Thursday, April 30, 2009

Termuntah VO

Rasa nak muntah kuar VO je sekarang. Fening larrrr~~

Punyalar lama buat VO ni. Udah berbulan-bulan oiii! Boleh la aku masukkan dalam resume aku nanti kat ruangan experience : VO Specialist=Penghancur VO...

Bengong kepala den.

Huh, tapi lagi kesian kat Ili, site engineer a.k.a partner gosip aku =P.. Dia lagi lama kawan dengan VO ni. VO satu projek je dah makan masa berbulan-bulan lamanya. Rasa nak rebus-rebus je VO ni wat sup. Slrupppp....

Birokrasi dan miscommunication punya pasal la ni.


AaaaAaaaAAaaaaargh...

Pitching out here and there...-Paul Moss said.

Miong suda~~

***VO = variation order = kerja tambahan ( yang tidak terdapat di dalam kontrak )









**wah, Abah oder ikan masin+kepok lekor lar..kuang3~~bila masa abah layan benda gini?

"Adik beli ye nanti...."

"Ngee..baek..."



Tuesday, April 28, 2009

Jejaka & Jejaki

Kisah seorang jejaka & jejaki. Di suatu tempat di suatu sudut negeri di utara, yang dikisahkan melalui kajang pak malau kajang berlipat. Adapun, mahsuri darahnya putih, namun putih lagi jika dapatlah dibasuhkan bajunya dengan sabun Fab....


Huarkhhh....


Huarkhhh...





Huarkhhhh...untuk kali ketiganya


BOhse ar cite pasal jejaka dan jejaki.

Baek keme tido aje...

Huarkhhhh lagi (sangat sopan la ini amoi)


Ok, goodnite ebelibadi!




**Amaran : Kalau takde idea nak tulis tu tak payah la tulis!keh3~~
Oh, tidak..adakah ini yang dinamakan addicted to blogging?erk!


Tataaataaaaaaaaaa............!

Thanks Yat!

Thanks Yat!
Kerna kamu telah mengawardkan ini untuk daku. Daku terharu banget! Tapi, apsal ar tak wat skali majlis anugerah ni skali dengan ABP-BH aritu? Pasti gempaQ daku bergandingan dengan Nabil =) (citt, tepi sket Irma!)
Rules for these brilliant award:
1. copy paste the award at your blog once you got it
2. make an entry if this is like a GRAMMY award =P
3. tag 6 other blogger
4. never break the chain please (optional)


Penerima anugerah seterusnye....
(sila gembire ye!)

TaDaaaa.....

1. Cik Intan Di Mukah
2. Cik Intan HoneyMadu
3. Enche ApeT Yang Telah Hilang (hoho..panjang nama kamu)
4. Cik Cinoi Si Sabahan
5. Cik Murni Bisneswoman
6. Enche Amatt Si Sawakian


**Yat, patut ar aku takleh bukak blogmu..rupenya dah tuko address..hik3~~

Arisa cakap...

Arisa cakap...

Bila cinta ada dalam hati, ianya akan terpancar di mata. Bukan dari kata-kata...

Yeke..adoyai susah tuh..camno nak tau neh..tak gheti keme nak nengok mate orang...
Udahler keme pon bermate empat. Aishh...

Bagusnye kalau ade orang yang sengal macam Arisa...walau macam mana pun orang cakap pasal tunang die, kepercayaan menjadi teras utama.

huh...tabah yang berbaloi.

Monday, April 27, 2009

Cerita Satu Malam

Pakej cerita malam ini.
(semua cerita ini ku dapat menjelang tibanya malam tadi..sehinggalah kini)
__________________________
Pakej 1 :
Kawanku dah beli kereta baru. Tahniah!
__________________________
Pakej 2 :
Kawanku bakal menguruskan projek di Pahang. Tahniah juga!
__________________________
Pakej 3 :
Kawanku lulus peperiksaan itu. Tahniah!
__________________________
Pakej 4 :
Kawanku bercinta dengan orang yang tak sepatutnya! Tolong ar jauhkan diri anda dari masalah ini!
__________________________
Pakej 5 :
Kawan-kawan bermasalah sesama kawan-kawan. Berbincanglah dengan baik, kawan-kawan...


Oleh kerana ia adalah Pakej..makanya tiada ulasan. Hanya ayat penyata je. Mokeke...

uih, banyak juwak ku berkomunikasi dengan kawan-kawan malam ini..hehe


StaYLiVeStaYTuNeStaYCuN

Sunday, April 26, 2009

[Kan Ku UKIR INDAH Namamu]

by 7 Pelangi
[lagu ini keme tujukan kepada orang yang kasi lagu nih =P]

If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you

Entah kemana
Akanku cari
Rasa cinta yang
Pernah ku miliki
Janji setia
Sehidup semati
Dan hanya waktu yang
Memisahkan kita
Namun semua
Telah berakhir
Untukku

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah

Kan ku ukir indah namamu

Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Graduan Memilih Kerja?

Adakah betul statement yang sering dilaung-laungkan dan diwar-warkan oleh orang-orang diluar sana? (diluar rumah aku~mokeke).

Graduan yang memilih kerja? Atau majikan yang memilih pekerja?

Satu halangan yang sangat dahsyat bagi seorang graduan adalah bila, majikan menjadikan pengalaman bekerja sebagai prasyarat utama untuk mengambil pekerja.

Logikkah?

Dari mana datangnya pekerja yang berpengalaman jika tidak yang bermula dari kosong a.k.a zero?

Ramainya majikan ingin mengambil jalan mudah, biar orang lain yang tolong kasi pengalaman kat pekerja-pekerja baru nih, dorang tukang cilok je bila orang tuh dah ada pengalaman. Bijak...bijak...

Tapi, ada jugak majikan yang suka ambil graduan fresh, sebab boleh bagi gaji murah je...hehehe

Bagi orang yang result tak excellent & first class cam keme, tiada istilah memilih kerja pun. Terutamanya, bagi kerja pertama. Memang ar tak sedar diri kalau nak demand melebih juge..kih3~~ tak kisah lar, jauh dari negeri kesayangan keme ke...jauh dari mak abah keme ke..asalkan keme tak menganggur.

Memang malang lar kepada sesiapa yang rajin menyoal keme kenapa keme keje jauh sangat ni..terutamanya kepada sapa-sapa yang menyoal keme dalam masa kebelakangan ini. Tak pasal-pasal kena ceramah...sebab keme dah bosan dengan minda tempurung orang sekeliling..hik3~~ sori naik lori PDM Abg Rahim ar..=P

Heyy orang-orang diluar sana..

Pandai-pandai je korang kata graduan memilih kerja ek.

Pandai-pandai je korang kata mahasiswa/graduan lesu ek.

Pandai-padai je korang kata graduan manja ek.

Pandai-pandai je korang kata graduan nak disuap ek.


Tapi bila kita tak berkira kerja kat mana pun, korang kata...

Ikut pakwe lar

Anak terbuang lar

Manusia pelik lar


Pelik sangat ke, memilih untuk bekerja jauh dari family bagi seorang perempuan?

Kalau orang kerja kat oversea tu, takde pun orang heran?

Kalau orang kerja kerajaan yang kena hantar ceruk sana sini, takde sape pun kesah? (mungkin sebab dah arahan kot)

Dasar orang prihatin betul.


Bukankah bila kita masuk universiti, kita tersedia untuk terbang ke mana pun kita suka?


Paddiyappa!





Kenapa Kita Perlu Belajar Tinggi-tinggi Sampai Masuk U?

Ngaa~~panjang la pulak tajuk kali ini.

Persoalan :
Kenapa kita perlu belajar tinggi-tinggi sampai masuk u?

Sesetengah orang mungkin menganggap belajar setinggi yang boleh itu adalah satu pembaziran dari segi masa. Masa untuk mengutip pengalaman kerja. Pengalaman hidup juga.

Ok, keme bukan nak ulas banyak pun. Cuma nak memetik satu je (dari banyak lagi) kelebihan yang ada, iaitu :

CARA BERFIKIR

Amaran : Ini pun bergantung jugak kepada individu. Tak semestinya sama kan.

Bila kita ada di dalam kelompok kita (maksudnya : dalam kelompok budak-budak ijazah, kelompok budak-budak diploma, kelompok budak-budak SPM), kita tak sedar pun adanya PERBEZAAN cara kita berfikir dengan orang lain. Sebab kita berada dalam lingkungan orang-orang yang setaraf.

Tapi, bila kita dah keluar dari dunia kita, kita akan rasa...betapa berbezanya tahap pemikiran seseorang itu mengikut taraf pendidikan mereka.

Kadang-kadang, bagi orang yang mempunyai tahap pemikiran A, bila dia melakukan perbuatan XYZ, adalah biasa bagi dia, tetapi tidak bagi yang mempunyai pemikiran B. Orang yang mempunyai pemikiran B mungkin akan mempunyai penilaian yang berbeza. Samada baik, buruk atau pelik ataupun kagum.

Mungkin, orang kata...pengalaman hidup itu lebih berharga. Tapi, tahukah anda?

Dengan ilmu yang tinggi (untuk orang-orang yang mengaplikasikannya saja), pengalaman hidup akan lebih cepat dapat diadapt ke dalam diri anda dengan pelbagai pilihan penerimaan terhadap diri anda. Maksudnya, dengan ilmu yang lebih dari orang lain, cara penggunaan setiap pilihan dapat dipelbagaikan.

Oleh itu, dengan ilmu yang tinggi, masa untuk kita mencapai tahap pengalaman hidup yang agak setara dengan orang yang kurang sikit tahap pendidikannya, dapat dipendekkan- dipetik dari Jurnal Terfikir-fikir oleh Miss Carol Munyra (kuang3~~omputih celup kicap).


Ok, kesimpulannya,

1. Belajarlah sehingga ke menara gading (iklan ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi~~wakaskus =P)

2. Beruntunglah orang-orang yang membuka tempurungnya semasa belajar di universiti.

3. Beruntunglah orang-orang yang bijak dalam pergaulannya semasa di universiti.

4. Beruntunglah orang-orang yang mempunyai peluang untuk belajar sehingga ke universiti.



**PELUANG untuk ke universiti~> dicipta oleh kita, ketika kita diberikan pilihan yang banyak ketika di peringkat sekolah. Bagaimana kita melihat pilihan itu suatu PELUANG, itulah yang membezakan diri kita kini dengan orang lain
~ dipetik lagi dari Jurnal Terfikir-fikir by Miss Carol Munyra =P

Puji Diri Teras Kejayaan

Cik Tulank..aku abadikan moto hidup mu sebagai tajuk entry kali ini kerana aku suka ayat mu pada perbincangan kita tadi...

"Jeles r 2 ak anggun"

Hahaha..terbaik di situuu..!

Kesahnya mengenai penerimaan pelajar perempuan terhadap lecturer perempuan.

Biasa la kan, pelajar perempuan akan suka lecturer lelaki...pelajar lelaki selalunya akan suka pada lecturer perempuan. Itu tandanya diorang semuanya normal la tuh..suka pada yang bertentangan jantina..mokeke...=P

Sama jugak dengan lecturer. Masa kat u dulu..ada lecturer perempuan yang layan baeek punyee(sila sebut dengan gaya Dafi ye) kalau dengan student lelaki. Tapi, kalau dengan student perempuan, layan tak layan jek.

Mmm..nak istilahkan apa ek sindrom nih?

FITRAH kot? (boleh?)

Wednesday, April 22, 2009

Soulmate

Bila kita rasa seseorang itu adalah soulmate kita?

Selalunya kalau cakap pasal soulmate ni mesti pada anggapan anda dia mestilah seorang lelaki. Sesetengah orang akan kata...

"Aku couple dengan dia sebab aku rasa dialah soulmate aku.."

Apa sebenarnya ciri-ciri seorang soulmate?

Lets cikendot bebeh~~

1. Bila terlalu banyak persamaan antara kau dan aku (kembar ka?).

2. Bila ku di sini kau pun di sini (sikda muka lain ka?).

3. Bila ku cakap ayat ini atau itu..kau bermurah hati sambungkan ayatku (terima kasih).

4. Bila belum sempat ku nyatakan hajat di hati, kau berikan hajat ku itu (macam santa claus =P).

5. Bila tanganku baru nak taip mesej kepadamu, kau telah pun mesej aku dengan jawapan yang ingin ku tanya (aiyo..pasang CCTV ka?).

6. Bila kau dan aku melihat sesuatu, kita hanya perlu berpandangan untuk mendapat kesimpulan dan jawapan kepada sesuatu itu (wah, awan-awan di kepala kita bercantum suda ya?).

7. Bila ku pakai baju otroman taro..kau pun pakai baju otroman taro (sikda baju otroman tiga ka?).

8. Bila ku lihat muka mu begitu atau begini..ku tahu apa di hatimu (sudah semestinya ternyata memang betullah agakan ku itu).

9. Bila kau sedih, ku pun turut sama kesedihan walau tak tau pun keadaan mu (hormon sama ka?).

10. Bila ku mahu berkongsi cerita apa-apa pun, kau lah orang pertama yang akan dipaksa menadah telinga (sharing is caring kan...kan..).

Ok, kalau ada lagi sambung sendiri ek.

Mempunyai seseorang yang ada ciri-ciri di atas memang menyeronokkan. Kadang-kadang melawakkan. Kadang-kadang mengejutkan. Mana tak terkejutnya, kita baru berfikir-fikir tentang orang tuh, tiba-tiba dia mesej. Atau cakap pasal apa yang kita fikir tuh. Haa...macam hantu jek.

Bertuahnya aku, sebab aku ada seseorang yang macam soulmate ni. Tapi..perempuan ek =P

Dulu aku pernah cakap begini pada dia :

"Kalau lah ko ni lelaki..memang ar aku kapel dengan ko!"

Sampai macam tu sekali aku rasa. Sebab aku rasa dia sangat la memahami aku...

Dan semalam dia pulak kata:

"Kenapa ko bukan lelaki?"

He He He...tapi, jangan risau..kami masih waras lagi. Kami gay~kami suka lelaki sahaja~mokeke =P

Tapi, bak katanya dulu...

"Mungkin kalau aku lelaki..aku takkan macam ni kot.."


Tepuk Dada Tanya Bulan!


wallahualam

Amar-ah

Dari ofis dah merangka-rangka ayat dan perenggan-perenggan sebuah amarah untuk dihamburkan secara membuta tuli di sini. Yela, mana lagi..hanya ingin di sini la...

Tapi, balik ofis tadi dalam pukul 7 hati aku dah sejuk. Orang yang aku tak puas hati tu, mintak tolong aku bantu dia buat sesuatu on the way aku balik dari site tadi. Setelah hampir setengah jam aku tunggu dia..dan hantarkan dia ke suatu tempat, aku masih marah lagi sebenarnya kat dia. Tapi, selepas tu, dia cakap...(dengan lembutnya) :

"Terima kasih, Ira.."

**aku smackdown sape-sape yang panggil aku Ira di luar waktu kerja atau yang tak berkaitan dengan kerja~~sangat geli dengar orang panggil IRA..erk**

Ok, dan aku pun tersenyum...jadi, hati aku yang marah itu pun berterbangan ke awan biru..dan terus lenyap....=)

Terima kasih kepada TERIMA KASIH kerana telah menghilangkan amarah aku.

Sampai rumah..tengok pulak arisa...jumpa pulak Akif ku sayang...lagi lar sejuk hati aku. Bergelak ketawa bersama mereka...

Pesanan Kerajaan Darul Keme :
Ingatlah orang tersayang, amarah membawa mati. Amarah punca jantung berlubang..

mokekeke..miong~~~daaa..

Sunday, April 19, 2009

Tembak kang!

Rasa macam nak tembak je seorang manusia ini. Kenapa lah kadar pengacauan hidup orang begitu tinggi peratusnya dalam diri dia?

Tolong duduk diam-diam ye. Anda tahukah bahawasanya kerana sifat asbestosusukambinghitambermukatoyeyangmeloyakan anda itu, saya ini tidak sanggup lagi mengsave nama anda dengan nama fofular dan kebiasaan anda? Rasa sangat dihiris-hiris dan dicincang-cincang hati saya bila saya melihat nama anda itu, apatah lagi jika saya menyebutnya. Bersyukur lah kerana anda mempunyai patah perkataan lain dalam nama anda yang mempunyai maksud yang boleh menenangkan jiwa saya dari mengingati segala perlakuan asbestosusukambinghitambermukatoyeyangmeloyakan anda itu. Ucapkan tahniah kepada keluarga anda kerana memberi nama yang panjang kepada anda.

Nasib baik lah, saya ini seorang rakyat Malaysia yang masih waras dan tak nak masuk penjara. Jika tidak, memang haku tembak hancur pale ko botak! (eh, dia tak botak pon..=P)

Huh, sangat jahat pulak saya. Ampun!



Positif..positif..positif..aiceh..macam mana nak bekerja sebagai tuttutttt kalau tak penyabor ni..haha =P

Wednesday, April 15, 2009

Ho To The Ho Hoo Hooo

Ore piyaaa....ore piyaaaaa...aaaaa....



*nyanyi ye kawan-kawan sambil feeling meeling*



Bila mahu berbicara mengenai hati dan perasaan a.k.a cinta, selalunya orang akan kaitkan dengan cerita Bollywood. Cintun habis...tu la sebabnya mukadimah entry ini lagu Ore Piya..mokekeke...(tapi lagu Ore Piya ni OST Talentime~tak tau ar kalau kat Bollywood pun ada gak filem yang guna lagu nih =P)



Cittt..apsal aku nak tulis pasal cinta plak nih?! Ha Ha Haaaa *gelak untuk diri sendiri*



Ok, at least aku masih manusia normal Ha Ha Haaaa *gelak lagi untuk diri sendiri*



Bukan apa, kat ofis tu, ada 3 orang je perempuan bujang trangtangtang. Kak Miza, bulan 8 ni nak langsung...Ili plak, gosip hangat yang bertiup kencang mengatakan macam nak dekat gak tuh. Ishh..Ili, jangan ar tinggalkan aku sorang-sorang beb..kita sebaya maaaa....ngaaa~~~



Dan orang ofis pun duk sibuk tanya sapakah pasangan aku. Sibuk usik aku. Dan bila tiba-tiba aku mintak cuti sabtu ni, dorang sibuk tanya nak wat apa?



Heh...senang je jawapan aku...



"Saya balik nak tunang lar...nak kawin gak bulan 8 nih" hah..ternganga semua orang...tau terkejut. ngeh3~~~



Ok, berbalik kepada perihal cinta yang ingin aku tulis tadi.

Aku nak cakap pasal cinta tak mengenal usia...aceewahh =P

Maksudnya cinta yang melibatkan orang-orang yang usianya berbeza jarak samaada tua atau muda. Orang selalunya tak kisah pun kalau perempuan kawin dengan orang yang sebaya atau tua sikit. Tapi, orang akan amat-amat (bukan Ahmad Abdul Rahman taw! =P) kesah, bila seorang perempuan itu kawin dengan orang yang muda atau terlampau tua.

Kalau kawin dengan orang yang terlampau tua, orang kata materialistik plak. Tambah-tambah kalau lelaki itu, sangat kaya. Kalau kawin dengan orang muda, di katakan tak tahu malu plak. Ishh..memandai je orang-orang ni kan.

Sekarang orang kata trend perempuan kawin dengan orang muda. Sekadar contoh, Que Haidar-Linda Jasmine, Rita Rudaini-Aidil Zafuan dan Azizah Ariffin-Khafairil (kot~tak ingat plak namanya haha).

Apakah ketakutan yang ada pada orang sekeliling bila seorang perempuan itu berkawin dengan orang yang lebih muda?

Lets cikendot bebeh!!

1. Nanti takut si perempuan tu akan jadi Queen Control (takde plak award ni masa grand dinner final year dulu hehe).

2. Si lelaki ditakuti tidak matang dalam membuat keputusan sekaligus menyebabkan dia akan bergantung kepada isteri.

3. Bila si isteri sudah berusia 50-an, si suami masih macho bergaya. Mulalah rasa si isteri dah tak chantek..makanya, terbit di hati dan sanubari suami yang tulus ikhlas untuk mencari isteri yang lebih comel lotey.

4. Bila isteri tua, kemungkinan si suami akan jadi duda muda (eh, ini berita gembira kot mokeke=P).

5. Keluarga pihak lelaki mungkin tidak boleh menerima si menantu tua itu. Pada anggapan mereka, anak mereka itu lebih layak untuk orang yang lebih muda. Bertambah buruk kalau family dah ada calon menantu pilihan...haa~~cucuk jarum ar beb!

6. Mungkin sukar untuk dapat anak sendiri kot. Maklum lar...mesin semua dah tua =P *hik3~~ampunn*

Tapi, satu benda yang orang selalu terlupa, jodoh kan di tangan ALLAH SWT. Kita bukan sesiapa untuk menghalang segala yang sudah tertulis. Tapi, kalau sebelum kawin tu, boleh kot nak wat apa-apa hahaha.....

Tapi, kalau dah kawin tuh, jangan lar ada yang gatal nak mengacau. Kalau dah kawin tu, maknanya memang betul lar jodoh dorang tuh.

Bercakap pasal jodoh yang betul ni, teringat pulak kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah. Katanya, orang yang berkawin, selalu cakap..."dia bukan jodoh saya" atau "sudah takde jodoh antara kami" bila dorang nak bercerai.

Pendapat Dr. Fadzilah Kamsah pulak begini, kalau kita dah berkawin dengan seseorang itu, makanya dialah jodoh kita. Jadi, mahu tak mahu menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan hubungan kita berkekalan sampai akhir hayat. Bukankah menjadi tanggungjawab si suami memimpin keluarga? Juga memastikan keluarga itu harmonis? Soal jodoh tak ada tuh, sepatutnya tak boleh timbul pun.

Itulah sebabnya, lelaki kalau tak cukup iman di dada, jangan di cuba lautan dalam..aceewah. Walaupun mungkin, suami boleh meminta isteri membantu menguruskan keluarga (tapi sekarang memang selalunya isteri yang menguruskan rumahtangga, suami kasik arahan je), tapi segala tanggungjawab hakiki masih milik suami.

Bila dah give-up, cara penyelesaian terbaik (kata mereka), adalah bercerai. Ntah cikgu mana lah yang ajar cara penyelesaian macam tuh. Ni mesti tak belajar math dengan Cikgu Khusairi nih..eheh~~

Apa-apa pun..tepuk dada tanya iman! =)

wallahualam

**Akif...akif...akif....!*ciri-ciri keangauan yang bahaya~tidak boleh dicontohi dan ditonton oleh kanak-kanak ribena*

Tuesday, April 14, 2009

Hati Sepi

Kawan aku mesej..bertanya bila aku nak balik Perak?

Mungkin dia nak balik kampung kot weekend ni. Erk, aku nak balik JB lar weekend ni... Aku ajak dia lepak JB jugak..tapi dia keje la pulak ari sabtu (hehe..aku pun keje..tapi aku telah mengapply cuti yang kontroversi haha)

Kawan aku ni baru tukar keje..dulu kat company lama, hari sabtu dia cuti =P. Aku cakap kat dia, takpelar..keje pun keje lar..janji duit masyuk (memang ini salah satu tujuan dia tukar keje pun).

Tapi..ayat reply dari dia membuat aku rasa cam nak guling-guling gelak.

"Memang la masyuk...tapi hati masih sepi..."

hahaha.....bila masa plak dia ni pandai nak cakap pasal sepi-sepi ni. Buang tabiat betol!


dan request dia yang tak logik :

"Carikan aku calon sorang..."

Hello kawan..ingat aku matchmaker ka? =P Adoyai...




Adoi..kami sudah besar. Memang patut bercakap soal hati, perasaan & pasangan.



**benciknye...tak dapat jumpa Akif lagi minggu ni! Asbestos de problemo.

Sunday, April 12, 2009

[BENCInta]

Tajuk takde kaitan dengan apa yang ingin ditulis..hahaha...

Firstly,

Terima kasih, mak abah, adik badik, suami (bakal-kalau ada =P) dan seluruh peminat-peminat saya kerana mengundi saya untuk anugerah ini...tahun depan undi lagi yek!


hahaha..juga masih tiada kaitan dengan apa yang ingin ditulis...cuma terkena kenan ABP-BH je..
_________________________________________

Ok, terus ke tujuan sebenar penulisan ini.

Kisahnya, bila seorang teman dari utara menyatakan rasa bersalahnya terhadap suatu hal..mm..

Perlukah kita rasa bersalah untuk hal-hal yang tak perlu?

Contohnya ye, kitakah yang bersalah jika seseorang itu memilih orang yang 'salah' setelah kita menolak kasih seseorang itu?

Orang yang 'salah' itu boleh dimaksudkan, penjenayah ke..suami/isteri orang ka..penipu ka..playboy ka..toyboy ka..beachboy ka..=P

Bila sesuatu itu telah berlaku, kita tak boleh menoleh ke belakang kembali untuk menyesali apa yang terjadi. Kesal dan menyesal mungkin, tapi bukankah semuanya ada hikmah tersembunyi.



Lu Pikirla sendiri~cayo la Nabil..soromban cuti mc nabil menang..wakaka =P



**adoi, boring sungguh hidup tanpa Akif di hujung minggu =( Tak sabo tunggu esok! Akif!!
(owh,gila bayang yang teruk..mokeke)

Saturday, April 11, 2009

seatbelt

Pakailah tali pinggang tempat duduk belakang, untuk keselamatan diri anda!
Ingatlah yang tersayang...

Iklan ini di taja oleh Ubat Urat Belikat Cap Rimau Betina...

Mokekeke =P

** driver & penumpang sebelah driver tak payah pakai seatbelt tau!

Ngee~~~arini, aku pegi pasang seatbelt belakang. Almaklum lar..kete kancil mana ada seatbelt belakang. Kejap je pasangnye. Tak sempat aku tengok cite hindustan sampai abis kat Perodua Service Center tuh..haha..cite hindustan tu aku tengok dari kat food court...alih-alih datang kat Perodua, dorang tayang cite tu gak. Masa kat food court heroinnye (Amisha Patel) buta...bila sampai kat Perodua heroinnye dah tak buta pulak.

Haa..aku tau..mesti pakwe dia (Arjun Rampal~auww..encem! =P)yang kasik kornea mata tuh. Sebabnye, masa kat Perodua tuh..katanye, pakwe die tuh dah takde...jadik pompuan tu pon sedey memanjang...nanges je kojenye..

Tiba-tiba datang plak hero baru...apa ntah namanye..yang penting, aku tak suka laki ni~ala yang mata kuyu-kuyu tuh haha...rupenye..pakwenye si Arjun tuh kawan si hero baru nih. Haa..ada satu part si hero ni pun tunjuk gambo bestfren die (Arjun) katanye kawan dia tu dah mati. Tapi, Amisha mana tau itu pakwe lame die tuh..die kan buta masa tuh...die kenal suara Arjun je. Hehe..pastu tak tengok dah...sebab kete dah siap..wakaka~~

Dan sebelum aku pegi food court tuh..aku telah diarahkan oleh Senoi untuk membeli tiket movie Fast & Furious 4, midnite plak tuh! 4 keping..untuk aku, Senoi, Aniq & Bro Mat Zul.

Err..aku pun wat lar request..kalau tak midnite boleh tak?? Tapi, disebabkan Senoi tak reply..aku pun pegi usha jugak ar..adoyai..memang ada midnite je cite tuh!

Sementara nak tunggu Senoi reply, aku pun berjalan dengan sopan santunnye ke food court. Makan doluuu...

On the way..Senoi call...dan katanye :

"Eyyy Khairul Munirah...kite lupe ar kamu perempuan!takkan kamu nak tengok midnite"

dan aku seperti.......mau cekik atau baling tukul besi kat dia!

Lupa aku perempuan??? Tak boleh terima betul ayat itu!


Siap ar kamu!



** Senoi, Aniq & Bro Mat Zul ada kat Kuantan ni buat ape ntah. Program UTHM katanye..alumni kot..=P

Thursday, April 9, 2009

~nak raye!~

hehe...ini gambo raye tahun lepas.

Haha..puasa pun tak lagi, nak raye lagi plak. Bukan ape, 2-3 ari ni bos aku sibuk kate nak gi berkungfu time raye nanti. Program Kungfu tu kire cam untuk kesihatan lar.

Dah dia sibuk-sibuk tanya raye bile, aku & kak syarifah pi la check raye bile. Tengok-tengok raye jatuh hari Ahad.

Pastu kak syarifah pun cakap..."kalau raye Ahad, maknenye..kene ganti Isnin ar..pastu cuti Isnin tu anjak ke Selasa..."

Pastu aku pun pantas je setuju "Haa..betul lah tuh hehe" Leh lame sket cuti..ngeh3~~~

"Mm...pastu campur cuti bos kasik..sampai Ahad yang lagi satu lar! Boleh lar bos kungfu lame-lame" kak syarifah sambung lagi sambil angkat-angkat kening kat aku..hahaha~mau bodek bos..

Bos gelak je.."yelaaaa....saya mesti kasi cuti lame punyeee..."

LaLaLaa~~~~ yeayea..!!

Balik kampung OoOooo Balik kampunggggg!

mokekeke =P

Ini soalan untuk lelaki

*soalan-soalan ini tiada kaitan dengan hidup aku sekarang. Cuma terfikir sahaja. Ye, betul..cuma terfikir sahaja*

Kenapa, bila sebelum couple, kalau ada 25jam la sehari...25jam la nak di telefonnya si perempuan?

Kenapa, bila sebelum couple, lelaki boleh luangkan masa yang lama untuk telefon si perempuan? Tetapi, bila dah couple..haraaammm tak dihiraukannye si kekasih itu. Kekasih telefon, disuruhnya letak plak..."sms aje"~katenye.

Kenapa, bila sebelum couple, si lelaki akan dapatkan si perempuan dengan apa saja cara yang termampu..tapi selepas couple, dibiarkan perempan itu terkontang-kanting?

Kenapa, bila sebelum couple, si lelaki boleh jadi seorang pendengar yang setia. Tapi, bila dah couple, si kekasih dibiarkan bercakap dengan patung?



Gua Pikirlah Sendirik~Muahaha
***Akif makin ensem dengan style rambut baru dia..hehe..aduhai..makin cayo ati keme ('',)

37:52

37:52 bergayutan bersama Intan. Berkisahkan mengenai perjalanan hari pertama melapor diri di Politeknik Mukah, Sarawak Si Negeri Kenyalang.



Antara isi kandungan perbualan :



1. Jalan Sibu-Mukah sangat teruk. Hampir separuh perjalanan hanya crusher run.



2. Tiba-tiba kat tepi hutan dalam perjalanan Sibu-Mukah ada sebuah kereta Kancil dan van Rusa bernombor plat Perak dan Wilayah..haha..mungkin kancil dan rusa tu sesat dari hutan kat semenanjung..keluar-keluar je terus kat Sarawak =P



3. Kata ayah Intan, dia rasa macam dah hilang buntut je masa sampai kat Mukah tuh hehe(sebab jalan yang sangat teruk)



4. Ayah dan Mak Intan balik ke Sibu hari ni untuk terbang balik ke KLIA menaiki speed bot, sebab tak nak hilang buntut lagi..=P



5. Dan yang paling penting--> Poli itu ada Wi-Fi =P







Har Har Har...sekian. Isi perbualan yang lain adalah rahsia. Untuk pendengaran geng bas sekolah a.k.a GBS saje..wakaskuss...



Nasib baik kami pernah menjejak kaki ke Sarawak. Kalau tidak, mesti lagi haru. Tapi aku pun tak ingat sangat macam mana rupa Sibu tuh. Berhenti sekejap je dulu masa on the way gi Bakun. Itu pun aku turun dengan Intan sebab nak buang ayo kecik hik3~~ malam pulak tuh..kuang3~~



Eh, tapi masa Lone hilang beg tuh..kat Sibu ke, kat Bintulu ek?ish..aku plak dah hilang ingatan.



**antara peristiwa dasat ketika misi menjelajah Sarawak dulu~beg Lone terjatuh dari tempat simpan barang bas =P Beg MASUM kesayangan plak tuh..haha..sib bek, orang yang jumpa bertanggungjawab sebab anto gi Balai Polis.

Tuesday, April 7, 2009

Entry Khas~Detik Indah Bersama Lip Ice

[ i n t a n :: m u n i r a h ]
menikmati rojak..eh megi gureng kot (haha~lupe plak. Kalau tak rojak, megi gureng ar tuh..2 makanan tuh yang di order)

[ j a j a :: m u n i r a h :: i n t a n ]
Jaja yang penyayang sedang memakaikan gelang untuk aku. Bersiap-siap untuk konvoi kenduri kahwin Sue kat Muar


Alamak, tang mana yang ada Lip Ice nih hehehe..


Entry ini sempena keberangkatan sahabat-sahabatku ke oversea kuang3~~
Mungkin selepas ini, susah plak nak wat koleksi gambar bersama-sama huhu
Ok la, untuk tak menghampakan peminat Lip Ice..tadaaaa ini dia..=P

Batasku Asaku

Bila kutercipta dari tulang rusukmu
Mengapa kumampu sempurnakan hidupmu

Wanita itu dari rusuk lelaki...melengkapi hidup lelaki.

Bila ku ada karena kau ada
Mengapa kau tak bisa sendiri saja

Keranamu lelaki..wujudnya jua aku.
Betapanya Allah tidak ingin kita bersendirian.
__________________________________

Dalam teguh tak larut belaian
Ranum sahaja bukan hiasan
Untaian cinta gapai genggaman
Yakinkan mimpi dalam iman
Batasku sadari raut kodratku
Asaku menari terbalut sorbanmu
Lembutnya jiwa sambut nestapa
Terngiang syahdu iman di dada
Bila cerita tak lagi ceria
Mahligai cinta merona terlena
Senada iman kusimpan derita
Kuatkan hati bersimpuh padaNya





Lelaki...oh lelaki...
kenapa kehadiran isterimu kau persia
pengorbanan apa lagikah yang perlu dibuktikan
derita apa lagikah yang ingin kau taburkan



Perempuan jua yang masih tegar mempertahan kerna zuriat.






BAHLUL BIN TOLOL punye SUAMI

Monday, April 6, 2009

BApAKnya Jahil

bila bapaknya jahil & ngokngek...

bapaknya makan duit isteri

bapaknya biar anak kelaparan

bapaknya biar isteri mencari duit

bapaknya lupa nafkah




bapak oh bapak

Moga Selamat lah kau wahai AR*S. Moga bila dah tua nanti, anda tak dilupai oleh anak sendiri yang telah anda aniayai ketika kecil mereka.

Sunday, April 5, 2009

Pergi~Aizat (Talentime)

PERGI ~ AIZAT

sayu terpisah..
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..

sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia


LAGU: PETE TEO
LIRIK: PETE TEO/AMRAN OMAR


(English version by Pete Teo~I Go)

tulun-tulun~sape ade MP3 nye sila kasik keme dengan kasihannye ek..=P

Saturday, April 4, 2009

Aku Masih Di Sini?!

Hoh, kenapakah aku masih di sini??

Di sini? Kuantan lar...sepatutnya, dan patutnya aku berada di KL~Kuala Lumpur OoOo Kuala Lumpur~

Aku mau pergi kenduri JajAA..iskiskiskkkkkk...rugi lar tak tengok Jaja sanding. Sekali seumur hidup je nih.

Kuang3~~ sowie..berangan je Jaja sanding tuh. Jaja cuma wat kenduri arwah + cukur jambul Khaleef + + sempena keberangkatan Jaja ke Tawau Negeri Di Bawah Angin...=P



** Jaja, jangan sonok sangat bakal neighbour ko budak bujang trangtangtang..ntah-ntah ada si K**** terselit kat situ..wakakaka =P Kalau betul, memang ar leh wat novela..hik3~~

*** Intan, ko harus ++ wajib gi umah Jaja. Kita ade misi bebeh! hik3~~ Goodluck! Misi kita harus berakhir dengan jayanya...

Friday, April 3, 2009

Akif...!

Mintak maaf Fahrin..huhu

chentaku untuk Akif kini.

Walaupun Akif garang..dan tak seromantik serta tak segagah Fahrin..tapi oh, pesonanya melebur jiwa ku..

Hari ni, satu hari kat ofis aku ingat Akif sampai Intan pun cakap aku gila. Tapi, serius..memang Akif sentiasa dalam kepala otak aku. Tak sabar-sabar rasanya nak balik..nak jumpa Akif.

AKIF..i love you tooo...(eh, bile masa plak dia cakap I love you kat aku..ahaha...miong3~~)


wakakakaka =P

Cik Arisa Nurailis...tepi sikit..kasik laluan sama aku ek! mokeke..ke tepi..ke tepi..

Wednesday, April 1, 2009

Hikayat Sendu Si Ikan

Dulu tempat ni laut. Pada suatu hari, ketika ikan ini sedang tidur...tanpa sedar dia tersangkut kat tiang ni. Bila dia terjaga keesokan harinya, air telah surut akibat dari kemarau yang berpanjangan sejak dua dekad yang terdahulu. Walaupun jenuh dia mintak tolong, tapi sekor pun kawan-kawan dia tak nak tolong. Kata kawan-kawannye :

"Camne keme nak tolong kome, keme takde tangan nak tarik kome dari bende keras tuh! Sirip keme tak kuat..."

Makanya, ikan ini pun mati keras je la kat situ. Itulah Hikayat Ikan Simen =)

**Bagi pelancong yang ingin melihat tinggalan sejarah zaman simen ini, boleh lah berkunjung ke Lumut, Perak Darul Keme.

Mari Senyum

Apakah maknanya sebuah senyuman?

Senyuman itu suatu sedekah. Bila kita bersedekah, hati kita tenang. Rezeki murah...

Patutlar ubat segala kesedihan dan masalah itu adalah senyuman. Bila kita tersenyum, secara automatiknya kita mengubat hati kita sendiri. Seolah-olah senyuman itu dapat menutup hati yang sedang dihiris-hiris...

Masa kat asrama dulu seorang junior pernah tanya..pada hari-hari terakhir aku sebagai seorang senior Form Five..soalan dia :

"Kenapa akak suka senyum?"

dan..aku ternganga~~~

Gilo ka apo..senyum pun salah ke? Kang aku jadi senior paling garang seantero dunia kang...cabut lari korang. Tak masuk otak betullah..

Orang kata, kalau senyum sorang-sorang tu gila. Ataupun tengah angau...stereotaip kan...

Pandai-pandai je kata orang gila. Tak tahu ke orang tu tengah banyak masalah. Jadi dia senyum lar...bukan apa...cuma nak ubat hati sendiri...


*aku menulis ini kerana aku terlihat gambar-gambar seseorang. orangnya banyak masalah. banyak sangat kisah luka. tapi gambarnya semua dipotretkan dengan senyuman dibibir..*

memang gambar itu bisa menipu...



~mari senyum~