bayu berlagu berkumandang rintihan
mungkinkah engkau ku nantikan

mungkinkah kau membawa sinaran







[bayu berlagu berkumandang rintihan]
[updated]
dah dapat dah MP3 nye..tapi version yang agak slow (Final AF5) la pulak...Aku macam penah dengar dia nyanyi dengan arrangement muzik yang lain..yang laju sikit & sedap lagi..aishh..
Heliza ni nyanyi masa practise sedap jak..tiba time konsert adooo jak..adohaii..haha..tiba-tiba plak aku jadi pengkritik..AF5 plak tuh..ketinggalan zaman sungguh!! Kuang3~~~

Sunday, May 17, 2009

Penularan

H1N1 kini telah tiba di Malaysia!

oOpss..macam promosi barang pulak. Banyak pulak wabak penyakit menyerang serentak sekarang.

Depot Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin Juru
Bakteria Leptospirosis ~ akibat daripada air yang tercemar kencing binatang seperti tikus.

Akademi JPJ, Melaka
Seorang Pelatih Akademi JPJ meninggal dunia disyaki menghidap Meningitis, manakala 85 lagi dikuarantin

Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bahau
Penularan penyakit Acute Peri-carditis ~ seorang meninggal
(**tuan/puan doktor..apakah acute peri-carditis ini?)

MH091
119 penumpang pernerbangan MH091 dari New York, Amerika Syarikat diarahkan untuk menjalani pemeriksaan H1N1 setelah seorang penumpangnya disahkan positif Influenza A H1N1. Jumlah positif H1N1 bertambah kepada dua orang, juga dari penerbangan yang sama.

Saturday, May 16, 2009

mereka

mereka makhluk yang sukar di mengerti.
imaginasi tinggi yang melampau.
kadang-kadang gila.
penat Cik Kiah & Cik Peah fikir.
makin kusut Cik Kiah & Cik Peah bila spy mendapati Cik Senah ada ciri-ciri sedang ingin bersahabat dengan makhluk itu.

sharing is caring~~

~ kami jumpa buaian ini kat Sarawak ~

~ peristiwa mandi hujan sebelum sempat mandi air terjun Belumut ~

~ konvoi 12 buah kereta ke open house Yani di Mersing ~

~ perkelahan gigi air di Punggur ~

~ subuh gelap di JB ~

~ birthday Cik Munirah @ rumah Jue di Melaka ~

~ berhoye-hoye di Bekok sebelum present PSM2 ~

~ plan busuQ pertama ~

~ perjalanan tak dirancang ke Melaka ~

~ pizzaSILABOIKOThaha ~












.....[kenanganmenggamitkerinduanmasalalu].....













Anggun

Anggun by Bau (OST Merah Puteh)

meski hati tak rela
bila dunia tak lagi untukku
sampai waktunya aku sendiri
hidup yang ku tak pasti

langkahku terhenti
tak mampu berlari
saat tangan yang digenggam
engkau lepaskan

aku
bernafas tanpa udara
tangisku tiada air mata
kerana semuanya berlalu menghilang
dan tak akan kembali

ku cuba menutup mataku
bila ku lelah untuk hidup
namun semuanya berubah di saat engkau hadir..

kau yang anggun
kau yang telah membuat aku kembali
ke jasadku
yang telah mati dan
kau sinarku

cahaya yang terang
untuk perjalanan yang lurus
didunia sementara
mengejar masa itu pasti
buat aku
dan bersyukurku akannya..





Terima kasih Cik Fiza =)

Friday, May 15, 2009

Pada suatu masa kecil itu

Esok, 16 Mei = Hari Guru = Birthday Cik Kak Ngah = Birthday Fauzani (ex-dormmate masa Form 5)

Selamat Hari Guru buat cikgu-cikgu di Tadika Kemas Pasir Gajah, SK Pasir Gajah, SAR Al-Samaniah, SMK Layang-layang Kiri dan SM Sains Raja Tun Azlan Shah. Pensyarah-pensyarah di Kolej Matrikulasi Perak dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Selamat Hari Guru juga untuk Mak keme.

Selamat Hari Guru juga buat kawan-kawan ku yang telah menjadi pendidik terutamanya yang kat Mukah & Tawau tuh.

Happy birthday untuk Kak Ngah dan Fauzani!

Tadi sembang-sembang dengan ofismate pasal zaman sekolah. Duduk berdua je kat ofis sambil tunggu Kak Sharifah dan Kak Ina pi bungkus makanan (lama giler!), kitorang sembang je la. Oleh kerana kitorang memang dah lapor bebenor..jadi, nak wat keje pun tak boleh =P..

Huh, terimbas kembali detik-detik zaman-zaman ribena itu...

~ Panjat pintu grill tadika sebab nak ikut mak balik

~ Tiap-tiap hari balik tadika kena marah dengan mak sebab tak tahu nak eja nama sendiri..kuang3~~

~ Kena denda dengan Cikgu Radzi kutip sampah keliling sekolah sebab tak bawa buku. Pastu aku anti giler dengan cikgu nih. Tapi, lepas kuar dari sekolah tu cikgu ni jugak ar yang aku selalu bertembung!

~ Cikgu Radzi jugak yang start ajar aku baca novel =P Novel pertama kepunyaan aku, hadiah dari cikgu ni sebab dapat markah math paling tinggi masa test. Tajuk novel tu, Di Bawah Lembayung kalau tak silap, tulisan SM Zakir.

~ Sumpahan Cikgu Radzi tak berakhir kat zaman sekolah rendah je, masa sekolah menengah aku belajar dengan isteri dia pulak. Nasib baik isteri dia kamceng dengan aku =P Sebab dalam kelas dia ada 3 orang je student pompuan wakaka =P

~ Cikgu Khusairi ada lekat kat depan kelas senarai pekerjaan anak murid dia. Dia letak aku sebagai "Jurutera Perunding". Hampir la tuh..cuma bukan perunding je. Aku nak tunggu budak yang dia letak "Perdana Menteri" tu tercapai ke tak hehe..aku confirm, kalau dia jadi perdana menteri mesti dari parti biruseparuh tuh. Big Fan Of dotdotdot la katakan..hihi

~ Selalu tidur dalam kelas Fizik (rasanya semua kelas Fizik haha~). Selalu tersengguk-sengguk (kadang-kadang tidur jugak) dalam kelas Add Math & Kimia. Sangat suka kelas BM, Sejarah & LK. Dan terpaksa suka kelas TK..haha...

~ Masa prep = tidur..meong3~~

~ Cikgu Manogaran, yang memaksa aku suka kan kelas TK..hehe..very the caring & loving teacher di sebalik kegarangannya yang hyper tuh. Dia pernah soal siasat aku sebab terserempak aku outing masa dah nak dekat SPM. Soal siasat siap sua-sua rotan lagi. Perli-perli dalam kelas lagi. Yang ajaib, dia nampak aku sorang je, padahal aku keluar dengan Mai. Mungkin sebab aku yang excited lambai-lambai dia masa tuh..dah lar bertembung masa nak pegi dan nak balik.. kuang3~~

~ Cikgu Mat Rus(eh, betul ke ejaan ni hehe), lagi sorang cikgu yang caring. Sangat enjoy duduk dalam kelas LK.

~ Cikgu Rahim, cikgu disiplin yang di-anti oleh semua student, tapi yang penting, dia baik dengan aku..mokeke~~

~ Peristiwa terkelakar (sekarang dah jadi kelakar la bila dikenang~dulu nak marah rasanya)antara aku, Nurul, Azri & Izar pada suatu malam. Memang malam yang malang bila bertembung dengan Cikgu Sohor (eh..lagi sekali..betul ke ejaan nih?haha). Ceh, ini semua sebab nak practice berlakon drama Literature - The Pearl tuh! ngaa~~

~ Aku & Anis mengalami peristiwa yang kelakar jugak masa meredah hujan renyai pegi bandar Taiping nak beli hadiah untuk Ustazah Kamisah sempena dinner Utaridian Night...peristiwa yang menjadi rahsia kami (Anis, ko ada citer kat orang tak? hahaha).

~ Menjelang hari-hari terakhir di SERATAS, Ustazah Kamisah hadiahkan kami, budak kelas dia, dengan sebuah hadiah. Hadiah yang paling aku sayang...('',)

~ Girls Batch 17, ingatkah kalian pada tragedi antara kita dengan Cikgu Hamidah?..LaLaLaa~~ aku masih teringin untuk tahu penulis-penulis itu...hehe...zaman konfrontasi.

~ Pada Hari Guru masa aku Form 5, budak-budak lelaki Form 5 buat gimik gempak untuk cikgu-cikgu..hehe..sampai ada yang berdarah gigi.


huh,banyak lagi yang tak tertulis~~rindu zaman ribena~~~
...........................................................................


~yang indah itu kenangan~

Thursday, May 14, 2009

ailaiktumuvitmuvit~~

ailaiktumuvitmuvit..oyea~~

O yea Yea ~~

Takde ape pun aku nak ulas tentang ini : ailaiktumuvitmuvit

Bila dah confirm, baru leh kasik kek yek.

Hehe..kek ~

Persoalan dari Kak Sharifah tadi, masa kitorang tengah makan.

"Kenapa kalau kita nak sambut apa-apa...mesti nak ada kek yek? Anak akak tu, tiap kali birthday mesti nak kek, hadiah pun dia tak nak kalau takde kek."

"Haha..saya pun tak tau ar kak..ntah sape la yang mula kan nih. Dah jadi budaya pulak.."

Ada sape-sape ada jawapannye? Kuang3~~

Oke, berbalik kepada ailaiktumuvitmuvit...

hintnya :

June.

newbranding. (~~haha, cam tak seswai jek =P)




orite, c u in heaven..mokekeke

Wednesday, May 13, 2009

Limee Belassss...

Hari ini, orang-orang ofis celebrate hari ibu. Siap beli kek 2 biji lagi.

Dan, aku dengan bahagia gelakkan bos sebab dia nyanyi "Selamat Hari Ibu" untuk diri sendiri sambil potong kek. Keh3~~

Dan, walaupun aku bukan ibu, tapi kek tu aku yang sental dulu. Menarik perhatian perut aku jek kek yang ada buah-buah laici dengan kek blueberry tuh. Tertarik, menarik dan terus melahap.

"Oit, oit..bagi ler mak makan dulu!" Seorang Ayah menegur.

"Oit, oit..saya pun mak gak tau! Limeee belasss tau anak saya.." Ngaa~~ terus meneruskan aksi memakan kek tanpa rasa bersalah...

"Astaga budak neh..kamu kan baru makan nasik!" Pokcik pulak tegur.

"Pokcik, kek ni memang mengiurkan. Pokcik taknak, sudah! Kalau tak makan, bazir tau.."

Ekeke...

Wah, memang rasa sangat kenyang arini. Dah nak malam ni pun, kenyang lagi. Hehe..~~
________________________

Oic...tettettettt...aku belum melahirkan lima belas anak lagi. Anak-anak tu semua kakak-kakak dan kakak ipar aku yang tolong lahirkan. Aku tolong tengok jek..=P

Mari aku kenalkan dengan anak-anak aku :

:: Puteri Ainin Asilah :: Puteri Ainin Anisah :: Raja Amirul Aiman :: Raja Amirul Aizat :: Puteri Ainin Aininah :: Muhammah Danial :: Muhammad Asyraf Najmi :: Khairul Izzuddin :: Ahmad Nabil :: Nur Amirah Farzana :: Nur Atikah Fakihah :: Hazim :: Nur Hazirah :: Hazmi :: Nur Harizah ::

yeahh~~

Cuba perhatikan 4 nama terakhir tuh. Ekekeke...main tukor terbalik je nama anak. kuang3~~ ekselen btol akak aku neh =P

Uih, bila nama anak aku nak masuk list ni. LaLaLaa~~~

Tuesday, May 12, 2009

Doktor Oh Doktor

Tular...dulu, mak suruh jadi doktor...tak mau. Sekarang, suka pulak tengok doktor.

Tapi, pelik jugak. Suka tengok doktor berlainan jantina je...kuang3~~~

(dalam nada yang amat perasan)
Agak-agaknya, memang juduh aku dengan doktor kot? (sila gelak dengan perlahan kalau ye pun nak gelak beb!)

Sori lar Peah, turn ko lambat lagi kot. Har Har Har.




***
aku baru selesai menonton sebuah siri drama doktor-doktoran. Ces, siot hensem! berkaliberan sungguh gaya dan rupamu wahai doktor hatiku..wakaka~~

Sunday, May 10, 2009

Kakak-kakakku

Tadi, masa aku godeh-godeh YouTube, aku terjumpa satu drama ni. Oleh kerana ada sorang pelakon yang aku suka, aku pun melekat tengok.

Tapi, terrrsedih plak bila tengok. Cerita tu tak sedih sangat pun. Cuma, aku sedih sebab aku teringat kakak-kakakku yang telah berkahwin tuh. Kisah drama tu, macam cerita dorang.

Jadi, oleh kerana hari ini Hari Ibu...jadi aku pun capai handphone, dan aku titipkan ucapan ini :

"Selamat Hari Ibu buat kakak-kakakku sekalian"

Aku send kepada Along, Nyah, 'Awek dan juga buat kakak ipar aku, Yang Sidah.

Dan, salah seorang daripada mereka membalas dengan ini :

"Semoga Allah memberikan munirah peluang untuk menjadi ibu suatu hari nanti"

Wakakakaa~~~~ *wink*wink*


Sebelum tuh, kunun-kunun aku nak jadi anak yang sweetymeetythetweety..nak wish kat mak hari ibu...Tiba-tiba, Abah kata mak pegi seminar la pulak!

Cis betul, sape lar yang arrange seminar masa hari ibu neh! cis,cis dan cis lagik!

Hilang Kehormatan

Bila ada darjat dan ketinggian ilmu, kehormatan akan datang dengan sendirinya. Kalau artis, selalunya mereka akan kata :

"Saya tak mementingkan populariti, yang penting bakat. Bila bakat ada, maka populariti akan datang dengan sendiri"...Cewwah..

Darah yang mengalir dalam badan dan diri kita pun mengundang kehormatan dan kepandangtinggian (marah Dewan Bahasa & Pustaka kang =p) masyarakat kepada kita.

Orang Malaysia ni memang orang yang paling ajaib kat dunia. Maklumlah, kat Malaysia ni orang-orangnya bukan setakat berdarah merah, tapi ada jugak berdarah kuning, berdarah hijau, berdarah biru dan tak lupa juga ada yang berdarah putih.

Patutkah kita syorkan kepada Jabatan Muzium supaya memelihara orang-orang Malaysia sebelum kita pupus? Mungkin patut dibuat perkampungan tersendiri seperti perkampungan orang Portugis di Melaka.

Tapi, persoalannya....sejauh manakah darah pelbagai warna yang kita warisi ini, mengundang rasa hormat orang pada kita.

Jika sudah terang lagi bersuluh, si pemilik darah yang konon-konon terhormat itu sudah melakukan sesuatu yang jelik dan bodoh dan sengal dan bodoh piang dan stupid, adakah kita patut memberi kehormatan itu kepada mereka?

Layakkah?


Pikiyo ler sendirik.

Saturday, May 9, 2009

Cinta, Waktu dan Tempoh

Pernahkah kita mendengar seseorang itu jatuh cinta dalam masa yang singkat? Contohnya, sekali pandang dah jatuh cinta ( orang kata ini cinta pandang pertama ).

Bagi orang yang perfikiran konservatif macam aku ni (kuang3~~), aku lembap sikit nak terima cinta macam tuh. Bukan lembap apa, susah nak percaya je. Cik Peah pun macam tuh. Contohnya macam kes Cik Peah, baru 5 hari dia berkenalan dengan En. Z, En. Z dah ajak bercouple. Mana tak terkujat Cik Peah. Maklumlah, Cik Peah pun macam aku jugak. Lembap sikit. Har Har Har =P

Tapi, aku tak menafikan masa dan tempoh kita kenal seseorang itu, tak membawa apa-apa makna pun untuk menentukan masa depan sesuatu hubungan.

Ada yang bercinta bertahun-tahun lamanya, tapi putus juga.

Ada yang dah macam laki-bini je rupanya, tapi kecundang jua.

Ada yang kenal tak sampai sebulan, tapi bahagia ke akhirnya.

Ada jugak yang bercinta tak lama, kahwin pun tak lama. ngee~~

Apa-apa pun, semuanya sudah tertulis. Cuma pada masa dan waktu yang mendatang, kita akan tahu apa hikmah di sebalik semua itu.


Tepuk Dada Tanya Iman

Negeri Darul Keme

Keme rasa malas nak bace dan buke paper sehari dua ni. Tengok tajuk pun dah rasa nak baling selipar asadi jek (tahan licin ooOoo =)..)

Ape ler nak jadi pada negeri keme nih. Macam kanak-kanak ribena ler kome nih. Name je yang berhormat...tapi idok ler keme nak hormatkan kome kalau ghope itu perangai kome. Ish..buat malu keme jek.

Tak kesah ler sape salah, sape benor..tapi due-due pihak ghope bebudak je keme nengok.

Kome ni isin kuase betol!!

Nyah kome dari negeri keme! citt..

Thursday, May 7, 2009

Kenapa Doktor Mesti Handsome?

Tajuk itu adalah soalan.

Faktanya :
Doktor memang handsome!

Adakah ada sumpahan bahawasanya doktor itu mesti seorang yang handsome?

Kat tv ke...kat kehidupan sebenar ka..doktor semua handsome. Atau, akukah yang bertuah sebab dapat jumpa doktor yang handsome saja? Bersih mata, cuci sokmo! wakakakak =P Kalau tak handsome pun, mesti muka ala-ala sejuk mata memandang..aiceeewah!

Patutlah Cik Kiah dan Cik Peah bercita-cita nak berpasangan dengan doktor. Moga termakbul lah impian kalian. Amiiin.

Cik Kiah..Cik Kiah...ada hati nak berpura-pura pengsan depan segerombolan doktor-doktor muda itu.

Cik Peah pula, ada hati nak suruh Cik Kiah pura-pura jatuhkan nombor telefon Cik Peah.

Ish..ish...berangan sungguh. Tahu lar Cik Kiah dan Cik Peah sudah kian terancam. Sedang menuju ke status makhluk yang semakin pupus. Mujur masih ada Cik Senah tempat berlindung.


Pesanan untuk Cik Kiah, Cik Peah dan Cik Senah :
Fight for your right!!
(wakaskus..xdo kene mengena langsung!hahaaa~~~)

Wednesday, May 6, 2009

Aku dan Dirimu

Aku dilahirkan di Jepun. Negaraku ini memang terkenal dengan teknologinya yang terkini dan canggih melebihi negara-negara Eropah. Aku sangat bangga dengan negara kelahiranku.

Pada suatu hari, aku terdengar kawan-kawanku bercerita sesama mereka. Mereka mengatakan yang kami semua akan dibawa ke suatu tempat yang jauh dari negara asal kami. Kemana mahu mereka bawa kami? Mungkinkah kami semua akan terpisah? Mungkinkah kami akan ke negara yang lebih bagus? Itulah persoalan-persoalan yang terbit di minda ku.

Hari yang dinanti telah tiba. Setelah aku dan rakan-rakan dibungkus dengan baik, kami dimasukkan di dalam kontena. Oh, kami akan belayar di lautan luas rupanya. Mungkinkah aku dapat merasakan pengalaman seperti Leonardo Di Caprio dan Kate Winslate (betul ka nama hang ni?ekeke). Tapi, janganlah sampai tenggelam pula kapalku. Mahu juga rasanya aku berdiri di hadapan kapal sambil Leonardo memelukku dari belakang...'You jump...I jump'.

Setelah melalui perjalanan yang memenatkan, aku tiba di Pelabuhan Klang, Malaysia. Aku mengetahui nama tempat ini dari kelasi kapal yang ku naiki. Setelah itu, aku dibawa menaiki sebuah treler menuju ke satu destinasi yang tidak kuketahui.

Oleh kerana aku sangat kepenatan, aku tertidur di sepanjang perjalanan. Bila terjaga dari lena, aku mendapati diriku ini telah dipamerkan di bawah cermin di sebuah kedai. Wah..aku melihat sekeliling. Ramainya kawan-kawan baru. Ada yang sama jenis dengan ku, ada juga yang tidak pernah kulihat sebelum ini. Aku dimaklumkan oleh rakan di sebelah ku, kami semua sedang menanti orang yang akan membeli kami. Sebab itulah kami berada dibawah cermin ini.

Pada suatu hari, datang seorang gadis comel bersama kakaknya. Dia melihat-lihat aku dan rakan-rakanku. Namun akhirnya, aku yang menjadi pilihan hatinya. Bermula dari saat itu, aku menjadi teman setianya. Nama tuan ku, Munirah. Katanya, duit yang digunakannya untuk membeli aku adalah pemberian abangnya, sebagai hadiah dia berjaya memasuki asrama penuh.

Aku dijaga oleh tuan ku ini dengan penuh kasih sayang. Ke mana saja dia pergi, aku pasti akan di bawa bersama. Sehingga kerap kali, ketika tidur pun kami masih bersama. Dia sangat sayangkan aku. Walaupun dia mempunyai jam yang lain, tapi aku tetap menjadi pilihannya. Aku pula membalas kasih sayangnya dengan memberi khidmat yang terbaik untuknya. Tuan ku sangat berbangga dengan aku. Aku kalis air, sehingga 50 meter dalamnya. Aku juga tidak pernah rosak. Jika adapun, itu cuma akibat kehabisan bateri sahaja dan tali yang terputus. Tapi itu semua tidak memudarkan kasih sayang tuan ku kepada ku.

Kini, telah 7 tahun aku berkhidmat dengannya. Tapi, aku semakin lemah. Jarumku kerap kali terhenti. Air pula sudah mula memasuki cerminku. Aku sudah lemah...aku sangat sedih. Aku sudah tidak mampu untuk memberikan khidmat terbaik buat tuan ku. Tetapi, tuan ku masih memakai ku dengan sabar. Rupanya, tuan ku ini sangat setia orangnya. Mungkin kerna aku pernah ada bersama-samanya setiap saat samada indah mahupun duka. Dari zaman persekolahan, merentasi zaman universiti sehinggalah bekerjaya kini.

Namun ku sedar, tiba masanya...aku harus pergi jua. Tapi, aku redha. Sesungguhnya, aku yakin setiap sesuatu itu tidak kekal lama. Walaupun tuan ku ini tidak merelakan. Aku tetap perlu pergi...demi kebahagiaannya. Inilah kisah aku...sebuah jam yang berwarna hitam permata hati Munirah.





*wakakaka...rasa mau gelak guling-guling gaya otroman taro*
**macam kembali ke zaman buat karangan masa sekolah jek..mokeke**