Saturday, February 28, 2009

Saya Pemandu Berhemah


Aku pemandu berhemah, sehinggalah aku rasa macam nak baling batu sebesar tayar (suda semestinya aku tak mampu nak angkat) pada mereka-mereka ini :

1. bila aku menanti dengan penuh sabar kereta itu melepasi aku, untuk membolehkan aku keluar dari simpang dengan jayanya...tapi rupa-rupanya si pemandu itu mau masuk simpang yang aku mau keluar tuh..tak berbaloi sungguh aku tunggu ko. Tak reti kasik signal ka?mau buat pameran yek signal tuh? ingat masa aku duit kertas cap pisang ka? masa aku emas taw!huh..

2. bila kereta-kereta yang tak berapa canggih mau tunjuk hero..cucuk-cucuk apa kes? Jadi, jika jalan itu kosong, ku sangat bahagia untuk pecut meninggalkanmu (kalau dengan BMW, Merc ke, aku tak wat la..haha)..jika jalan itu sibuk ku sangat bahagia untuk membawa sehabis slow...Ingat ya wahai pemandu..tak tau peraturan jarak ke? saje je nak cium bontot keretaku =P

3. bila lori-lori yang berat itu tak sedar diri, jalan kat lorong kanan. ayoyo..dia ingat dia lagi laju dari lori yang lalu kat lorong kiri tu..padahal, jalan beriringan jek..adoyai..

4. bila aku follow belakang kereta, tiba-tiba dia masuk simpang tak bagi signal. hei pemandu, signal buat pamerankah?

5. bila di dalam traffic jam, tiba-tiba ada mala'un menyondol semborono masuk depan aku tanpa bagi signal. hei pemandu, lagi sekali..lampu signal buat pameran ke?

6. bila aku mau parking, tiba-tiba ku lihat kereta-kereta itu parking tak betul..hei pemandu, kereta tu besar sangat ke sampai tak nampak kotak parking tuh? mentang-mentang semua kereta hemport. tau la korang nak parking kejap je sebab pegi melantak kat Kopitiam Muar-E tuh..aku ni nak parking sampai petang taw!



sekadar luahan tanpa suara =P

Bulan Mac

Bulan Mac rasanya takde nak target apa-apa pun. Cuma menanti keconfirman plan PD 7.3 je. Jadi ke tak. Ha, cik AJK kehadiran camne? Ada perkembangan tak? Cik-cik AJK Permainan dah ada list permainan dah..mokeke =P

Susah jugak ye nak kumpulkan kawan-kawan ni. Ada saja halangan nye. Hari tu budak-budak pengurusan buat kat PD jugak..ok jek. Ni dengar cerita nak buat kat Pangkor pulak. Dorang tak sebusy budak-budak civil ke? ngee~~

Nak buat masa cuti panjang, masing-masing sibuk kenduri-kendara..tak pun family holiday..kalau buat time tak cuti panjang, sibuk bekerja pulak. Ahad pun keje..lol~

..kawan-kawan suda bicara tentang kirje aje skang~~ho ho ho

Please go Februari...

Jangan la marah..aku bukan nak halau Februari..tapi Mac dah nak datang sangat dah ni. So, Februari kena la sedar (atau sedar diri), bukan selamanya Februari bertakhta di hati. Bukan selamanya Februari perlu memimpin hari-hari kami.

Terima la hakikat Mac lebih diperlukan kini. ekeke..kesian Februari.

masa awal Februari dulu, aku dah nyatakan target bulan Februari. baca disini. dan Alhamdulillah, dah tercapai. jadi, misi tamat. sekian.

LaLaLa~~

Al-Fatihah untuk Haziq

petikan dari Berita Harian :
Murid maut, adik parah dirempuh kereta guru

Oleh Idris Sulaiman bhnews@bharian.com.my

Haziq Fadly, Norhafizah dalam perjalanan ke sekolah

PARIT: Seorang murid lelaki terbunuh, manakala adik perempuannya cedera selepas basikal dinaiki mereka dirempuh kereta yang dipandu seorang guru wanita ketika dalam perjalanan ke sekolah mereka di Jalan Bota Kiri-Tanjung Blanja dekat sini, pagi semalam. Haziq Fadly Mohd Shahbudin, 12, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala adiknya, Norhafizah, 9, patah kaki kanan dan dirawat di Hospital Changkat Melintang (HCM).

Kejadian berlaku jam 7.40 pagi ketika dua beradik itu dari Kampung Sungai Korok dekat sini sedang dalam perjalanan ke sekolah mereka di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gajah. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fikri Che Sulaiman, berkata mangsa parah di kepala selepas basikal yang mereka naiki dirempuh kereta dipandu seorang guru wanita.

"Guru wanita terbabit berusia lingkungan 30-an dari sekolah berlainan dan dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas keterangannya diambil," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Norhayati Yeop Ahmad, 43, menganggap kemalangan itu sebagai takdir Allah.

"Saya menganggapkan ini adalah takdir Allah terhadap saya....saya juga reda dengan pemergiannya," katanya.

Norhayati berkata, setiap pagi Haziq menunggang basikalnya sendiri tetapi semalam dia terpaksa menumpang basikal adiknya, Norhafizah, kerana basikalnya rosak. Beliau berkata, sebelum itu dia sempat berpesan kepada mereka supaya berhati-hati menunggang basikal.

________________________________

Terkejut bila bukak paper hari ni. Berita ni keluar. Dalam ingatan aku, Haziq sorang je yang aku kenal. Anak murid mak aku yang pandai mengaji tu. Sementelaah Haziq tu pun selalu dikenen-kenenkan oleh Nina (anak sedara aku) dengan Kak Ngah (kakak Nina), nama Haziq tu jadi sangat familiar dengan telinga aku ni. Aku pun pernah bawa Haziq & anak murid mak yang lain pergi pertandingan dulu.

On d spot aku tepon mak. Mak terus nangis bila aku tanya pasal Haziq. Mak cakap, sebelum kejadian tu, tiap-tiap malam Haziq datang umah dengan mak ayah dia sebab nak tengok CD bacaan Quran...dia nak masuk pertandingan. Malam last dia datang, dia cakap dia nak pinjam CD tu..tapi bila dia balik, mak terlupa bagi. Ada lagi CD tu atas meja, kata mak...

Dalam sedu sedan mak cakap...

"Anak murid yang baik..selalu datang ngaji..itu lah yang pergi dulu..tapi, nak buat macam mana, dah memang janjinya dia pergi dulu.."

AL FATIHAH BUAT ADIK HAZIQ FADLY MOHD SHAHBUDIN.

Thursday, February 26, 2009

GOLLL...hatrik!

waduh-waduh sangat cemerlang aku untuk 3 hari berturut-turut ni. macam orang kaya yang sangat redha!

Ngee~~

apekehalnye hatrik nih?!

hatrik nya adalah....

Untuk 3hari berturut-turut aku derma RM5 kat Majlis Perbandaran Kuantan. Pemurah kan aku? Lain kali kalau parking tu, pandai-pandai la letak kupon yek..wakakaka =P

sekian, terima kasih.

rakyat pemurah, negeri terbilang.

ha ha ha

Kenapa Cinta Itu Buta?

kenapa orang selalu kata...:



cinta itu buta


adakah mereka berjalan menggunakan tongkat sambil menutup mata?


pastinya tidak..


kecuali bagi golongan istimewa yang cacat penglihatan la.



tapi bagi orang yang cukup sifat penglihatannya, bila tiba tentang CINTA..mereka dikatakan BUTA?


Orang selalu akan cakap cinta itu buta bila :


1. Salah seorang daripada couple, sangat lawa atau handsome..tapi berpasangan dengan orang yang tak seberapa rupa parasnya.


2. Salah seorang daripada pasangan, memang dikenali sebagai playboy/playgirl.


3. Salah seorang daripadanya memang telah diketahui ramai mempunyai perangai buruk yang hampeh.


4. Sorang kaya, sorang miskin (yang miskin tu mesti kena kata materialistik).


5 Semasa berkasih, dunia bagai mereka yang punya..berdua aje!


6. Semasa berkasih, kekasih dia aje la yang lawa, yang comel, yang baik dsb..yang baik-baik aje la.


7. Kalau kekasih buat perkara jahat, pasangan positif aje.."dia akan berubah..." atau "ini kan asam garam dalam perhubungan" atau..."biasa la..kehidupan"


8. ada lagi nak tambah? =P





Kenapa kalau pasangan buat salah kita boleh buat derk je?


Alamakkk...ada lagu Love Story plak kat radio..nyanyi jap...jap ek..



"I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes
So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet cause we're dead if they know
So close your eyes
Escape this town for a little while
Cause you were Romeo I was a scarlet letter"




LaLaLaaa~~~



Ok, kita sambung balik..



Kenapa kalau pasangan buat salah kita boleh buat derk je? kalau marah pun kejap je la.


nak tau KENAPA?


Agaknya...ni yang aku agak ar..





Ini lah di namakan kepercayaan atau saling mempercayai. Kan itu penting di dalam suatu perhubungan...



kita kadang-kadang kala serba salah dengan perkataan kepercayaan itu. kalau kita selalu mempersoalkan pasangan, nanti dikatakan tak memberi kepercayaan kepada dia pulak.


serba salah..atau mungkin terikat dengan sesuatu yang dinamakan kepercayaan. kang kalau tak cuba memberi kepercayaan pada pasangan, bila masa pulak suatu hubungan tu nak menjadi.


tapi bak kata aku..kut ye pun nak percaya..jangan ar membuta tuli. kut ye pun sayang, jangan tutup minda dan kewarasan. tepuk dada tanya iman. kalau tanya selera tu maknanya ikut nafsu.



jadi...kesimpulannya...ikut la kata aku..



wakakakaa...=P





aik, lagu kat radio ni memang timing baekk punyee..lagu Pada Cintanya pulak :


"walau dicerca..walau dihina..
tak mengapa

walau terseksa..tak mengapa..
aku setia..pada cintanya"



Yola tuh..kang dah patah riuk hati..sape nak jawab? nganga lar..


Kalau setia pada cinta Ilahi tu lain ar. Mungkin kalau nyanyi lagu ni, kena niat tujukan pada Yang Maha Esa..Pada Cinta-Nya.



~~sTaY TuNe Tune MoNey MoneY Order~~

Wednesday, February 25, 2009

Fahrin Ahmad..hihi

Kamu bukan super..kamu bukan star...

kalau digabung'in kamu bukan superstar..




ape nok buat..keme bukan superstar..

...LaLaLaa~~~



semalam tengok drama Fara season 3 episod 13..lambat sket tengok. bese ar..aku mana ade tibi..tengok kat blog Hanz je la..hihi..nasib baik ada internet..hoho


alahai..encem & gagah perkasa la pakwe aku sorang ni..*ngee~~*

Scha~sowie ar, lebih baik kau undur diri aje..wakakaka...ampun!


Pakcik Maybank

dulu aku pernah cerita kan pasal pakcik yang mintak sedekah kat Maybank Jalan Beserah tu..

dah lama dah ni aku tak jumpa pakcik tu kat situ. hairan jugak.

adakah pakcik telah bertukar port?

adakah pakcik tak sehat?

adakah pakcik telah terlampau kaya?

atau adakah setelah cerita pakcik aku tulis di sini dan kebetulan orang Jabatan Kebajikan Masyarakat baca, mereka telah menangkap pakcik?

oowh tidakkk..akukah penyebabnye?

ngaaa~~~

Eh mana die?

hairan..semalam ngak mengacau hidupku?

cuma sekali saje. ish..hairan..

opppss oppsss..tak boleh guna perkataan 'mengacau', nanti terasa plak..sentap dowh..!

tukar la jadi menyerikan hidup aku..wakaka..

miong sudaa~~


~~


oh no nooooo no. haha

when u smile...

Alalaaa~~senyum la...

haa..kan dah cair hati i tengok u senyum..=)


~ GAMBAR SENYUM KAMI ~

Tuesday, February 24, 2009

Nak ikut Sunnah yee...

Orang lelaki selalu kata...

"Abang nak berpoligami sebab nak ikut sunnah nabi..."

Alalaaa....sweet nye abang...tiba-tiba abang jadi alim ye?

"Macam ni ye abang..kalau sungguh-sungguh abang nak ikut sunnah nabi...abang takkan kahwin selagi isteri pertama abang masih hidup kan..."

"Erk..kenapa pulak?"

"Aik, ingatkan abang tau sungguh sunnah nabi..sirah nabi..alim kucin beranak 8 upenye..."

"Kenapa pulak??"

"Kan Nabi Muhammad kahwin dengan Siti Aisyah setelah Siti Khadijah meninggal dunia.."

~lol~

"Jadi abang kena la tunggu saya meninggal dunia dulu ye bang..kate nak ikut sunnah..."

LaLaLaa~~~

Renung-renungkan...selamat beramal!!

Monday, February 23, 2009

hirisan saki baki luka

menuju saki baki rasa itu
perit
kacau
bilau pastinya

namun
langkah apakah
yang wajar
demi menjaga hati semua

saki baki rasa itu
makin terasa
menghiris dalam
sehingga laku
tiada kawalan
dari terhiris
jadi mengguris

maaf.
terlanjur mengguris.

kadang fikiran
bertingkah laluan

dengan laku
akal ingin mencari syurga
tapi nafsu pantas menghalang
syukur iman masih bersama
iman masih setia


bersama iman

walau berliku
walau bersimpang siur
walau lambat
destinasinya pasti.

moga pada destinasi itu
saki baki rasa itu hilang pergi..



oppss..sudah merapu meraban..miong3~~~ =P

tag yang lama lagi

Tag ni pun dah lame..dulu aku cakap kat Cik Tulank Rusuque tak nak buat sebab kat opis takde gambo..haha..

Do you think you are hot?
wakakaka~~ do you think i am hot? ..aku tanye balik =P
Upload a favorite picture of you.

Why do you like that picture?
sebab ada orang kate..lawa..hik3~~ (sowie~saye terrrperasan =P)
When was the last time you ate Pizza?
3bulan yang lepas rasanye...
The last song you listen too?
Ketika Cinta -Dato' Siti Nurhaliza
What are you doing right now beside doing this?
Eat Dadih..hoho..
What name do you prefer besides yours?
Supermoon..hak3~~ gilo ah!
People to tag?
Tag anak lelaki Tok
Tik anak perempuan Tag
LaLaLaaa~~~

BoOmKaBooM

Artis : Ika & Amira

video

boommalakaboommcaaaa..=P

video

cubaan pertama menyanyikan lagu tadika Iman

video

cubaan kedua..LaLaLa~~

=)

Satu Bangsa

Masa sekarang ni..masalah hubungan antara kaum agak kronik..mungkin lagi kronik pada masa akan datang. Belum lagi kes mempersoalkan institusi raja.

Macam-macam tuntutan dan hak penyamarataan di pinta oleh orang-orang bukan Melayu. Pemimpin pun semua mengesyorkan...kita perlu bersatu padu..kita perlu menjadi bangsa Malaysia...

Persoalannya..bagaimana ye untuk menSATUkan bangsa Malaysia yang secara am nya ada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India?

Siapa ada cadangan?? Angkat tangan!! Ok, ha..yang hujung tu..apa cadangan kamu?

Hujung : Saya cadangkan kita buat macam Indonesia..semua kena cakap bahasa Indonesia..nama pun guna bahasa Indonesia...takde dah pengenalan nama Melayu, Cina atau India..takde la Ali, Ah Chong atau Ramasamy..

Ha..Cik Belakang ada cadangan?

Belakang : Saya rasa kita wujudkan satu sekolah je..Sekolah Kebangsaan..

Ok, Encik Tepi? Cadangan please...

Tepi : Apa kata kita anjurkan aktiviti yang melibatkan semua kaum..tu dah nampak la bersatu padu..

Tapi selepas habis program..kita semua kena ikut bangsa masing-masing la ye? Ha..Cik Tengah..belum bagi cadangan lagi kan? Nampak macam banyak berfikir je..berkerut-kerut dahi tuh..silakan bagi cadangan...

Tengah : Saya rasa..sampai bila-bila pun kita tak kan dapat menyatukan semua bangsa di Malaysia ni. Dan kita tak perlu pun bersusah payah untuk menyatukan bangsa kalau setakat buat program yang disertai oleh semua bangsa. Atau mewujudkan sekolah satu jenis sahaja. Ada orang kata kita kena memupuk perasaan satu bangsa ni dari sekolah rendah lagi. Tapi tuan-tuan, dan puna-puan sekalian..cuba fikirkan..selagi kita Melayu...sampai bila pun kita Melayu...Melayu sendiri pun masih tak bersatu padu..Melayu pun banyak jenisnya..ada jawa, banjar, bugis dan lain-lain. Cina pun tetap akan jadi Cina sampai bila-bila...

TAPI..ada satu je yang boleh berubah..tuan-tuan dan puan-puan tahu? Yang boleh berubah itu adalah AGAMA..jadi, ISLAM kan lah orang-orang Cina dan India..makanya dapat la kita BERSATU. kenapa Islam? Kerana Islam adalah agama terbaik.

Terima kasih Cik Tengah kerana pandangan itu. Tepuk Dada Tanya Iman...

tag yang lama..

suda lame tag ni..baru teringat nak buat (haha..sebenarnye takde keje nak wat =P)

1. How old are you?
23 bulan 6 jadi 24.

2.Are you single?
mingle..

3.At what age do you think you'll get married?
28 kot

4.Do you think you'll marrying the person you are with now?
hoho..sapekah?

5.If not, who do you want to marry?
Fahrin Ahmad ..hihi..*malu sayee..*

6.Who will be your bridesmaid & bestman?
nanti ar aku wat intibiu..

7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?
kebun wedding..ade doyan...ade rambutan..nenam of course..haha

8.Where do you plan to go on honeymoon?
Perth~~LaLaLaa~~

9.How many guests do you think you'll invite?
semua yang mengenali..

10.Will that include your exes?
mane ade exes..haha..

11.How many layers of cake do you want?
88..KLCC..wakaka

12.When do you want to get married, morning or evening?
morning hak3~~

13.Name the song/tune you'd like to play at your weedding
Love story~Taylor Swift

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
ntah ar..

15.Champagne or red wine?
sky juice..haha

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
day after

17.Money or household items?
both =)

18.How many kids would you like to have?
6~3girls+3boys=huru hara..wakaka

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
iye kot


20. Whose wedding plan would you like to know next?
sape-sape yang teringin wat...

Ika Oh Ika...

Hujung minggu lepas aku menghabiskan masa di rumah abang aku a.k.a YANG. Sementelaah aku kena pergi pekse PTD kat UTM..rumah Yang la jadi transit aku..ngee~~

Hari Jumaat tengahari aku bertolak dari JB. Kursus aku habis petang, tapi disebabkan aku mintak keluar awal, tok penghulu kursus a.k.a Hj. Rashid arrangekan sesi bergambar pada waktu pagi. Jadi, merasa la aku bergambar dengan semua peserta kursus.

Pukul 5.40 ptg sampai kat umah Yang. Belum sempat aku keluar kete, anak sedara aku, Ika, dah berlari-lari keluar sambil bawak tudung.

“Maksuuu..anto Ika gi ngaji!”

Erk..

“Hah? Tunggu ar Makde balik..”

“Ala..makde balik lambat”

“Ayah?”

“Ayah pun lambat”

“Adoi..maksu penat ni ha..nanti ye..hehe..kut ye pun bukak ar pagar ni”

“Ohh..Ika lupe..hehe”
Sambil garu-garu kepala.

**Situasinya-->aku bertinggung di luar pagar..Ika bertinggung di dalam pagar.

Masuk umah je..macam-macam Ika tunjukkan kat aku. Beg sekolah la..buku sekolah la..lagu sekolah la..anak kura-kura yang baru di bela la..ngaa~~aku baru masuk kat muka pintu je masa tuh!

Ika..makin banyak cerita sekarang ek..tok tek tok tek..

Satu situasi yang kelakar. Pada ketika di bilik tidur akak aku senja tu. Aku baring mengadap Ika. Akak aku duduk di hujung katil. Sambil tu akak aku kaco-kaco Ika.

Kemudian, Ika cakap sesuatu yang aku & akak aku gelak besar. Katanya..

“Makde..boleh takkk…(diam sekejap sambil sengih keji)…TURUN!”

LaLaLaa~~Sori la Makde..Ika nak sembang dengan Maksu ni je hahaha.

Dan malam tu buat pertama kalinya Ika tido dengan kitorang. Tak penah-penah dibuatnya berpisah tido dengan mak ayahnya..hihi

Kitorang ingat dia main-main je..rupanya memang betul die nak tido sekali. Untuk membuktikan die serius, siap letak tuala baru kaler pink die kat bilik akak aku. Katanya nanti die mandi nak pakai tuala tuh. Haru-haru…pagi-pagi mak dia dah cari, mana hilangnya anak bongsu dia..(mak dia tido awal..so, dia tak tau anak dia tido dengan kitorang)

Hari Ahad…masa aku tengah siap-siap nak balik..

“Maksu nak gi mana?”

“Maksu nak balik la..sok nak keje..”

“Ooo..sape anta?”

“Maksu naik kancil tu la..mana ade sape anto”

“Oo..nanti kalau maksu jalan..kalau merah tu berhenti tau..hijau tu boleh jalan”

Haha..bagusnye budak ni!

“kalau kuning?”

“Mane ade kuning..oren ade lar..”

“Yela-yela oren..kalau oren kene buat ape?”

“kalau oren..mm…berhenti juge”

Oo..oke..haha”

“Mm..maksu, Ika nak pesan ni..”

“Ape die?”

“Nanti maksu datang lagi ye..jumpe Ika”

“Eh. Mestila..!”

Alalaa…anak sedare aku sorang ni!

Beberapa minit selepas tuh…

“Maksu jangan lupe ye pesan Ika tadi!”

Hoh? Haha..

Dah macam orang tua je gaya die bercakap..

Watak-watak :

Ika : anak bongsu Yang. Umur 5 tahun
Aku : Aku lar! =P
Makde : akak aku (duduk sekali dengan Yang)
Yang : Abang aku, Ayah Ika
Mak Ika : Akak Ipar aku, isteri Yang, Mak Ika =P

Tuesday, February 17, 2009

Kursus..kursus...

Hari ni masuk hari kedua Kursus Pembinaan Sistem Saliran Permukaan & Bawah Tanah. Anjuran Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Pahang.

Kursus ni memberi 14 mata CCD kepada kontraktor yang berjaya.

Apa itu CCD?

CCD ialah Contractor Continous Development. Setiap kontraktor perlu mengutip mata CCD yang ditetapkan bagi setahun untuk proses renew lesen CIDB. Contohnya, bagi Gred G7 mata CCD setahun yang diperlukan ialah minimum 40 mata. Kalau syarikat nak renew lesen bagi 3 tahun, mata yang perlu dikutipnya ialah 120 mata. Tapi mata ni tak boleh di bawa ke tahun selepas renew. Contohnya, kalau masa kita nak renew, mata kita dah 130 mata. lagi 10 mata tu kira hangus la. kita akan bermula kembali dengan 0 mata.

Untuk dapatkan mata CCD ni, setiap kontraktor kena pergi kursus atau seminar yang disahkan oleh CIDB yang akan diberikan mata.

Bagi setiap modul, akan diadakan ujian untuk memastikan kita layak dapat mata CCD. Bagi kursus ini, setiap modul diberi 2 mata.

Mata CCD akan mula diwajibkan bagi kontraktor yang nak renew lesen pada 1 Januari 2010. Jadi dorang kena start kumpul mata dari sekarang.

Hari Pertama

Kata Tn. Haji Nazaruddin, penceramah kursus ni..menjelang tahun 2015, kontraktor-kontraktor dari seluruh dunia boleh masuk tender kat Malaysia ni. Dari kelas A sampai lar kelas F...melalui dasar globalisasi..

waaa...sakit ar nanti.

Kursus ni cuma ada 18 0rang peserta saja daripada 20 orang yang daftar. Dan, dengan bangganya..aku adalah satu-satunya perempuan..hik3~~ dan sudah semestinya yang paling muda.


Pengisian

Sebenarnya apa yang aku sangka tak seperti yang terjadi..aceewahh..sebenarnya aku ingat penceramah nak cerita pasal air bawah tanah dan konco-konconya. More on geology or hydrology ka..tapi rupa-rupanya lain pulak..

Bagi modul pertama LP3-Perolehan Peralatan dan Bahan. Penerangan apa itu, lukisan dan spesifikasi, program kerja, bajet projek,aliran tunai syarikat, sebutharga, layout pelan stor dan aturcara kawalan inventori.

Bagi modul kedua LP4-Perolehan Loji dan Jentera. Menerangkan mengenai perkara yang sama dengan modul pertama tetapi lebih kepada jentera dan mesin.

Di akhir kursus hari pertama, kitorang dikehendaki membentuk satu kumpulan. Aku pun form ar group dengan En. Wan dari Tasklink, En. Razak (Tasklink), Hj. Rashid (Maleja Corporation) dan Muzaffar (Binadara).

Muzaffar tu tua setahun dari aku...grad oversea, Sheffield University..gaya macam Ajie seyyh! tak boleh blah betul..nasib baik tak blur...=P

Hari Kedua

Pagi..aktiviti bersama group atau syarikat yang kitorang namakan Pembinaan Maju Jaya. Kitorang diberi satu contruction drawing & satu as-built drawing. Aktiviti ni adalah aplikasi dari modul LP3 & LP4. Jadi kena lar buat taking off segala..

Tengahari..bersambung dengan modul seterusnya iaitu LP5-Tugasan Kerja. Skop di dalam modul ini ialah Peninjauan kepada penugasan kerja, carta organisasi, dokumen sub-kontrak, bajet projek,lukisan & spesifikasi.

Petang..bersambung dengan aktiviti kumpulan, aplikasi daripada modul LP6. Kena lar buat carta organisasi dan konco-konconya...

Tentang Tn Hj Naza

Hj. Naza ni arkitek..graduate dari US . Tapi lebih pada RA (Resident Architect). Jadi, dia terer ar bab perkara-perkara kat site ni.

Satu perkara yang aku suka tentang dia ni..pandainya dia berdakwah! hihi..memang mengagumkan..dah lar comel..opppsss..=P

Kalau dia nak bagi contoh..mesti pasal projek-projek kat Madinah, Mekah..

Dan yang paling best..dia suke cerita pasal sejarah..=) memang banyak logiknya. Sejarah Malaysia ni memang banyak dah diputar-belitkan.




~menanti hari esok~

Monday, February 16, 2009

LOve StOry..

We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony of summer air
See the lights,
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
You say hello
Little did I know
That you were
Romeo you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go,
and I said:
Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes
So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet cause we're dead if they know
So close your eyes
Escape this town for a little while
Cause you were Romeo I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go
and I said:
Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes
Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real, Don't be afraid
We'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes,
oh, I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you was fading
When I met you on the outskirts of town
I said:
Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head, I don't know what to think
He knealt to the ground and pulled out a ring
And said:
Marry me Juliet you'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes
Oh, oh, oh
Oh, oh, oh, oh
Cause we were both young when I first saw you
download Love Story by Taylor Swift..vroommm3 suzuki swift =P

Sunday, February 15, 2009

bluppbluppblupp (**interpretasi hampir kelemasan)

aku.

malas.

mau study.

intan kakakku kata, periksa itu senang saje bagi ko (aku lar tu).

jadi, tak payah study.

tapi semua orang cakap susah!

mau dengar cakap orang kah?

tak kan maju melayu di dunia, kalau asyik nak dengar cakap orang yang negatif saja.

yeah, saya mesti positif.
_________________________

isnin hingga jumaat 8pg hingga 5petang mendatang, harus menadah telinga di kursus itu.

harus mencapai matlamat mengutip markah CCD.

kalau tidak, pasti aku akan dibaling kasut oleh bos.

atau mungkin tak dibenarkan masuk opis?!

ada periksa juga kah untuk mengutip markah itu?

bukankah zaman periksa ku sudah lama berlalu?

kenapa ada periksa lagiiiii!

**sobbb..sobbb..sobbbb..wuuwuuu**

Thursday, February 12, 2009

kedett

"kak mun kedekut!"

hoh?? ape kes si Nasuha budak kecik ni bagi mesej kat aku, mengata aku kedekut? tak de angin, tak de puting beliung..tibe-tibe kasik mesej gini. takde mukadimah langsung. ngaa~~ kalau rindu katakan rindu..ececeee =P
aishh..aku ada janji nak belanja die ke?ekekeke..=P
nasib baik masa balik kampung aritu aku tak gi jumpa dia..
aku memang kedekut pun wakaka..
kedekut hati.
miong3~

Wednesday, February 11, 2009

Kemamaian yang memalukan

inilar bahananya tido selepas maghrib..tak dan dan nak tunggu pas isyak.

dalam banyak-banyak nombor dalam henpon nokia tige tige sekupang aku ni, kenapa lar no dia yang aku terdail?..aish...pastu ntah hape-hape sms yang aku reply kat dia. kan aku dah janji tak nak bersms dengan dia..ciss, ciss dan ciss lagi sekali. pastu bile aku bangun balik kui 8 lebih dah dekat-dekat kui 9 tu, ingatkan aku mimpi..rupenye bile check call register, memang aku call dia..ayoyoo..

oleh itu murid-murid..pengajarannya di sini :

1. jangan tido sambil pegang henpon

2. pastikan henpon anda di'lock' kan kalau nak jugak pegang henpon sambil tido

3. pastikan nombor-nombor yang tak berkenaan di nyah kan dari henpon anda! citt..

4. sebelum tido jangan telek-telek missed call register henpon anda

5. sebelum tido pastikan letak henpon jauh-jauh..agak-agak boleh dengar bunyi alarm sudah ler..tapi kalau sape-sape suke jawab tepon time tido..leh la letak tepi telinga..ekeke


di sebabkan kes tido-bangun sekejap-tido aku semalam..aku terlupe nak wish MASTERJA hepi besday! pagi ni baru wish..

JAJA~ **hepi besday to youuuu..hepi besday to youuu..hepi besday to jaja..hepi besday to youuuuuu!!**

ekeke..dengan ucapan :

semoga hati jaja tak kering lagi (jaja kate sekarang hatinya semakin kering haha)

Tuesday, February 10, 2009

Orang Perak & Orang Kelate

9.10 am.

Kringgggg kringgggg...kkkkriiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnggg

Adoyai..Kak Nor turun bawah plak..aku lar ni yang kene jadi operator jawab telefon ni.

"Helllooo...Nor Mek Nor ade?" Suara orang di sana..ngaa~~ suke ati tuko name Kak Nor. Ni sah, tak lain dan tak bukan Pokcik Kelate Gangster Temerloh la ni.

"Nor Mek Nor is not here! Baru jap turun..telefon lar henpon die..die bawak henpon die.." usul aku pada Pokcik.

"Eh, saya cakap dengan sape ni? Orang Perak ke?" Pokcik tanye.

"Ye ler..keme ler ni..orang Perak.."

"OOO..orang Perak, ngapo mu lo ni? ngapo jadi gitu?" Hoh? aku dah tau dah ni..ni mesti sebab....

"Ngape nye? flexible ape orang Perak..atas jalan pun buleh baring haha..orang kelate ade nak buat grope itu? Hebat tu orang Perak haha.."

"Ishh..orang melayu Perak ni memalukan Pokcik betul la. Pokcik dah tau nape mu datang sini. Patut la mu lari ke Pahang..mu pun malu dengan orang Perak ye?" Hoh, pandai-pandai je Pokcik ni.

"Haha..ape ler Pokcik ni..keme bukan grope deme..keme baik ape.."

"Haishhh..orang cine dengan orang india tepuk tangan nengok orang melayu Perak ni"

"Ate, keme nak wat cam ne.."

"orang dah suruh turun tu turun ler..ni idok..nak di samannye pulak sultan..mu malu dok?"

"maluu..."

"hah, mu suruh mak ayah mu pindah..duk Pahang ke..johor ke..ishhh..kalau pokcik, pokcik malu sungguh! ini rupenye perangai melayu Perak.." Oooh sudah...

"Iye ler..ye ler..nanti kalau deme baling batu ke..deme baring atah jalan ke..keme hambat deme dengan parang.."

"Ee...kalau Pokcik ler, Pokcik tak nak doh duk kat Perak tuh..buat malu Pokcik je..nape ler bodoh sangat.."

"Yeye ooo je Pokcik ni..Pokcik ni kire malu juge dengan Melayu Kelate ler yek? Pokcik pun lari pegi Pahang! " ekeke...hambik ko sebiji Pokcik!

"Ehh..Pokcik lain...Pokcik datang Pahang sebab nak ajo orang Pahang ni jangan malas.."

Hahahaha..pandai sungguh Pokcik memutor..

"Ok le, Pokcik nak telepon Nor Mek Nor pulak"

"Ha, yela..elok ler tuh.."

tap!

tamat.

Monday, February 9, 2009

Perak sensasi lagi yehuuu..!

aku baru lepas buka Utusan Online. salah satu berita terkini ialah "Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia".

Lagi sekali dalam masa mungkin sebulan lagi, Perak akan menjadi tumpuan. Belum sempat cerita tuka nakhoda reda..pilihanraya pulak menjelma.

Perak akan senssssasi lagi..

Walaupun tak kan effect pada siapa yang akan jadi nakhoda Perak, tapi peluang ni mesti digunakan pihak yang berkaitan untuk membuktikan sesuatu.

Mungkin Parti Toink3 akan buktikan rakyat masih perlukan mereka. Parti Miong3 mungkin nak buktikan mereka lar yang paling layak berkuasa.

same-same ler kite nengoknye nanti yek Yob, Yong!

PasAngan Hidup

sedikit dari perbualan teman-teman :

Teman 1 :"Aku nak tanye sket.."

Teman 2 :"Mmm..apa die?"

Teman 1 :"Ko dah ade marka?"

Teman 2 :"Takde, apahat?"

Teman 1 :"Aritu aku nampak ko dengan lelaki..."

Teman 2 : "So..??"

Teman 1 : "Marka ko la ye tu?"

Teman 2 : "Owh..ko pun marka aku lar ye?..sebab aku pun penah keluar dengan ko.."

Lama terdiam...

Teman 1 : "Tak..."

Teman 2 :"So, apakehalnye ko nak cakap itu marka aku? Kalau macam tu, sangat playgirlnye akuuuu..hoho. Kesian ko ek, ko pun kire mangsa jugak la yek.."

Teman 1 : "Mm..ko tak nak kawin ke..effa (kawan baik zaman sekolah Teman 2) dah ada anak dah."

Teman 2 : "kalau dia kawin, aku pun kene kawin ke? Semua kene ikut orang ke?"

Teman 1 senyap terus..ish3~~
______________________________

mengikut perbualan aku dengan seorang teman masa zaman 5631 minit yang lepas..sekarang masa yang kronik untuk mencari pasangan hidup. adeke???! sape ntah yang menetapkan tuh?

aku cakap kat dia..aku ni kuno sket..sebabnye..aku cuma nak cari orang yang senegeri dengan aku je. so, aku tak kisah kalau lambat sikit~~haha..tak pun, suruh mak aku cari ke..akak ipar aku cari ke..

Gamaknya, kalau aku ni keturunan raja, memang aku nak kawin dengan anak raja je..ekeke...=P

teringat pulak masa balik kampung raya dulu. orang kat umah tanya pasal pakwe..aku malas benda-benda gini..untuk mematikan cerita, aku cakap nak suh Yang (akak ipar aku) cari lar..aku pun cakap, nak doktor sahaja..ustaz pun boleh..haha..

pastu pantas sepupu aku menyampuk..betul nak ustaz?ada sorang ni..

hah?alamak..aku main-main je dowh...kang tak pasal-pasal aku kene kawin betul-betul..miong3~~~

seorang teman yang lain pernah bercerita..

dia tak paham apasal lar budak-budak sekolah dia ramai yang dah kawin..yang pelik tu, bukan calang-calang sekolah..sekolah yang mengeluarkan golongan-golongan profesional yang sepatutnya seperti kebiasaannya mementingkan kerjaya berbanding membina kehidupan peribadi.

hooo..mungkin aku patut cakap kat dia..zaman dah berubah..dunia dah maju..ekeke

Ramai juga berpendapat pada usia sebegini, kita patut ada seseorang. tapi kan baru habis belajo!

baru nak hirup udara kebebasan..ecece..=P

tapi..benda-benda bab jodoh ni bukan kite boleh tentukan sangat. kadang-kadang bercinta bagai nak rak..akhirnya clash jugak. kadang-kadang bergaduh bagai nak rak..tapi jadi almari jugak hik3~~

bak kata aku..follow the flow sudahhh lerr..

Sunday, February 8, 2009

~pagi yang gelap kini sudah terang~

pagi-pagi sudah jogging..
eik..jogging?ya, saya berjogging..
LaLaLaa~~sudah hampir 6 bulan tak berjogging..last sekali masa kat JB.
waduh..melepek hamba...maklumlah..lemak sudah berguguran..=P

melepekk..pekk pekk..

Ayo itu penting

Arini tak payah basuh kete..hihi..semalam bibik bos dah tolong basuhkan. Ado ka, aku tinggalkan kete kat umah bos, bibik tu basuh plak kete aku..haish..

apa-apa pun, terima kasih =)



Saturday, February 7, 2009

Alahai negeriku...

walaupun aku jauh di perantauan..(macam kat oversea je bunyinya =P)..tapi apa yang berlaku di Perak amatlah menyedihkan. memandangkan aku sorang je orang perak kat opis, sedap lar ofismate membahan aku setiap masa. sedikit sebanyak malu jugak. paling mengagumkan ofismate aku..orang Perak baling batu kat kereta Raja Muda tu beb!

lagi satu...

"Awak, awak tak nak baring atas jalan ni ke?"

wah..berasappp...

Tolong lah..kalau betul tak salah, janganlah buat perkara yang nampak sangat bodoh tu. Dah takde cara bijak yang lain kah yang boleh fikirkan?

Jangan biarkan akal di kaki. nafsu di otak.

mula-mula rasa nak kagum jugak pada orang itu yang digambarkan sangat hebat..ada title yang aku idamkan jugak (bukan title datuk seri tu, tapi title dia yang lagi satu tuh) tapi lama-lama dah nampak macam boneka hidup.

Layakkah bekas engineer nak berdebat mengenai undang-undang dengan bekas Ketua Hakim Negara?

Kalau ikut logiknya, siapa yang orang akan percaya? mestilah Ketua Hakim...

waduh..sadis!

______________________________

DSAI yang lawak.

Aku bukan penyokong kerajaan. aku juga bukan penyokong DSAI.
**aku ambik masa yang lama pikir nak tulis ke tak benda ni..mm..

Tapi tulah..dalam pada masa kita nak menunjukkan diri kita hebat..kita terrrrnampak bodoh pulak.aduhai..rasanya pemimpin-pemimpin parti politik kat Malaysia ni kena lantik seorang khadam perakam kata-kata dorang.

mari kita imbas kembali ye beberapa catitan dari ingatan tak berapa kuat aku..

1. pada ketika sebelum 16 September 2008 (tarikh di uar-uarkan penubuhan kerajaan baru Malaysia)

DSAI antara lain menyatakan, akan ada ramai ahli parlimen dari BN yang akan melompat parti. katanya jugak, ini adalah demokrasi.(katanya ini bagaikan menidakkan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada parti berkenaan..tapi beliau tak sentuh langsung pun)

2. pada ketika Datuk Nasaruddin keluar dari UMNO menyertai PKR

DSAI menyatakan ia adalah tindakan yang bijak dan berani. ia juga adalah demokrasi.

3. Kerajaan PR Perak tumbang

DSAI menyatakan, tindakan itu adalah tidak demokratik dan menidakkan mandat rakyat apabila BN membentuk kerajaan dengan cara sebegini.

Aik..aku ada bau-bauan hairan di sini...

Dulu, masa DSAI menguar-uarkan ada ahli parlimen BN yang akan melompat parti..tak timbul pulak soal mandat rakyat. bahkan di katakan pulak ia demokrasi.

sekarang apa cerrr? aduhai..

yang lawaknya..ahli mereka itu tak lompat parti pun..cuma jadi bebas je. tapi mereka tumbang juga. kira-kiranya, kalau ikut politik bodo-bodo..cara BN mengambil alih kerajaan perak, 'amat baik'..=P kalau nak dibandingkan dengan cara DSAI yang nak melompat-partikan ahli parti sebelah sana tuh.

Tulah..kadang-kadang kesian jugak..

Ada sesetengah orang tu, tak sangka dorang menang masa PRU lepas, dapat jawatan..terus ternganga...orang-orang proksi ambil kesempatan..yang nampak bodoh..orang yang ternganga tu jugak..

Lu Pikir ler sendirik YoB YonG..

p/s..DSAI ni bukannye tak bagus, tapi tulah..kadang-kadang bila kita banyak bercakap, dari nampak macam pandai jadi macam nampak dotdotdot plak..

Naga Tasik Chini

Hari ni lepas kerja bos ajak pegi Tasik Chini..dia nak naik bot katanya. Dengan Kak Miza skali. Sambil-sambil tu nak jenguk projek chalet kat situ. Mula-mula aku malas nak pegi tapi Kak Miza buat isyarat-isyarat paksaan kat aku...bos pun bising kata aku nak berpakto..huahua..lastnya, aku pun ikut jela.
Site clearing
Naik bot

Kak Miza & Mun


Tengok naga ga gaa=P

mari menghayati bunyi-bunyian Chini..tadaaa...!!


video

Monday, February 2, 2009

noktah.

keputusan adalah sesuatu yang susah.

susah adalah bila untuk membuat keputusan tentang hidup dan masa depan.


merapu sudah.noktah.