Monday, March 30, 2009

Anaknya Pak Amir

Hehe..ini Malissa Amir Hamzah..ex-rumet aku kat UTHM selama 4 semester yakni 2 tahun pengajian.
Aku cuma nak ucap tahniah kat Ica, kerana secara rasminya kini
dah buleh geng dengan Ajie Aurora ..haha =P
**great bluran team**
...hihi...
ampunnn pak amir naib kepala polisi!!


Hukuman Untuk Anda

Keterangan gambar :
Ini adalah salah satu bentuk hukuman yang dilaksanakan oleh Kerajaan Laut Perak zaman dulu. Masa tu Datuk Maharajalela pun tak lahir lagi. Pada zaman itu, barangsiapa yang melakukan kesalahan, akan dihukum gantung sampai keras.
Mereka bertiga ini telah melakukan maksiat secara berjemaah. Makanya dengan itu, mereka telah dikenakan hukuman yang paling berat ini.
(si budak perempuan itu cuma pelaksana hukuman..bukan penerima hukuman atau makhluk yang sudah keras juga seperti ketam dan kawan-kawannya itu..ngee~~)
Tapi, kalau aku ar...baik makan je ketam tuh..beso woo..nyummmm...ney, ketam 8 ketul! (mamak ada jual ketam ke? miong3~~)

countdown..

tiktoktiktok...

(ini kisah orang lain)

Bulan depan, ada kawan-kawan aku yang akan memulakan kehidupan baru sebagai seorang pengajar.

Si tabah dua orang tu, fly over the Laut China Selatan...sorang lagi masih di negeri kelahiran cuma kat hujung negeri sket..tapi takpe, sempadan je dengan Pahang (wakaka...nak gak sebut Pahang).

Good luck la untuk kamu-kamu semua...moga berjaya. Ada hikmahnya penantian korang selama ini. Walaupun penantian itu suatu penyeksaan, tapi penantian jugak adalah suatu kenangan terindah untuk dikenang...aaceewaah..=P

Pesanan untuk cik-cik berkenaan :

Cik Mukah~~...tolooong ar jangan bawak beg kuliah ko tuh gi ngajo! harap-harap ko tak betul-betul nak bawak beg tuh...planner tuh jangan cicir merata-rata taw..pastikan ko ingat jalan pergi dan jalan balik. Jangan nak pura-pura alzheimer plak...hahaha...aja-aja fighting!

Cik Tawau ~~...pakai high heel taw sayang...baru tak nampak Yakuza sangat...cuma nampak tinggi di awan biru je..boleh ar pandang rendah pada student ko haha..Jadi Yakuza behind the scene je..hihi..chaiyok-chaiyok!

Cik Bahau ~~ ...cari handbag yang kecik taw..baru padan jadik Teacher..mokeke..Teacher sebut entrepreneurship betul-betul taw...ngee~~go go teacher...!

weekend bersama ayul..

Hari Sabtu pagi, Ayul dengan mak dan ayahnya datang sini.

Sini itu di mana? Kuantan lar...hehe

Ayul ikut Pakcik Aziz ada pameran MOHEX kat Kuantan..kat umah aku je sebenarnye..ngee~~

Tengahari, pas keje aku terus gi jumpa Ayul kat Kuantan Parade..sementelahnya, aku pun nak cari CD software MS Project 2007 untuk Yani (senget ini budak, pegi jela Batu Pahat yang dekat tu, lagi banyak CD software hehe). Ayah Ayul tinggalkan Ayul dan Mak dia kat Kuantan Parade tuh sementara ayah dia gi jaga pameran..

Aktiviti kitorang~makan-makan dan shopping-shopping...hehe..tapi aku tukang ikut je..Ayul yang sakan borong tudung..

Dah nak dekat pukul 5, aku hantar dorang ke Kompleks Perdagangan Mahkota. Ayah Ayul tunggu kat sana.

Ahad pulak..aku, Ayul dan makcik gi jalan-jalan kat Jomheboh (Ayul duduk kat hotel yang bertentangan dengan padang Jomheboh tuh). Adoyai...tak tau ar apa motifnye kitorang pegi situ..hahaha...takde apa yang menarik pon. Tapi...mm...kalau aku jumpa Fahrin (bakal suamiku hik3~~pasti intan mau muntah baca ini) maybe ar menarik sungguh Jomheboh itu...mokekekeke =P
Pukul 12, Ayul check out hotel, then kitorang bersama-sama menuju ke Kemaman..hik3~~ Ayul ngidam sata..Pukul 4 balik ke Kompleks balik...tempat pameran MOHEX tu. Ayah Ayul nak lawat kawasan..hehe...aku & Ayul pun jalan-jalan kat pameran tu..nak cari barang free (kan ke itu tujuan pegi pameran masa kat universiti dulu?hahaha). Hasilnya, dapat ar beg sejibik.
Pukul 4.30 ptg, Ayul & famili anto aku balik umah, then dorang pun terus gerak balik Nilai...selesai sudah weekend ku bersama Ayul =)

On the way to Kemaman~~Ayul dengan tudung baru beli kuang3~~

Ayul : Nurul Aini Abd Aziz ~ ex-rumet masa final year, pemilik WEX yang berjasa =). Goodluck Ayul..baik-baik duduk di Bahau nanti..Jangan tension-tension =)

Makcik : Mak Ayul yang best ~ sowie makcik..terrrbawak laju hehe & selalu ajuk makcik speaking nogori hehehe...

Pakcik Aziz : Ayah Ayul yang cool ~ mekaceh belanje makan & bawak jalan-jalan hehe..

Friday, March 27, 2009

Jeles ke?

Tadi aku mendapat panggilan dari Enche Senoirita~LaLaLa...sampai sekarang dia tak dapat pikir nama yang keji untuk aku seperti mana aku memberi nama Senoirita pada dia hehe~~~

Kata Mat Senoi, dia baru lalu Parit. Parit?? Kampung aku lar maknanya tuh. Ok, dia nak bagitau tu je. Itu maknanya dia sedang berlagak ye kawan-kawan. Untuk membuatkan aku jeles, bahawasanya dia sedang pulang ke Perak.

Tak jeles pon...kite pun baru balik Perak lar...=P

Apedaa Mat Senoi ni. Oh, lupa..selain dia nak berlagak dia lalu kat Parit dia juga mengambil kesempatan ini untuk mengutuk Fais dan Aniq..kuang3~~

Fais dan Aniq pasni boleh smackdown Senoi yek! =) LaLaLaaa~~~



Ini ikan bako, hidangan pada kepulangan terakhir aku. Hari Ahad, 8 Mac 2009, ikan dibeli kat Pekan Selat. Ikan bako ni ada plus+plus resepi cincai+campak campak dari aku kuang3~~

Orang Ketiga

Apa itu orang ketiga? Kalau berbaris..orang yang nombor tiga tu, orang ketiga la. Kalau anda ambil nombor giliran..dapat nombor tiga..maknanya anda orang ketiga la tuh. Masa sekolah rendah dulu aku selalu dapat nombor tiga..hehe.

Mukadimah je. Takde kaitan pun dengan orang ketiga yang aku nak cerita ni. Orang ketiga yang aku nak cerita ialah mengenai orang ketiga di dalam suatu perkahwinan. Samada yang ketiga itu lelaki ataupun perempuan. Tapi selalunya perempuan la kan..ish..kesian perempuan.

Kenapa kita mengistilahkannya sebagai ORANG KETIGA ye, kenapa tak kata ORANG KEDUA?~~ini soalan Sukri (Site supervisor syarikat aku) kepada aku dan Ili (Site engineer).

Jawapan aku..bagi isteri, ISTERI+SUAMI=DUA..plus orang lain..dah jadi TIGA la. Jadi, orang itu ORANG KETIGA. Tapi mungkin bagi suami, orang lain dalam hidup dia selain isteri dia adalah ORANG KEDUA, kerana itu kononnya cinta keduanya. Sukri angguk je..tak tau ler dia terima ke tak jawapan aku tuh..haha..

Tengok ye, beza perempuan fikir…ISTERI+SUAMI=DUA, lelaki fikir..PEREMPUAN+PEREMPUAN=DUA…dalam formula ciptaan lelaki..tak wujud pun seorang suami.

Jadi, perasankah anda bahawasanya jika terjadi apa-apa hal si LELAKI tak ambil kisah sangat pun. Yang kisah dan yang kecoh adalah PEREMPUAN. PEREMPUAN itu samada si isteri ataupun perempuan si ORANG KETIGA.

Faham tak?

Ok, maksud aku di sini adalah…pusing kona pusing kona ikut mana pun, PEREMPUAN jugak yang SALAH.

Terutamanya ORANG KETIGA. Tak payah lar nak berangan akan ada orang yang akan mengangkat anda sebagai HEROIN (bukan dadah tuh). Samada anda salah atau betul…SEDARLAH wahai ORANG KETIGA, CACIAN dan PENGHINAAN anda sampai kelepekkkkpekkpekk kat muka anda.

Sebenarnya..ini belum lagi cerita utama yang aku nak cerita..hahaha..sabo-sabo..ok, sekarang keme cerite yek..

Begini, kisahnya…

Ada seorang suami+isteri. Mereka baru berkahwin. Perkahwinan mereka adalah secara ekspress. Bukan sebab kena tangkap khalwat tapi sebab family arrangement. Memandangkan si isteri pun dah lewat 20-an jadi dia pun terima la si suami. Tapi, si suami bukan suka pun dengan isterinya. Cuma, si suami menggunakan konsep, DAH ORANG SUKA, AMIK JE LA..(what the h*ll of BANGANG suami ini). Jadi, selepas berkahwin, bila ada masalah..suami akan cakap…”Ko yang nak kawin dengan aku..padan lah muka ko”…Pada anggapan suami, isteri takde hak pun ke atas dia.

Sebelum suami bertemu isteri, suami terlebih dulu berkenalan dengan ORANG KETIGA. Tapi masing-masing menafikan feeling meeling masing-masing. Mungkin kerana status, ataupun hubungan keluarga yang memang sedia wujud.

Masalahnya sekarang, suami dan orang ketiga masih berhubungan dan hubungan mereka sudah lebih dari biasa. Malah melebihi dari sebelum suami berkahwin. Apakah rasionalnya berSAYANG-SAYANG dengan orang yang dah berkahwin. Ataupun sakan bercerita mengenai hal dalam kelambu, sedangkan mereka bukan suami isteri? Orang tak sekolah pun, kalau dengar hal ini, mereka tahu something wrong somewhere…betul tak? Kalau suami dan orang ketiga kata, itu cuma gurauan…apalah bangangnye dorang punya alasan..macam orang lain bodoh je. Kalau masing-masing belum kawin, mungkin takde hal pun. Tapi, sekarang salah seorang dari anda telah berkawin.

Nampak tak masalah di mana?

Kenapa dulu suami tak admit saja dia suka kat orang ketiga sebelum family mengarrangekan perkahwinan dia dulu. Dan orang ketiga kenapa tak admit je yang kamu cintakan lelaki itu? Wallawehh… what the stupid things, that did by the educated person.

Hah, maknanya tu…memang bukan takdir anda untuk bersama la tuhhh..adohaiii..itu pun tak tau!

Now, si isteri dan mak si suami dah ada nombor telefon orang ketiga. And obviously, in the real life, they know that girl. Sedara kan…Cuma dorang tak perasan je itu adalah nombor orang ketiga yang amat mereka kenali. Anytime from now…They will call the girl a.k.a orang ketiga. What will happen if they know the orang ketiga was that girl?? What will happen to the ‘ikatan kekeluargaan yang sedia wujud’ itu?

Apa pun alasannya..mereka akan salahkan ORANG KETIGA. Percayalah. Walaupun suami itu yang BANGANG.

Jadi, buat ORANG KETIGA, you better stop! Unless, you nak di cop sebagai perampas atau pemusnah rumah tangga orang or MEMEY Jr. Tak payah la nak berangan dan buat benda yang tak de hala tuju dan masa depan. Lambat laun, if dorang dah ada anak, for sure..the bangang guy will say goodbye to you.. Sebelum kamu patah hati or frust guling-guling, baik berhenti sekarang. Kalau si suami tu kata…dia tak dapat layanan sepatutnya daripada isteri, atau dia tak mencintai isteri dia..tak payah la percaya. Janganlah tiba bab ni plak orang ketiga nak lurus bendul percaya. BEDE’AH je tuh. Like what I said before, kan suami tu BANGANG.

Kalau suami tu baik, sampai kamu teringin nak ada hubungan sulit dengan dia, apa kejadahnya dia nak tipu and marah-marah bini dia tak tentu pasal? Itu yang kamu nak buat laki? Wow, goooood taste! *Applause….*

Jangan la desperate sangat.

Harapnya ORANG KETIGA sedar yang dia sebenarnya hanya mainan je. Tak payah berharap dia akan dapat lelaki itu. Ramai lagi lelaki yang lagi baik dari lelaki itu yang solo lagi. Cuma masa saja yang belum menemukan kalian.

Life is simple. Don’t make it difficult and complicated. Formulanya mudah je..SUAMI ORANG=JAUHKAN DIRI ANDA.

Rasional la sikit ORANG KETIGA.

Otak dan akal itu gunakan sebaiknya..jangan di letak di kepala lutut.

And, apa yang penting, hubungan sulit anda sipi-sipi lagi akan terbocor. Jadi, berhenti sekarang. If not, tunggu je la jap lagi dunia anda tunggang langgang. Janganlah merosakkan imej anda.




nota:
perkataan yang diboldkan, dimerahkan dan dibesarkan adalah untuk perhatian orang ketiga.

sekian.

Cik dan Encik Kawan

Cik dan Encik kawan..ingat tak bila kita mula berkawan? Ingat tak macam mana sejarah kita mula menjadi kawan?

Macam mana KAWAN wujud ek? Jom buat research sket…lets cikendottt..

Kategori-kategori asal usul kawan:

1. Kelas/sekolah yang sama
Kebanyakan kawan aku terdiri dari golongan-golongan ini. Memang kewujudan kelas dan sekolah membolehkan kita mengumpul kawan yang ramai. Kalau makin banyak kita tukar sekolah..lagi ramai la kawan kita kan..dari tadika sampai universiti..haa..banyak tuhh…Terima kasih kelas…terima kasih sekolah.

2. Jiran
Jiran pun penyumbang di dalam koleksi kawan-kawan kita kan? Walaupun jiran itu tak sekelas mahupun sesekolah dengan kita. Jiran itu termasuklah jiran sebelah rumah..jiran sebelah bilik dan jiran yang sewaktu dengannya.

3. Kawan kepada kawan
Yang ni pun banyak jugak menyumbang kepada senarai kawan-kawan aku. Ataupun kawan kepada saudara mara kita. Kawanmu kawanku jua..=)

4. Program/Persatuan
Haa..kawan-kawan dari kategori ni banyak aku kumpul masa kat universiti la..pergi program tu..program ni..secara tak sengajanya terjumpa la manusia-manusia yang bernama kawan...dan mungkin juga kawan yang istimewa..uhukkkkssswek…rasa cam nak muntah darah..Miong Suda~~

5. Sukan
Kalau kita aktif sukan pun kita boleh kumpul kawan jugak. Ngaa~~..dan yang paling melawakkan bila orang yang bergaduh dengan kita di padang..menjadi kawan kita selepas itu..(ye, aku sedang buat sekarang ini. Ye, sekarang aku sedang bermesej dengan Dila sambil menulis ini- Dila & Aku bergaduh ketika bermain Frisbee..yang menyebabkan spec aku pecah juge =P )

6. Kerja
Bila kita kerja pun kita secara sengaja akan mengumpul kawan juge =) Kalau kawan masa kerja ni…ada yang setakat kat tempat kerja je..lepas kerja masing-masing buat hal sendiri..tapi ada jugak kat tempat kerja dan di luar waktu kerja boleh bertingtong bersama juge.

7. Internet
Apa guna teknologi kalau tak guna nak kumpul kawan kan…hehe…YM ada..blog ada..friendster ada..facebook ada..macam-macam adaaa…!

8. Takdir
Kuang3~~~ leh tak kalau dikatakan takdir untuk mendapat kawan seperti ini. Tak tau nak letak dia di kategori mana. Pernah tak anda berkenalan dengan seseorang dalam keadaan yang tak dijangka. Kalau dalam drama…berkenalan sebab accident (aku tak penah lagi sebab ini..so, tu yang takde kategorinye hehe). Tapi kisah aku lain sikit ar. ‘Budak’ yang dipaksa menjaga beg & CPU aku pada hari terakhir di Batu Pahat..lokasi yang lebih tepat..Stesen Bas BP. Ok, dia sekarang menjadi kawan aku. Setelah dengan ihsan Zul menumpangkan aku dengan kelisa dia yang sarat barang-barang dia…aku dengan kepala tingtong pun paksa budak tu jaga beg + CPU yang aku angkut tuh..camni ye lebih kurang dialognye…”Adik, jaga jap barang saya ni..saya nak check tiket and nak beli makanan jap.” Ho ho..sangat bagus mempunyai confident yang tinggi memanggil orang dengan panggilan ADIK kerana aku kan dah grad…(eh, hampir grad la…masa tuh LI tak lepas lagi). Budak itu pun dengan sangat blur..mengangguk “Ok..” Kuang3~~…semudah itu untuk mencari kawan ye…Sorang je yang ada dalam kategori ni..tu yang ceritanya panjang sket..ha ha haaa~~~



nota:
aku sudah lama mencatat catatan ini sejak minggu lepas lagi.tapi tidak dapat dipublishkan atas sebab masalah teknikal.

Hukum..

Orang kata dunia itu bulat. Ataupun dunia ini bagai roda. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Bila kita di atas, jangan sesekali lupa untuk memandang ke bawah. Tanpa yang di bawah, tak mungkin kita akan berada di atas.

Tapi yang di bawah tu, jangan ar baling batu segala..nak bagi orang di atas jatuh atau cedera. Tak beretika kerohanian langsung! Silap hari bulan kena penjara sebab menganiaya orang lain. Sudah lah duduknya di bawah…kemudian, kena sumbat masuk lokap pulak tuh.

Kan ke namanya bagai tangga kedebuk jatuh atas kepala!

Melihat orang lain berjaya, bukanlah satu kekalahan bagi kita. Mungkin, kejayaan dia itu mendorong kita untuk menjadi yang lebih baik. Bak kata, HM Tuah, kejayaan orang lain itu boleh merangsang booster dalam diri kita. Kedebushhhhh…hah kau, dah keluar dah booster…

Kenapa kita perlu berasa sesuatu melihat orang lain berjaya? Apa itu sesuatu? Sesuatu adalah, samada ia perasaan gembira ataupun cemburu yang amat sangat. Jadi, apa pilihan kita? Gembira atau cemburu?

Tak salah pun cemburu, cuma jangan cemburu itu membawa kepada kemusnahan atau penganiayaan. Kalau kita menggunakan cemburu itu sebagai pendorong kepada diri kita sendiri, bagus la tu. Tapi, jangan pula bila cemburu, kita menganiaya orang lain. Itu yang kena dijauhkan. Pada masa ini lah kita dapat menilai kebijaksanaan diri kita dalam mentafsir apa itu baik dan apa itu buruk.

Menjadi orang yang bijak, bukanlah bererti kita perlu menjadi orang yang mempunyai ijazah bergulung-gulung. Cuma, andaian orang adalah..bila kita mempunyai ijazah atau berpendidikan tinggi, kita sepatutnya dan seharusnya mempunyai kebijaksanaan dalam melakukan apa jua keputusan. Belajar sehingga ke peringkat yang tinggi, mendedahkan kita kepada persekitaran yang luas. Ia membolehkan kita membuat keputusan dengan mengambil kira dari pelbagai sudut. Itu lah sebabnya, orang yang berpendidikan tinggi secara tak sengajanya dilihat sebagai orang yang bijak. He he he…

Bagi orang yang baik macam anak Pak Imam Leman, dia akan menganggap kesusahan dan kegagalan yang dihadapinya adalah suatu dugaan. Dugaan untuk menguji iman dan kesabarannya. Dia yakin suatu hari nanti, pasti kejayaan milik dia. Mungkin bukan rezekinya untuk jadi perdana menteri pada usia 18 tahun kan? Mungkin pada umur 87 tahun baru dia merasa jadi perdana menteri.

Cakap pasal rezeki ni..kita tak boleh tamak. Bersabar..jangan diragut sekaligus…takut nanti papa di hujung usia. Rezeki kita memang dah ditetapkan. Kalau Allah kata banyak tu..banyak tu jela. Cuma cara kita menggunakannya tu yang kena berhemah. Eh, tapi macam mana kita nak tau yek bila rezeki tu nak habis? Aicehhh..kan dah cakap..jangan tamak..bersederhanalah.

Ok,sekian!



Fikir-fikirkan…tepuk dada tanya iman!

**dah macam pakar motivasi plak.kuang3~~ tak tertokohan langsung

Tuesday, March 17, 2009

Penyelenggaraan Tamat.

Keme kembali setelah proses "major heart and mind maintenance" selesai dengan jayanya. Ada yang salah faham pada entry yang sebelum ini. Keme tak bermaksud pun nak berhenti terus memblog. Cuma sementara je..


Rupanya..sangat mudah untuk mengubat minda dan hati yang serabut..atau lebih tepat, jiwa kaco kot (ni sume Atan punye pasal ar nih =P)..keme hanya perlu buat satu benda je...iaitu..


R.E.D.H.A. Ye, semudah R, E, D, H dan A sahaja. Pastinya...ada hikmah di sebaliknya.


Makanya...diumumkan..keme akan kembali menulis setelah membuang masa guling-guling berpikir bagai nak rak untuk menyelesaikan masalah keme. Oh, jangan risau..masalah itu tidak berat setelah diringankan. Kuang3~~


Oleh itu, dengan penuh rasa kasih yang teramat sayang..keme ingin mengucapkan senkiyu kepada penasihat-penasihat keme yang memang superb...termasuk cekgu yang suke sound direct no kona-kona tuh...adoi, cekgu ni mulut takde penapis santan langsung!


Ok, sebenarnye..keme ada nak tunjuk satu gambar..tapi tak boleh nak upload pulak. Takpelar..lain kali keme tunjuk. Pastinya, gambar keme di Perak pada kepulangan keme 12 hari yang lalu.


Keme sangat seronok. Ye, SERONOK sangat dapat pulang walaupun hanya 3 hari yang tak berapa nak lengkap 3 hari. Kenapa keme seronok?

Sebabnya, keme telah mengikut kata hati dengan suka hatinya dan keme telah menentukan segala hala tuju keme dengan suka hatinya tanpa hati-hati langsung. Ok, itu saje. Chow!



Yeahuu..Tunjuk Ajo Ku SIpuT!

Wednesday, March 4, 2009

stop blogging

from now until dotdotdot..

the owner of this blog will stop her blogging activity for major heart & mind maintenance.

thank you.

see you in next birth.

Hate = Hurt + Miserable

Membenci seseorang menyakitkan hati sendiri.

jauh di mata, tapi sangat dekat di hati. cukup la menendang hati. hati lembik dowh!

udah cukup. itu saja. jangan di pikiran lagik. kedebushhh..pegi main jauh-jauh!

____________________________________________

Kawan-kawan...Nabil dah pulang ke Malaysia!!

Tapi tak tau la kalau yang mesej aku tadi, hantu atau adik dia, atau sapa-sapa yang menyamar jadi Nabil...ee..takutnye...tu memang nak kena!

YeYe..mapley serrrround Nabil! Jusco Ipoh set ye!

Ha ha ha..ini juga berita penting untuk Jep. Jep, Nabil is here! LaLaLaa~~~

Jep, sila la mintak ampun kat Nabil. Ni aku tak tipu punye, Nabil betul-betul punye. mokeke...cayo la cakap den..

Tuesday, March 3, 2009

Kontraktor & Perspepsi

Soalan pertama :
Betul ke aku eja perspepsi ni? haha..lantak la...asalkan paham..paham kan..kan?

Ok, soalan seterusnya :
Apakah perspepsi anda pada seorang kontraktor? Apa yang agak-agaknya yang pertama terlintas di kepala otak korang ye?

Kalau aku..

Sebelum tu, nak mintak maaf dulu kat kontraktor-kontraktor seantero dunia..he he..

Kalau aku, ada 2 benda yang memang akan automatik akan terkeluar kat awan-awan di kepala aku ni...
1. Kaki kelentong.
2. Gatal.

Maaf la..cuba untuk positif..tapi, mungkin agak malang bagi aku gamaknya, yang aku jumpa semuanya spesis tu.

Sampaikan bila kita bercerita dengan orang lain perihal kontraktor..orang akan jawab :
"Biasa lar..kontraktor.."

Kesian kan. Memang takdir anda begitukah?

Ada orang cakap, tak hidup kontraktor kalau dia tak kelentong...

Dan ada orang yang cakap, kontraktor-kontraktor yang gatal tu semua yang kontraktor yang bawah (kelas bawah-bawah, contoh: Kelas D, E, F)...yang tak berpendidikan tinggi katanya.

Hello Bro, kontraktor yang 'atas-atas' tu sama gak. Kadang-kadang lagi teruk..cuma cara diorang 'more educated' and agak terhormat dengan cara mereka.

Kadang-kadang, aku fikir..semua kontraktor ni dah kena BADI kot. Ish3~~

Untuk orang Melayu ISLAM yang kata tak hidup kontraktor kalau tak kelentong & ikut jalan belakang tu, carilar bisnes lain..banyak lagi bisnes lain yang boleh dibuat.

Memang lar, bisnes mesti mau untung lipat-lipat ganda-ganda lorr...tapi, nak untung dunia ke, nak untung akhirat?

Ada juga kontraktor ini berbangga mengatakan, projek ni aku dapat sebab dah suap si polan ni..si polan tu..

Tak tau malu betul...kang aku lapor kat BPR kang, padan muke...

ish3~~

Ada orang cakap, nanti dapat untung (untung guna jalan belakang) ni..aku derma la kat anak yatim atau orang miskin. Bagus niat tu..niat pun dah dapat pahala kan...kan...

Tapi, pernahkah anda dengar, matlamat tak menghalalkan cara?

aduss...



Lu pikir la sendiri!

Tepuk Dada Tanya Iman!


cau cin dai...

Sabarku ada tahapnye..

Makin hari aku makin naik hangin dah dengan dia ni.
Macam-macam hal..
Saje je nak naikkan darah aku ketahap otroman taro melawan raksasa hijau yang hodoh.
Nasib la aku sayang ko..kalau tak memang ar aku pijak-pijak biar leper ko.
Baru 3 tahun kita bersama, ko dah wat aku macam ni..
Ko ingat aku takleh cari lain ke?
Tengok, suami pertama aku masih setia tau..takde hal pun cam ko..
Aku dengan suami pertama dah hampir 6 tahun.
Susah jugak berpoligami ni.
Huh!

Adeke tengah aku sedap-sedap berSMS ko leh suke ati off.
Adeke ke aku tengah sedap-sedap bercakap dengan bos, ko off juge.
Cilanat. Kut ye pun dengki, jangan ar menyusahkan idup aku.
Nasib baik, bajet aku tak cukup, kalau tak memang aku kawin lain tau!



~ngaa~~



watak-watak
suami pertama : Nokia 3310
suami kedua : Motorola V3i
aku : keme



Kata kunci yang penting :

Berpoligami-->pertama--->setia

Ha Ha Ha..eh, tadi bukan citer pasal henpon ke? Ha Ha Ha...

Nak Balik Perak!

Nak balik Perak la this weekend. Memandangkan plan PD 7.3 pun tak jadik..huhu

Tapi..

Ah..apalar tapi-tapinye..

Mmm..balik je la.

NAK IKUT?

moh le kite..

Sape nak ikut sila hubungi keme di talian bebas tol (tapi nak balik kena bayar tol huhu) :

1314 2517 3945

Kol la, kalau betul-betul wujud bagitau keme ye..mokeke =P

Monday, March 2, 2009

Suruhanjaya

Hasil dari perbincangan dengan Aniq, makanya kami berdua dengan ini telah menubuhkan satu suruhanjaya.

Suruhanjaya ini akan mengkaji beberapa kelemahan di dalam sistem peperiksaan di tanah air kita ini, ataupun nama glamornya Malaysia.

Dengan kuasa yang ada ditangan Aniq, makanya dia telah melantik aku sebagai pengerusi suruhanjaya ini. Terima kasih Aniq, dan tahniah kepada diri aku sendiri.

Jadi, aku dengan ini melantik Aniq sebagai assistant merangkap setiausaha aku (mau balas dendam pada ini Aniq yang pernah membuli aku dolu hoho).

AJK makanan (haha..tak relevant langsung!), aku lantik Zul Jiwa-jiwa, sebab Zul leh carikan nasi ayam penyek tersedap untuk aku. nyummmm...

Pemandu merangkap pencacai..mm..kasik kat Senoi la..kancil tu sila upgrade ye. Kasik turbo sket. Baru leh race dengan Camry YB Nizar..mokeke..YB kena race dengan YB ar.

Bendahari merangkap Sponsors Seeker (erk..boleh la..) kasi kat sape ek?..haa..Cik Yani ar. Pandai cari sponsor ni..puluh-puluh riban-riban sekali kenyit mata..

Memandangkan tugas kami ini sangat berbahaya..jadi perlu dilantik bodyguard. Oleh itu, colan yang terpilih adalah Roma dan Jaja..auww..Mr & Mrs Yakuzza..=P

Satu lagi jawatan kosong..mm.. AJK cenderahati..sebab setelah penat bekerja, kami perlu memberi cenderahati kepada diri kami sendiri. Oleh itu, aku mau lantik Intan Si Tulank la. Kalau boleh, hamper tu jangan amik kat Pasaraya Selesa lagi ye. Pasaraya lain pulak..kepek-kepek yang lama tu bungkuskan aje balik. T-shirt rasmi, kite mintak lagi kat JKing, orite?

ok, set.

Eh, lupa plak nak bagitau nama penuh suruhanjaya ni. Namanye adalah Suruhanjaya Penghapusan Peperiksaan PTD.

hik3~~

miong3~~



*berangan memang menggembirakan*

Ketika Cinta

Lirik Lagu Ketika Cinta (Ost Perempuan Berkalung Serban) - Siti Nurhaliza

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

dari kerana mata...

i can't sleep.

don't know why.

nak berYM..tapi takde sape-sape plak. Adohai mata, kenapa segar aje. Esok nak kerja taw!

tiptaptiptaptiptap..(bunyi kipas)

vrooOooommm..(bunyi kereta kat luar)

unggggmmmmm...(bunyi komputer)

citcitcittcitt...(cicak pun nak take part..huhu)

huh, dah xdo kojo ka aku..tulis bunyi-bunyian plak. adohai...

Sunday, March 1, 2009

saya sayang kamu

Ye, saya sayang kamu.

Ye, kamu.

Kamu yang sedang membaca ini.

Dengarkan pengakuan sayang dan cinta saya...

video

** Jue, sorry sebab picit-picit peyut panda "Dear" ko tanpa kebenaran...ampun!

*pengampunanterdesak*

Perempuan dan Cinta

Wanita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat di kepala untuk dijunjungi, bukan di bahu untuk membebani, bukan di lengan untuk dijulangi, bukan di jari untuk disakiti, bukan di pinggul untuk dihenyaki, bukan di lutut untuk ditindihi, bukan di kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat di pelusuk hati, untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Seseorang pernah bertanya kenapa dia masih belum merasai apa itu CINTA sedangkan usianya makin meningkat. Merasa untuk disukai dan digilai lelaki. Kurang cantikkah dia? Kurang molekkah dia? Kurang pandaikah dia?

Jawapannya tidak. Perlu di ingat, manusia diciptakan berpasang-pasangan.

Surah Az-Zariyat : Ayat 49

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan. Supaya dapat kamu fikirkan kebesaran Allah SWT"

Cuma masa untuknya merasai cinta itu yang belum tiba. Tidak perlu rasa terhina kerana masih belum berteman. Sepatutnya, bersyukur kerana sekurang-kurangnya diri terhindar dari maksiat. Bukankah bagus begitu?

Harus di ingat juga, jika pun diri bercinta, belum pasti itulah bakal menjadi suamimu. Jangan risau jika tidak pernah berkasih, berteman. Sesetengah orang, kekasih yang ke-14 baru sampai jodohnya. Sesetengah orang, yang pertama itulah yang terakhir. Sesetengahnya lagi, sekali bertentang mata sudah mencukupi untuk ke jinjang pelamin. Jika sudah jodoh, tak ke mana.

Apa yang penting, don't judge a book by its cover (uh, sudah terlampau kerap aku menggunakan ayat ini..paranoid). Lelaki yang baik, tak semestinya datang dengan pakej berketayap, berjanggut, atau di depan mata keluar masuk masjid.

Tiada lelaki yang sempurna. Dan tiada perempuan yang sempurna. Kenapa? Kerna, lelaki itu akan melengkapi kita (perempuan ler..), dan kita akan melengkapi dia. Samada datang dari kita atau dia, masalah tetap akan timbul. Janganlah nanti, bila nak kawin, beria-ia buat tapisan. Tak cukup penapis teh, penapis santan pun ok. Nak cari yang betul-betul tak akan bawa masalah pada kita. Sampai kiamat pun tak kan jumpa.

Harusnya, masing-masing perlu tahu tanggungjawab masing-masing. Barulah saling melengkapi.

Kata seorang pakcik yang aku hormati..lelaki yang baik, dia hanya perlukan satu saja dari isteri..iaitu kejujuran.

Dan aku menambah..perempuan biasanya inginkan kepastian dan kesetiaan...dalam erti kata lain..kejujuran jugak la tuh..



wallahualam.


*menulis memang menenangkan*
*catatan khairul munirah taris*

Tak Perlu Maaf Itu

Tak perlu maaf itu. Bukan kamu yang salah. Kamu berhak untuk menentukan hala tuju hidup kamu. Kamu tak mungkin menyenangkan hati orang-orang di sekeliling kamu.

Kamu perlu tahu, apa yang terbaik untuk diri kamu.

Dalam kita mencari yang terbaik untuk diri kita, memang akan ada yang terpaksa kita tinggalkan di belakang. Atau di letakkan di tepi. Memang ia bakal atau sudahpun mengguris. Tapi, ia adalah kehidupan.

Kita tak boleh untuk mengambil semua..tanpa memilih. Membuat pilihan memang memeningkan. Tapi, tanpa pilihan ia akan menyakitkan. Jika sekarang kita tidak boleh membuat pilihan, mungkin kehidupan mendatang akan lebih sukar.

Pada masa akan datang, kita tetap dan pasti perlu membuat pilihan. Sama ada sekarang atau esok, kita tetap perlu membuat pilihan. Setiap apa yang kita lalui..kita hadapi..semuanya memerlukan pilihan. Tapi, mungkin kadang-kadang, pilihan itu tidak menepati kehendak orang lain.

Adatnya..memang ada yang perlu dipinggirkan. Jangan takut dan risau. Cuma perlu yakin.

Percayalah...dan yakinlah pada pilihan yang dibuat. Setelah itu, ia adalah ketentuanNya.

wallahualam.



*cuba memujuk diri sendiri*
*positif memang menenangkan*

emotiondisorder

di kala begini, alangkah bagusnya kalau abang baek ada.

abang baek..huhu..

i need ur advise...




disease.
sickness.
illness.
emotiondisorder.

say mangkuk to myself!

aaarghhhhh...

damn!

macam mana aku boleh buat benda ni?!

bencinya!

uwawaaaa....

Budi Si Budiman

Jika kita membantu seseorang atau bahasa klasiknya menabur budi, adakah kita mengharapkan balasan?

Mungkin jika kita tidak mengharapkan balasan, kita tak hingin pun nak tolong orang tu.

Pernah tak kita kata begini,

Kalau aku tolong dia ni..harap-harap lepas ni dia kenalkan la aku dengan adik dia yang comel lotey tuh..

ataupun..

Kalau aku tolong baikikan kereta dia hari ni, esok lusa senang la aku dapat projek dari dia..

Kalau dalam drama kat tibi tige tuh, selalunya watak orang miskin yang telah ditolongi oleh orang kaya, terpaksa kahwin dengan anak orang kaya tu, sebab termakan budi. Padahal, lelaki tu dah ada anak bini kat kampung.

Nampak tak? Kes termakan budi ni akan membawa kepada PENGANIAYAAN kepada orang lain.

Bagi orang yang termakan budi ni, mesti rasa serba salah yang amat. Kesian. Eh, nak kesian kat sape ntah ler..mokeke =P

Cuma, apa yang boleh di harapkan oleh orang yang bakal menerima pertolongan dari orang lain itu, semoga orang yang menolongnya IKHLAS tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari orang yang ditolongnya.

Apa itu IKHLAS?
Kita ikhlas bila, kita melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Kita melakukannya kerana ALLAH dan kerana takut kepada ALLAH.

Apa-apa pun, pandai-pandai la kita menilai budi si budiman.


wallahualam.



StaY TuNe StaY Up STaY CuTe

evil in me

Syaitan apakah yang ada dalam diri sehingga setiap perlakuan yang sepatutnya suci mengeras menjadi keji?

Keji yang sengaja ditanam di dalam diri. Kenapa kata-kata 'no' tidak pernah mahu ditukar menjadi 'yes'. Walaupun tahu, betapa mulianya diri jika berkata 'yes'. Maaf. Memang syaitan itu beraja. Astaghfirrulahal'azim.

Muliakah jika mengatakan 'yes' hanya untuk memuaskan hati orang lain? Berbaloi kah? Ada orang kata, manusia tidak boleh hidup seperti pulau. Yakni, hidup bersendirian tanpa orang lain.

Betul lah tu. Tapi, adakah itu bermaksud kita perlu ikut kata orang lain. Semua perlu di'yes'kan.

Seorang Teman, A, pernah mendekati setelah dia menyaksikan satu drama pujuk-memujuk seorang teman lain (Teman B) ke atas diri saya (kata ganti diri yang sopan). Pastinya pujukan Teman B meminta saya melakukan sesuatu itu tidak berhasil. Kata Teman A...

Aku tak sangka kau ni sangat keras kepala rupanya. Kalau aku, tengok si B tu merayu macam tu, sure cair punye...at least, sebab aku kesian kat dia.

Sorry, my answer still NO.

Teman A kemudian hanya mampu menggeleng kepala.

Saya memang susah untuk menukar keputusan yang telah dibuat. Walau kadang-kadang terbit penyesalan kerana mengecewakan orang lain.

Kadang rasa seperti kejam

Kadang rasa seperti keji