Saturday, January 31, 2009

target bulan 2..

lagi setengah jam nak masuk bulan dua..hehe

saya dengan ini sangat berhajat untuk menukar spek senget ku ini. cepat lar masuk gajiiiii...!dush!

sekian terima kasih.

macam Miss J

dulu kawan aku ada cakap, dia rasa macam janda mude je kalau dia bawak jip ayah dia. semalam aku pun rasa macam tu gak bila aku dipaksa bawak toyota hilux bos. haha..nasib baik bos paksa, kalau tak selamanya la aku duk sebelah driver je.

bos kate : "saya bawak awak sebab saya taknak drive..jadi hari ni mesti kena pandai jugak bawak hilux!"

erk..rupanya aku dah tukar profession jadi driver lorhh..ngaa~~~
perjalanan yang jauh dan banyak pit stop itu mengundang banyak mata memandang. mungkin dorang hairan, tengok aku yang baby face ini (saya perasankah? =P)memandu hilux itu.

dan tiba-tiba semalam, indon kat site TUDMnak beramah mesra plak dengan aku.

antara ramah mesra yang tak berapa menjadi :

"di kakinya ada ulat"..sorang indon tegur aku. mukadimah untuk beramah-mesra.
"yeke?ulat ape ek?" aku soal dia balik, sebab aku tak rase ade ulat pun..aku mesti kena berlagak macho beb..

"ulat bulu...." dia jawab.

"ohh...ulat bulu dah naik daun yeee..." aku sengih sambil angkat-angkat kening.

pastu dia tersiput-siput cam kerang busuk..sah, memang dia nak main-mainkan aku la tuh. nasib baik masa dia cakap ada ulat tu aku cool je..kalau tak, kan dah jatuh saham! LaLaLaaa~~

++saya seorang driver..++

++lupa nak show, kasut mak yang aku rembat untuk pegi kenduri kawin Kak Zai..hik3~~++

++ macho itu penting..=P ++

Thursday, January 29, 2009

asap kuar ikut kepala

aku baru lepas buka YouTube ni. niat di hati nak cari drama-drama melayu yang lame-lame..tapi tiba-tiba tangan terklik la pulak kat video siti nurhaliza. takde ape pun yang pelik tentang video-video tu. tapi aku terus buka satu-persatu sebab nak baca komen-komen kat bawah video tu. makin lame, makin berasap kepala aku. geram. nak tau sebab ape?

SEBAB...orang Malaysia vs orang Filipina.

Mula-mula pasal video worst singer in asia kalau tak silap tajuknya. pastu dorang bandingkan siti dengan artis filipino charice & regine (kalau tak silap la namenye..malas nak bukak balik, ada jugak dorang bandingkan dengan Jaclyn Victor)

masing-masing tayangkan video highest note artis kebanggaan masing-masing.

ada satu komen tuh, orang pinochio ni dengan berlagaknye cakap dorang ni at least can fluently speak in 3 diff languages (si penulis tu kate die leh cakap 5 bahasa).

dan sampai la aku berhenti di video Siti Nurhaliza Asia Pacific Film Festival (lagu nirmala)
ini ye kata-kata orang pinoys tuh, aku copy di sini ye kawan-kawan..:

"so poor to know about traditional culture song of malaysia....keep on reading,then u can critics..haha..poor little guy..pity on u"

"hello what she's performing there...?it sounds like indian music.. grrrrrrrrrrrrrrr! so boring! so poor.... unlike charice! great singer at her young age..... ok monkeysia"

kawan-kawan..di ulang ye ape dia kate MONKEYSIA

aku bukan nak backing siti ke, jac ke atau si peah dangdut ke...tapi aku cuma nak cakap..dia kate orang Malaysia MONKEY la!

ini komen orang Malaysia yang aku copy juga dari situ :

Pinoys are pinoys...they are STARFISH N ARROGANT....

so so sooo.....

eh, aku kutuk-kutuk pinoys ni kang aku jugak yang kena..maklumlar..pinoys kan terer banyak bahasa..mesti bahasa melayu pun die terer gak kan?

bluek!

ish..ish..pinoys ni leh geng dengan bush..berlagak.


Wednesday, January 28, 2009

h a l f -of- k e m e

arini bos kasik cuti h a l f d a y. nape ler tak kasi je cuti terus..haiya! susah-susah je datang opis..

arini h a l f dari feeling meeling keme juge , telah keme ceritakan kepade seorang makcik. terime kasih makcik. kerane turut berkongsi rase yang same. terima kasih kerane berterus terang sebab keme dah lame ingin tahu perasaan makcik itu.

h a l f lagi feeling keme telah keme cerite kan kepade makcik semase berkunjung ke desa keme ketike makcik masih mude dulu. kenape perlu ade trauma & fobia dalam diri keme.

makcik ni kalau lelaki & masih mude, makcik memang leh jadi soulmate keme. malangnye makcik pompuan yang dh tue. makcik kalau ade anok lelaki, buleh ler introduce-kan kat keme~~oppss..keme mule nak menggataa..=P LaLaLaa~~

Tuesday, January 27, 2009

Pahang-Perak-Penang-Genting

Sabtu, 24hb Jan 2009
Seperti yang tertulis di entry terdahulu, antara sebab aku balik kampung kali ni sebab nak pegi majlis Kak Zai kawin kat Penang. Rombongan dari Perak terdiri dari Aku, Intan & Awal yang kesemua nya memakai baju biru~buat tema sendiri..
Mengikut peta pada kad kawin itu sangat lar senang nak gi umah Kak Zai ataupun bak kate cicak, kacang je la! tapi oleh kerana kami sangat gembira dapat mempermainkan Jep, kami terlepas exit tol yang sepatutnya, kerana begitu asyik bergelak ketawa. jadinya kami sampai di umah Kak Zai, Kak Zai pulak takde pegi wat sesi fotografi..terpaksa la tunggu pulak...ngaa~~

kawan-kawan ex UTHM & UTHM selain kami yang datang :
yatt orang pendek yang bawak kete =P.. terglemer di majlis kak zai atas pertolongan jeritan ema.
kakmimi next pengantin yang pakai baju sama dengan aku, kaler je lain ngee~~
ema tak sempat nak jumpa sebab dah balik dulu. yatt kate, ema pakai baju ikut tema, pink-grey..kalah pengantin taw!hehe..
malam, pulak fais datang bertandang umah aku..hehe..

Intan, Kak Zai & Aku
Intan, Awal, Un, Kak Zai & Aku

Aku & Intan di katil pengantin hehe

Intan, Yatt, Kak Mimi & Aku

Aku & Yatt

Kak Mimi & Aku



Cek emas tuu...


Ahad, 25hb Jan 2009


Pegi Kuala Kangsar pulak, umah sedara aku kawin. pastu lepak umah mak sedare aku sampai petang...

malam, fais datang lagi ekeke..kali ini datang dengan adiknye Fatin & kawan Fatin, Syafa.


Intan & baju liplap

Umah pengantin di belakang istana di Kuala Kangsar

Isnin, 26hb Jan 2009

Masa untuk pulang..tapi singgah Genting dulu berhoye-hoye bersama-sama Cha, Ina (adik cha), Faired (kawan Ina) & kawan-kawan Faired yang sangat kecoh.
Kitorang berjumpa kat genting sampah sarap amik Cha & Ina..pastu naik kete kabel. mangaiii..kabus punyalar tebal..pastu hujan plak..sejuk seperti di obersi! sampai bercakap pun kuar asap cam duk kat negara omputih plak..huarkh huarkh...masing-masing pakai t-shirt & sandal je..cha je pakai kasut..gegel woo..tapi bak kate Intan..muke kene steady, macho itu penting..=)


Intan senget, Aku, Cha & Awal


ee..orang terbang kat belakang..



Friday, January 23, 2009

Menuju KaSurga..!

LaLaLaaa~~~aku mau pulang ke Perak pagi ini..yebedabeduuuu....balik kampong oooo balik kampongg... *Nyanyi sambil kepala digoyangkan ke kiri dan ke kanan*

*Syafiq jangan jeles yek*

setelah diselak-selak kalendar, cuti raye cine ini adalah cuti panjang terakhir sebelum raye pose..isk isk isk..jadi aku mesti PULANG! hoho..

sementelaah kak zai pun nak kawin sok..bertambah kuat alasan aku untuk pulang..hik3~~

orite, StaY TuNe StaY Up StaY Back!

Wednesday, January 21, 2009

He is My Yang But Not My 'Sayang'

semalam banyak kali Yang aku telefon. no no no...bukan kekasihku...bukan kekasih gelapku mahupun suami ku sayang...tetapi abangku yang ku panggil Yang. dia telefon banyak kali bukan sebab aku ada wat salah..aku kan adik yang baik =) tapi untuk mensetelkan hal-hal berkaitan insurans kete & road tax kete kancil aku tuh. eh, kete kancil isteri die..hehe..pagi-pagi lagi dah suh aku fax itu ini..pastu gelap la..kecik la..kembang la..adoyai..sudahlar mesin fotostat zaman jepun kat opis ni memang gelap..abes tu, keme nak buat ape lagi?

terpaksalar aku suh kak nor (opismate) pi fotostat kat luar dan besarkan (abang aku suh besarkan..sebab tak nampak katenye). bile kak nor balik, alamak aii...kecik je..tapi nak wat camno..orang dah tolong kan..

huh, abang aku suh fotostat lagi..katenye wat kat kertas A3..mangaiii..besonyee...akhirnya aku berjaya juge membesarkannya tanpa menggunakan kertas A3 seperti arahan tuan besar itu..hihi. pastu, baru setel.

road tax aku dah la nak kiok 28hb ni..semalam baru die gi buat...bulan lepas lagi aku dah cakap kat Yang aku ni. ari jumaat lepas Yang mesej kata."Alamak, yang lupe la renew tax..ari isnin igtkan Yang ye.." Aku yang berkobar-kobar ni subuh-subuh lagi dah mesej dia suh gi renew. dia senyap je..aku ingat dah gi lar..kelmarin masa aku lalu kat depan Kuantan Specialist Hospital..aku teringatkan kat abang aku sorang ni. masa tu dah petang..aku pun mesej.."yang, dah renew?"..dia balas,"Ayo, suppose ptg ni gi renew"..uwawaaa...lupa lar tuh! senget betul dia ni. next week dah ar raye cine. kang lambat plak sampai kurier road tax tuh. huh..harap-harap minggu ni jugak sampai.

ngee~~jumaat ni, aku plak dah stat cuti ekeke...=P

oke, skang kite wat ice breaking plak..tapi bukan dengan aku..tapi dengan Yang aku ni. ngee~~

Yang aku ni namanye Khirul Ismail. sepatutnya Khairul sama cam aku tapi biasa ar.orang dulu-dulu salah tolis la pulok. Ismail tu nama tok aku. mak aku kasik nama sama dengan tok sebab mak nak dia garang & tegas cam tok..anak lelaki sulung la katekan..tapi, rupa-rupanya dia turut menjadi anak lelaki bongsu wakakaka =P jadi nama aku secara sengaja telah di Khairul kan seperti dia..oh,tidaaakkk..aku mangsaaa wuwuu..

Yang jugak seperti Harry Potter..bukan sebab pandai wat magik, tapi sebab ada parut kat dahi. haha, kesahnya masa mak aku buat kueh (tak ingat ar kueh ape..dan dan ni tak ingat plak) dia sibuk nak kueh tuh..pastu mak tak kasik..pegi main jauh-jauh..camtu lar kot mak aku cakap kat die masa tuh. pastu dia pun pegi lar main panjat kerusi kat luar. dan hasilnya kepala mencium lantai. maka terwujud lar parut harry potter tuh.

Yang aku sangat jauh beza umurnya dengan aku dan akak atas aku a.k.a intan. jadi masa dia dah masuk u kitorang ni kecik lagi. dia lar yang menjadi pojaan hati kitorang. sesekali dia balik masa dia kat asrama skola teknik atau masa kat u dulu, ke hulu ke hilir dia pegi, kitorang akan mengekor. kalau boleh nak melekat 24jam. kalau time dia cuti memang ar besh, tiap-tiap hari pegi balik skola dia amik. kalau dengan abah jangan harap lar..hihi. tu yang seronok kalau Yang ada..asyik berjalan je.

oh, lupa plak..famili dan orang kampung memanggil Yang aku sebagai Atan. Yang aku juga membahasakan diri nye sebagai O'ang (Orang yang disebut dengan O'ang).Kata Pakcik Sadri drebar teksi kat kampung aku ni, Yang aku adalah orang kampung aku yang pertama menjadi engineer..hehe..aku pun tak tau betul ke tak..Pakcik Sadri yang cakap.

Yang aku ni jugak sangat terer kerana dia bisa membuatkan air mata Abah mengalir kerana dia. bukan sebab dia buat jahat. tapi bila pengetua asramanya bagitau masa hari penyampaian hadiah, Khirul Ismail ini adalah orang melayu pertama yang menjadi pelajar terbaik lukisan kejuruteraan di sekolah ini..menangis bapak aku..ish ish ish...
Yang aku juga suka membuat benda-benda seperti keris, pistol dan bermacam lagi. sangat kreatif dia ni. tapi aku paling suka pistol kayu dia tuh. wallamakk..memang cun! setiap kali dia cuti semester ada aje yang dia buat. aku lar bodigad gi hardware beli kayu beroti..pastu naik bot arwah Pak Din seberang sungai Perak. tapi aku rasa dia suka keris kot. bermacam jenis keris dia buat. ada yang besar, kecik, buat dari kayu lar, besi lar, aluminium lar(aluminium ke?cik honey tolong saye..ala, benda yang Nyah kasik kat Yang tuh)..besi ikat kayu api untuk majlis kawin akak aku pun dibuatnye keris!
Untuk pengetahuan semua, Yang aku kaki bangku. hahaha...dia tak main bola tau! tapi dia amat terer main badminton. jadi kami (aku+akak aku) yang peminat dia ni pun dapat lar raket sorang satu. Yang juga terer bermain chess. jangan coba-coba mau lawan dia. bikin malu aje. kalah semedang. sekali lagi, kami peminatnya ni dapat lar satu set chess..hehe..masa gaji pertama dia dulu, dapat lar kami peminatnya ni kereta kontrol sorang satu. hehe..masa tu tengah glemer kete kontrol. tapi Yang dah amik satu, kasik anak dia main =P

tadi aku ada cakap, lalu kat depan Kuantan Specialist Hospital teringat kat abang aku ni. sebabnya adalah, ofis Yang kat Johor Specialist. Apa-apa hospital specialist di bawah KPJ Berhad berada dalam tanggungjawab syarikat tempat Yang keje (building maintenance). tu la pasal aku kate teringat toink toink kat dia.

sekarang Yang dah berkahwin dan ada 4 orang anak. aku banyak kali jadi bibik dorang ni. tapi kalau duk dengan aku dorang baik-baik aje..hihi. bukan sebab aku garang tapi sebab aku memang baik hak3~~ (maaf atas keperasanan ini). Si Along suke memberi tips tentang perangai adik-adiknya. Si Angah yang nakal, tapi suke membantu aku menjaga dan mententeramkan adiknya. Si kakak yang malu dengan maksu (aku pun tak paham kenape) tapi suke membantu memujuk si adik kalau menangis. Si adik..muahaha..budak ini ngak bisa biarkan aku duduk bersenang lenang..maksu nak kemana?...kemana tuh?..ika ikott..tapi itu kalau dalam umah lar..kalau gi berjalan idok nak nye die ikot..adoi...pagi-pagi lagi dah masuk bilik menyembang..kalau bernasib baik, dia akan bawak baju sekali. jadi, sila lar mandikan dia! =P

Keluarga Yang

Duduk : Yang & Yang Shidah. Berdiri : Angah & Along. Depan : Ika & Kakak

Tuesday, January 20, 2009

Siti Nurhaliza-Ketika Cinta (OST Perempuan Berkalung Sorban)

uh, sangat best lagu ini. tapi aku tak dapat donlod pulak huhu. cite ni dah tayang bulan 12 aritu kat indon.ngaa~~tak pasti pulak ni filem atau drama..filem kot =P. citer indon tapi OST by Siti Nurhaliza. cite cam Ayat-ayat cinta la..islamik. Sangat la syahdunya lagu ni.

Kelam Kelibut

huh..huh..masih penat memanjat tangga. baru pulang dari berjalan-jalan bersama Kak Ina pergi ke bank.

ngaa~~pertama kalinya aku ke bank untuk menguruskan cek syarikat..sangat kelakar situasi tadi. Kak Ina boleh bantai gelak pulak dalam kete tengok aku terkulat-kulat kat dalam bank. sempat jugak aku & Kak Ina berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. aku di dalam bank, dia di dalam kete di luar bank.

nasib baik ada abang pak guard yang bermisai tebal tuh =P tapi dia pun bagi arahan salah! pastu pergi pulak ke ofis lawyer anto cek lagi. wah, jadi despatch aku! Kak Ina tunggu dalam kete lagi. dan kali ini, aku salah ofis la pulak! bazir lemak aku gi naik tingkat atas walhal ofisnya tingkat satu jek..

selesai..gi maybank plak, Kak Ina nak setel hal dia plak. port bagus punye Kak Ina parking..sangat lar panasnye! sudah lar bukan dalam petak parking..kalau MPK datang, memang selamat lar kena kompaun. agak-agak dah nak cair aku kat dalam kete tuh, kete yang park kat depan kete Kak Ina blah..apelagi, aku pun slumber derk langkah ke seat driver tanpa mengeluarkan diri melalui pintu. zuupppp..aku parking kat depan tuh. waduh, lega dong..bawah pokok. sejuk sket. setengah jam pastu baru Kak Ina datang balik. dan, Kak Ina tak pasan pun kete dia dah beralih!hehe...

pastu gi cari pisang goreng..tapi hampa, kedai tutup lar pulok!aish..

PALESTIN vs ISRAEL

suatu ketika mereka pendatang. tanahnya hanya sekangkang kera. sekarang mereka menguasai lebih separuh dari tanah Palestin. Palestin pula yang tanahnya tinggal sekangkang kera.

mereka manusia tak sedar diri. mereka menganggap merekalah makhluk terhebat dan terkuat di muka bumi ini. mereka angkuh, kejam dan tak berperikemanusiaan. peradaban mereka adalah peradaban samseng. peradaban lanun. tiada hukuman yang lebih wajar melainkan mati bagi mereka.

Palestin lemah kerana mereka berpecah belah. mereka ada hamas, mereka ada hizbullah. tapi mereka sama-sama Islam. sama saja seperti kita, kita ada UMNO, kita ada PAS. PKR tak masuk list sebab mereka hanya proksi kepandaian orang berkepentingan yang bijak. tapi kita masing-masing sibuk mencaci antara satu sama lain. tidakkah kita nampak seperti ORANG BODO & TOLOL wahai orang-orang yang suka berteriak di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen itu?

antara mereka mendabik dada, cendiakawan, intelektual dan 'alim. tapi BODO juga. inilah padahnya bila OTAK diletakkan di tapak kaki. kepala jadi kosong. cakap ikut sedap mulut. yang malu siapa? kaum sendiri. BUDUH! tapi lagi BUDUH orang yang cakap tak serupa bikin itu. hanya menjadi proksi. BODOH betul! sama sahaja seperti US. patutlah US memberi sokongan kepadanya seperti memberi sokongan kepada ISRAEL.

Oh, ada rangkaianformula di sini..SI BUDUH=US. US= ISRAEL, jadi ISRAEL=US=SI BUDUH. sokong SI BUDUH=sokong US=sokong ISRAEL

renung-renungkan. selamat beramal.

aku tahu aku cuma semut. berteriak, menjerit takkan memberi kesan kepada israel laknat itu. tapi, semut ini punya doa..supaya laknat itu akan terhapus dari muka bumi ini. InsyaAllah.

cett..buat pertama kalinya aku masuk bab politik dan mencarut dengan banyaknya. wah, post yang sangat keras dan kejam..mesti Senoi akan marah kerana kawannya ini sudah hilang sopan santun dalam bahasanya.

sekian.

tak tau la nak cakap..

sebenarnye nak tulis, tak tau la nak tulis tajuk ape =P. tapi sebab dah terrtulis, jadi aku biarkan saja.

macam hidup kita, apa yang telah kita lakukan sebelum ini tak mungkin kita dapat padamkan dari sejarah hidup kita. sama ada ianya baik mahupun tidak.

adakalanya, kewarasan tidak diperlukan. mungkin kita terlepas pandang pada satu kewarasan.

seperti seorang banduan, sekali bergelar banduan..selamanya orang akan mengingati dia seorang banduan. walaupun, dia telah membina kehidupan baru jauh berjuta-juta batu dari tanah asal. manusia biasanya mudah mengingati perkara yang buruk tentang seseorang tapi susah bagi mengingati setiap kebaikan yang pernah dilakukan.

dalam hidup ini, kadang-kadang banyak perkara yang kita terlepas pandang. kadang-kadang pada anggapan kita perkara itu sangat remeh. tapi, tidak bagi orang lain. mungkin ada hati yang terluka. tapi kita masih lagi terlepas pandang.

sedang hati yang terluka makin berdarah. kita masih begitu. dengan hidup kita sendiri. kita sebenarnya sedang berada pada kerugian.

RuGi=MuFLiS

Saturday, January 17, 2009

inikamikita

kisah yang mulanya di KUiTTHO kemudian di UTHM.

aku nulis ini kerana rindu. kerana itu saja. kerana rindu mereka. aku sudah jauh dari mereka. bukan jauh di hati. tapi jauh di perantauan saja. ecece..masih dalam malaysia. cuma tercampak di sudut timur semenanjung.
kami masih bersayang-sayang, berdarling-darling, bermuah-muah antara satu sama lain. sama seperti dulu. harap-harapnya sampai bila-bila pun. mungkin suami-suami kami pun akan cemburu seperti mana pakwe kami cemburu suatu ketika dulu. ngaa~~pakwe sapekah itu?
kami selalu bersama. selalu bertekak. selalu berkrisis. selalu juga tidak berpuas hati antara satu sama lain. tapi hairan, kami tetap bersama.
kami bermula dengan aku+intan+cha+jue+kak tip+kak jun. kami dipertemukan oleh En. Yusri sebagai PA kami.
kemudian, kak jun menjauh..datang yuyul menyertai kami. kak zai juga. kami kemudian mempunyai masalah yang kronik bila tiba masa untuk form group di dalam kelas. sehingga kadangkala menimbulkan krisis makanan sedunia.
kemudian, kami berpisah. berpisah kelas. semua orang kecoh. kami bergaduh kah? tidaklah..kami tidak bergaduh, cuma kami tak mau pening kepala fikir pasal group. sementelaah fakulti pun sangat bijak membahagi-bahagikan kami..kami redha ajelah.
kemudian..kak tip makin jauh..dia sibuk dengan MPP nya. datang ema. datang juga jaja menghantui kami. dia didatangkan khas dari tingkat dua bersama seluar slack dan selipar berbunyi-bunyi yang sentiasa menghantui kami(memudahkan kami untuk kunci pintu bilik bila dengar bunyi-bunyian itu haha-->kami memang sangat jahat dengan jaja).
kami berpindah ke asrama baru. masih ada krisis juga yang hampir-hampir memecahbelahkan kami. tapi kami masih bersama. beruntung kami masih boleh berpura-pura tak kisah demi menjaga KAMI. teringat pada pillow talk kita. mau ngak di adakan sekali lagi? tapi pillow talk itu masih tak lengkap sebab tak disertai oleh semua KAMI.
KAMI sekarang masing-masing sedang berusaha untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat di luar sana setelah 4 tahun mencari sekeping kertas ijazah.
:: KAMI ::
Jue : dia ni boleh jadi pengacara ke, atau ape ajelah yang memerlukan bercakap dengan banyak. pernah jadi rumet aku selama 2 semester. sangat confident dengan diri sendiri. sekarang sedang menyambung pengajian untuk sarjana pulak.
Jaja : si gagah perkasa yang suka buli Cha. tapi selalu kena kelentong dengan kami. jiran aku selama 2 semester. kami selalu berhubung melalui tingkap aje. aku pengurut profesional dia. dia jugak agak terer wat lawak tak sengaja. bakal lecturer poli kuantan nih. (hak3~~kuantan taw!)
Ayul : suka bagi contoh diri sendiri. rumet aku selama 2 semester. suka membawa kami berjalan-jalan menaiki WEX. mempunyai kekuatan suara. otai pada luaran,tapi sentimental jiwanya.ecece..sekarang sedang mencari koje, setelah berenti koje. mungkin juga akan mengikut jejak tapak kaki Jue menyambung sarjana pula.
Cha : peneman setia aku pada 2 semester terakhir. bersama-sama memblurKan diri dengan PSM yang hampeh. rumet aku selama 4 semester. orangnya sangat penyabar. dan juga sangat lawak. dari raut wajahnya yang tenang itu, tak siapa akan menyangka dia adalah pelawak antarabangsa. sekarang menjadi engineer yang suke OT.
Ema : sangat complicated budak kecik ni. rumet aku selama 2 semester. sangat suke sos. hidupnya ceria dengan sos. sekarang menjadi QS dan juga penasihat tak rasmi aku dalam hal-hal berkaitan QS.
Intan : ini budak kuin lawak yang di iktiraf oleh angkatan batch civil 2004-2008. dia memang lawak. satu perkara yang aku tak boleh blah tentang budak ni ialah, instinct dia yang suke menyebuk dengan instinct aku. lagak dia macam kak long kami walaupun dia paling bongsu. tapi dia memang pandai menjaga adik-adiknya. menjaga hati. juga bakal lecturer poli kuantan. (aku doakan kat kuantan hak3~~) =P
suda habis. nanti nulisan lagi. bila rindu tak tertahan lagi.

ITUadalahMASALAH

macam mana kita nak bagitau orang bahawasanya dia sedang memberi masalah kepada orang lain. bagitau secara terhormatnyalah. payahnya bila orang itu sensitif orangnya.

salah cara. naya. kadang-kadang usia tidak boleh dijadikan kayu pengukur kepada tahap kematangan seseorang. kadang-kadang usia hanya menjadikan kita ego. lemak-lemak ego bergayutan bila saja usia semakin meningkat. selalu kita dengar orang tua cakap :

"ko ape tau? ko tu budak lagi!"..istilah budak dia tu macam lar kita ni baru merangkak..atau masih isap botol susu lagi.

selalunya orang yang lebih berusia ni sangat pantang sekali ditegur oleh orang yang lagi muda. walaupun kita sebenarnya betul. dan mereka yang salah. secara logikalnya, tiada sebab untuk mereka marah. sebab kita sudah melakukan perkara yang betul iaitu menegur mereka. sepatutnya mereka bersyukur. tapi, itu semua mungkin takkan terjadi. yang terjadi mungkin kamu akan dimarah kembali. betul tak?ini semua kerana EGO. bukan motor EGO tuh..tapi ini ego yang ada dalam diri manusia. semua orang ada ego. tak kira lelaki atau perempuan. muda atau tua.

jadi, mengetahui cara-cara yang paling terhormat dan berhemah untuk menegur orang-orang yang berkenaan adalah penting.

ada siapa-siapa nak bagi tips?

Saya Lapar!!

Ngaa~~aku secara tak sengaja telah menjerit di depan bos.."Saya laparrrr!!"..aku cuma nak cakap dalam hati, tapi terkeluar jugak kat mulut dengan kuatnya pulak tuh.



Alkisahnya bermula..bila aku di tahan dari balik pukul satu tadi. Kalau hari Sabtu, memang automatik pukul satu je perut aku lapar..kalau hari biasa, takde lar pulak lapar..mungkin sebab dia tau, hari biasa aku balik pukul 5 kot =P



Bos suruh aku teman Arif isi tender (Arif-->part time QS). En. Azman pun dia tak bagi balik, kena isi tender jugak. Ngaa~~ aku ingat dia main-main mulanya, rupanya memang dia tak bagi aku balik. wuuu...pastu, dia bagi aku sebeban tender suh check calculation. Aku ni dah lar pening tengok nombor. Dari duduk meja kat depan, aku pindah meja belakang Arif. Sambil-sambil tu aku nak curi-curi bace paper yang ada kat meja belakang tuh..hihi..



Aku dah habis check, Arif tak habis lagi mengira. Jadi aku pun main je la kalkulator besar gedabak tuh. Berpura-pura buat kerja sebenarnya he3..Sambil kepala pikir menu makan tengahari..dan adelar beberapa aksi spontan yang aku wat tanpa kawalan hik3~~..



Tiba-tiba dengar Bos gelak..Arif pandang aku, aku pandang Arif..Apahat pulak orang tua ni tiba-tiba je gelak. Bos duk depan Arif sambil cekak pinggang.



"Tengok Ira tuh, dia dah pening dah kira tender o0o..sampai geleng-geleng kepala.."

Aku pun blurr je..bile masa pulak la aku pening pikir tender ni. Jadi, secara spontannye aku pun cakap..

"Saya laparrrr!"..Oppss..

Dengan pantasnya dia datang duk tepi aku dengan muka kesian nye..

"U lapar ye?U tak makan lagi ye?Diorang tak belikan U roti tadi ye?Kalau I tau, I bagi roti I kat U.."

Aku pulak yang terkebil-kebil nak menjawab.

Hak3~~dalam hati aku dah nak gelak dah..pastu dia sambung..

"Ok..ok..kita berenti lorh..kita pegi makan..Ira sudah lapar maa..Saye blanje..nasi ayam!"

Yehuuu~~~lunch free!



Hah, kalau aku tak jerit tadi, tak dapat lar aku, Arif & En.Azman makan free..hehe..kan ada hikmah di sebaliknya..wakakaka =P



Sebelum aku & Arif nak balik..Bos pesan..



"Haa..balik terus ye..jangan pakto-pakto ek"



Wakaskusss =P

Thursday, January 15, 2009

Lagu Tema

Tadi terdengar lagu Matahariku-Agnes Monica kat radio. Mestilah Hot Fm..=P Secara automatiknya, kenangan masa Latihan Industri (LI) kat JKR Manjung terlayar di skrin otak aku.

Sebab lirik lagu ni lar, aku kena bahan dengan Usop, Apis, Acap & Kucai. Memang masa LI ni aku gile melayan lagu ni. Sampai aku wat Photoshop pun aku masukkan lirik lagu ni. Dan aku 'terkantoi jiwang' bila dorang pinjam pendrive aku. Kata dorang, lagu tu terlalu jiwang untuk aku yang senget ni (apedaa..dorang ingat aku ni hati kering ke??=P). Kuang3~~~

Pada suatu ketika...
Apis penah pesan kat awek dia.."Cube la jadi cam Kak Ika tu, sopan, lemah lembut.."
Aweknya a.k.a Suha jawab.."Tak mo, orang nak jadi cam Kak Mun.."
Apis balas.."Jangannn..Kak Mun tu ganas!"

Mengata aku pun agak-agak lar Apis oii..Nasib baik awek ko tu sangat mengagumi aku..hak3~~
**Kak Ika tu berLI bersama kami sememangnya seorang yang sangat baik & lemah lembut. bertuah la sape yang jadi student dia sekarang (Sudah menjadi Lecturer di Poli Sabak Bernam sekarang ini)

**************
Kiranye lagu Matahariku tu lagu tema aku masa LI lar..ringtone pun lagu tu..

Masa Tahun 3 sem 1 lagu Kenangan Terindah (Samsons..eh,btul ke eja? =P).
Tahun 3 sem 2 lagu Terlalu Cinta (Krisdayanti).
Tahun 4 sem 1 lagu Rimas (Fabulous Cats).
Tahun 4 sem 2 lagu Hati Bentuk Cinta (Elyana) & Hadapi Dengan Senyuman (Dewa). Sebab lagu Hadapi Dengan Senyuman ni gak aku di cop jiwang..ngaa~~ masa dah give-up & motivasi aku dah gile jatuh masa wat PSM, aku pasang lagu ni. Pandai kan aku positifkan diri haha =P

Setiap lagu tu ada ceritanya..Tapi tak perlulah di detailkan =P

Wednesday, January 14, 2009

Lelaki+Perempuan

Lelaki itu prosa alam
Perempuan itu sajaknya
Cinta itu ibarat lagu
Perkahwinan itu orkestranya..

Petikan akhir drama Renjis 2. Dititipkan kepada BUKAN SESIAPA oleh TULANK RUSUQUE.

Antara lelaki dan perempuan, kita saling memerlukan. Lelaki pemimpin perempuan. Perempuan tulang belakang lelaki.

Namun terkadang, kita tidak mengetahui fungsi masing-masing. Lantas hubungan antara lelaki dan perempuan menjadi sesuatu yang janggal. Kadang-kadang meninggalkan titik hitam yang berbekas di hati nurani masing-masing.

Andai, setiap insan itu pandai memaniskan suatu hubungan, mungkin hidup ini indah. Alam ini juga bernyanyi girang bersama.

Tapi, sudah lumrah. Kita manusia biasa. Salah dan silap..itulah kita.

Pengakhiran yang indah itulah harapan. Permulaan yang manis itulah kenangan. Namun, perjalanan pada pertengahan belum tentu berakhir dengan indah walau bermula dengan kemanisan.

Fara Fauzana & Fahrin Ahmad

Malam ni aku maraton tengok sitkom FARA season 3.

Sangat secocok la Fara & Fahrin..hehe cute.

Ok, itu je yang aku nak cite miong3~~

FahrinITUmengingatkanAKUpadaSESEORANG

Tuesday, January 13, 2009

fening~

mengapa kita perlu pandang ke belakang kepada kenangan lalu?

cukupkah sekadar lafaz maaf andai kita memberi kenangan pahit kepada orang-orang di dalam lingkungan kenangan lalu kita?

hati masih belum mulia untuk memaafkan. jiwa masih belum suci untuk redha.

jahatnya hati dan jiwa. sapelar tuan empunya hati dan jiwa yang malang itu..kuang3~~~

~jiwaberdosa~

Monday, January 12, 2009

Beralih arah..

Sabtu yang lepas..aku telah berpindah! Ngeh3~~ tapi bukan jauh pun seberang jalan besar je =P

Untuk itu, aku ingin berterima kasih kepada individu-individu yang terlibat :

1. Awal - tukang angkut barang dengan rangernye
2. Jojo - tibe-tibe ngaku die bapak sedare aku. Memang patut lar aku paw die barang umah ni hihi
3. Kak Nurul - jangan pecaya itu Jojo taw! pandai berlakon opera..= P
4. INTAN - datang dari Cheras Darul Ehsan untuk menemani aku di umah baru..=) sangat baik
lar Kak Long ni..hihi..eh, salah..bibik la..=P

Membawa intan bersiar-siar di Bandar Kuantan di malam hari sambil menonton pertandingan memancing wakakak =P

Friday, January 9, 2009

Mari kite terjah!

Bila kita tengok orang sidai kain, kita pun tegur :

"Wat ape tuh..Sidai kain ke?"

Bila kita tengok orang tengah basuh kereta, kita pun tegur :

"Basuh kereta ye?"

Bila kita tengok orang tengah memasak, kita pun tegur :

"Memasak ke?"

dan banyak lagi contoh-contoh yang biasa kita dengar dan lihat dan jugak yang aku sendiri buat =P

Kenapa ini berlaku?

Mari kita terjah!!

Responden Terjah pertama, Makcik Peah :

"Makcik ghase ler, deme ni bute!"

Responden Terjah kedua, Yob Berahim :

"Ate, keme cume nak beramah mesre aje..bukannye ape.."

Responden Terjah ketiga, Cik Siti NorAlija :

"Iniler contoh rakyat Malaysia yang prihatin dan mengambil berat terhadap persekitaran, jiran-jiran, ahli keluarga dan juge masyarakat sekeliling. Kite perlu bertegur sape antare satu same yang lain walaupun kite kadang-kadang menegur atau beramah mesre dengan care yang tak logik ataupun kadangkale nye nampak bodoh aje, Begituler pendapat saye."

Uih panjang pulok jawapan die..mungkin die pembahas sekolah dulu..

Ok, chow cin cauuuu! Stay Tune Stay Up Stay Back!

Tuesday, January 6, 2009

mood sekolah lagi!

Hari kedua persekolahan bermula. Tapi pastinya bukan aku yang bersekolah. Hari ni, Kak Nor (ofismate aku) masih teman anaknya pergi sekolah. Katanya, anaknya tu nak nangis masa dia tinggalkan pagi tadi. Tu pun dah hantar sampai ke kelas. Tengahari pulak, kelam kabut Kak Nor balik, bile Kak Mariah isteri Mat Sahar (Ofismate aku juge~jiran Kak Nor) kata dia tak jumpa anak Kak Nor masa habis sekolah. Sekerat jalan nak balik umah, Kak Mariah kata dah jumpe dah..ekeke..main nyorok-nyorok la tuh~~

Sempena menyambut ketibaan permulaan musim persekolahan ini, aku nak trivia la sket pasal sekolah-sekolah & pusat pengajian yang aku pernah jejak. hihi~~rindu plak.

Tadika Kemas Kg. Pasir Gajah, Parit, Perak.
Ngaa~~aku sangat memalukan mak aku ketika bersekolah tadika ni. Haha..malu nye nak citer!! Tapi aku nak citer gak lar..dulu aku marah sangat kalau orang ngungkit citer ni..tapi kelakar pulak bila dikenang-kenang. Pada hari pertama tadika, aku dengan terernya telah memanjat pintu grill..sampai ke atas pulak tuh. Sebab mak aku nak balik haha..Bermula dari detik itulah..setiap hari mak aku akan teman aku sampai balik =)..Tiap-tiap hari aku datang lambat. Tiap-tiap hari juga aku menjadi rebutan kawan-kawan sebab nak ajak masuk geng dorang. Masa tadika ni, kawan-kawan dah ada geng sendiri, berpuak-puak. Jadi, aku yang datang lambat ni terpaksa la wat pilihan..hihi.aku masuk je mana-mana. Tiap-tiap hari lar aku pergi tadika bonceng basikal mak..kadang-kadang time balik, mak tumpangkan Firdaus..mana la budak ni ntah. Pas tadika dia pindah. Tapi mak teman aku setengah tahun je. Sebab mak bawa pegi berubat. Orang tu kata aku kena tegur..tak tau la betul ke tak..sebab masa hari daftar tadika, aku pegi main kat taman belakang tadika tu, dorang kata itu tapak kubur jepun hihi.

Sek. Keb. Pasir Gajah, Parit, Perak.
Sekolah ni sebelah tadika aku. Ni sekolah rendah kitorang 6 beradik. Masa aku darjah satu, kakak atas aku dah darjah 3. Oleh kerana dia sangat glemer & pandai..jadi aku pun jadi otomatik glemer haha. Banyak aktiviti aku dapat masuk dengan senang lenangnye sebab aku 'Adik Intan'..Sampai jawatan-jawatan aku pun sama je dengan kakak aku =P LaLaLaa~~. Sampai darjah 6 aku duk sekolah ni..

Sek. Men. Keb. Layang-layang Kiri, Parit, Perak.
Aku duk sekolah ni dari Form 1 sampai Form 4 sekejap. Masih lagi ada pengaruh kakak aku sebab kawan-kawan dia ramai kat sini walaupun akak aku dah pindah masuk SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar masa Form 1. Sekolah aku ni top 3 from bottom dalam daerah Perak Tengah sebelum aku masuk sehinggalah aku Form 3. Untuk pengetahuan, tak pernah dalam sejarah, sekolah ni ada orang dapat 8A PMR dan pernah paling tinggi pun 7A saja. Itupun sorang je. Tapi, tahun kitorang PMR..kitorang wat gempak sket lar..sampai dapat Anugerah Sekolah Paling Meningkat Pencapaian PMR dan Cikgu Math aku, Cikgu Khusairi~guru kelas aku~dapat Anugerah Guru Inovasi Kebangsaan. Cikgu ni memang pelik sket. Memang kreatif sesangat.

Kat sekolah ni, tiap-tiap hari aku jadi antara manusia terawal yang wujud kat sekolah. Sebab Abah anto aku sekali dengan anto kueh kat Kedai Arwah Pak Ri. Jadi, hari yang aku tak duty jaga pagar pun, aku akan duty bukak pagar sekolah ha3. Tiap-tiap pagi juga aku akan lepak kat tepi kolah kering sebelah kelas aku. Jumpa besfren aku, Effa. Tukar-tukar cerita =P. mm..tapi sekarang dah lost contact =(..

Sek. Men. Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Taiping, Perak.
Aduss..sangat panjang namanye untuk disebut. Kat sekolah ni aku macam baby. Sebab aku tak kenal sape-sape..dan sape-sape pun tak kenal aku. Mulalah aku dengan hidup yang baru. Tu sebab sekolah ni ada sentimental value sket kat aku =). Best duk sini walaupun terpaksa hidup dengan monyet-monyet dan headboy yang garang itu!huh..

Tapi kat kelas aku suke tidoo..haha..masalah besar betul..nasib baik result SPM tak teruk sangat walaupun Fizik & Kimia aku hampess amat..

Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng, Perak.
Wah inilar masa enjooyy!! Aku hilang arah sket masa kat matrik ni.Memberontak memanjang. Tapi bukan memberontak wat benda jahat. Cuma memberontak tak paham apsal la kena blaja Math..adeke nak gune dalam keje nanti? Merapu-merapu je kire-kire yang lecturer ajo tuh..haha..Tapi aku gumbire di sini sebab aku masih tidak berpisah dengan kawan-kawan SERATAS ku..

Sebagai balasan kepada keEnjoyAn aku, dapatlar aku result yang terukkk yang amat =P

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor.
Masa aku masuk, namanye Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)..panjang gak..=P Tapi kemudian tukar jadi UTHM plak. Cerroonook duk sini. Macam-macam cerita..macam-macam perangai orang kat sini. Takde air tu biasa++banjir. Tak puas ati dengan PDS memanjang..haha..pastu gi program sini program sana. Oleh kerana UTHM ni tak de lar besar sangat, jadi peluang nak join program tu sangat la besarnye..=). Pastu ke sana ke mari merempit nek beskal =P Main frisbee petang-petang. Merayau di hujung minggu bersama WEX, PHA & CAY. Makan minum di Warung Man pujaan hati. Berjalan-jalan di kampung bersatu-padu untuk makan kerang gureng. Terjun terjan di air terjun Belumut & Bekok. Konvoi raye ke Mersing. Pelan busuk ke JB dan tipu pak guard dengan kuasa kelentong yang tinggi bersandarkan pertolongan namaku yang pelik. Terjah makan-makan ke Kolumpo. Uhh, banyak lagi aktiviti gila kami yang tak tertulis..=D

Tapi part yang paling best, bile dapat kawan-kawan yang sangat best & senget. Sangat sepoting. Rindu banget sama kalian!

selesaii..

Monday, January 5, 2009

SchoOLaGi

Pada masa bila kita perlu tentukan masa depan kita. Mahu bermula dari mana? Dari kecil seawal usia masih bertatih kah? Waktu tadika kah? Selepas UPSR kah? Selepas PMR kah? Atau selepas SPM? Haa..pilih-pilih mana yang berkenan..beli satu free satu =P

Semalam, aku isikan permohonan online ke sekolah teknik untuk anak sedara aku yang sulung...Cik Kak Long. Dari dulu dia cakap kat aku, Kak Long nak jadi Akauntan. Jadi selepas result PMR keluar, aku kata if Kak Long tak dapat masuk aliran akaun kat sekolah lama (asrama)...Maksu try applykan sekolah teknik la..amik perdagangan. Harap-harap sangkut. Dia kata ok je. Aliran sains yang lain dia tak nak katanye.

Aku cuma nak dia duduk asrama je. Kalau dia duduk kat rumah, aku konfiden dia tak belajar. Tak pasal-pasal jadi pengasuh adik-adik..dengan handphone melekat 24hours.

Kalau boleh biarlah dia boleh jadi contoh kat adik-adik & sepupu-sepupu yang lain. =)

Ngaa~~ni la dilema anak sulung kan? sape anak sulung angkat tangan!
Anak sulung akan diharap menjadi yang terbaik supaya boleh dijadikan contoh teladan kepada ahli keluarga yang lain. Betul tak?

Anak bongsu pulak. Anak bongsu pun ada tanggungjawab yang berat. Ibu bapa mesti mengharapkan anak bongsu membuat perkara yang lebih baik dari adik-beradik yang lain. Kesilapan adik-beradik yang lain diharap takkan diulangi oleh si bongsu. Bayangkan kalau dia mempunyai 12 org adik beradik (nasib baik aku 6 org je =P). Haaa..gugur rambut ko nak pikir camne taknak mengulangi kesilapan-kesilapan adik beradik ko yang lagi 11 tu hihi..

Amaran pihak berkuasa~anak-anak yang di tengah-tengah..jangan nak suka suki nak wat silap yek!
Anda akan disabitkan dengan kesalahan menganiaya dengan niat Cik Bongsu. Maksimum penjara seumur hidup++sebat 1000 kali++

schoola!

Mari adik-adik..kite gi sekolah!


Ngaa~~aku sik da adik yang mau di ajak ke skola...tapi aku ada anak-anak sedare yang baru nak jejak kaki ke alam persekolahan..tadaaa..~~perkenalkan colan-colannye :

Colan pertama
Nama : Puteri Ainin Aininah Bt. Raja Aris Fadzilah a.k.a Nina @ Nana
Sekolah : SK Kg. Jawa, Klang

Keterangan :

Berpeluang besar untuk tidak dapat memasukkan nama ayahnya di dalam daftar UPSR, PMR mahupun SPM seperti Kak Longnya, atas alasan cikgu~nama terlalu panjang. Orangnya sangat pengemas, mungkin ada kemungkinan mencubit sesiapa sahaja yang mengotorkan mejanya. Sesuai untuk jawatan Ketua Kebersihan Kelas. Terpaksa mencari kawan-kawan baru kerana dia berPra-Sekolah di kampung bersama Opahnya. Tidak berpeluang lagi nak paw Opah mainan mahupun cekedis setiap kali pergi ke Pekan Parit. Jangan harap ko dapat gi sekolah naik kereta selama 3bulan seperti dulu sebab Maksu takde kat sana nak anto ko haha..

Colan Kedua

Nama : Nur Harizah Bt. Hasnizal a.k.a Jaja
Sekolah : SK. Taman Setiawangsa, KL (eh, ade taman ke?hihi..lupe)

Keterangan:

Ada potensi untuk menangis di hari pertama. Sangat manis bila berkata-kata. Juga amat suka mencubit. Mungkin sesuai untuk jawatan Ketua Disiplin ataupun pengawas. Suka ketawa dengan kuat~mungkin akan menganggu ketenteraman jiwa seisi kelas. Juga cemerlang dalam aktiviti menjerit seperti abang-abang dan kakaknya. Sesuai untuk memasuki Kelab Koir.

Colan Ketiga

Nama : Nur Atikah Fakihah Bt. Khirul Ismail a.k.a Ika

Sekolah : Tadika Iman (tadika kesayangan kakaknya)

Keterangan :

Anak manje Ayah. Sangat gembira pada hari pertama (Makde yang cakap =P). Sangat suka bercakap. Bila bercakap macam orang tua je gayanya. Sesuai untuk jadi pemidato atau pendebat yang bisa mematahkan serangan-serangan Israel..opss..=P. Mungkin akan cepat mendapat kawan. Juga pemikir yang hebat. Tahun lepas, pada ketika aku mendukung dia..aku pun cakap: "Ika, apsal Ika berat sangat nih?Ika makan apee??". Dengan muka slumbernye dia jawab : "Ika makan hati Maksu!"..(Dia ni tau ke tak makna 'makan hati' tuh?). Ini budak kicik memang pandai wat lawak serius=P. Mungkin boleh menjadi Ketua Darjah yang berdedikasi.

Fakta : Ketiga-tiga mereka adalah ahli beradik yang terakhir dalam keluarga masing-masing. Jadi lengkaplah sudah anak-anak sedara ku yang bersekolah.

~hanya ingin kamu tersenyum~

apaQah?

pernah kamu menelefon kawan kamu dengan hanya alasan di atas?

bagus-bagus..

tapi yang tak bagusnya..bila asyik telefon, menganggu ketenteraman jiwa kawan kamu..tapi kawan aku akhirnya gelak besar bila dengan alasan kamu~hanya ingin kamu tersenyum~

adoi..pening kawan..

BERSAMBUNG...
(sebab aku malas.dan mau buat keje.kelmarin bos mau baling botol ayo die kat aku.sebab aku tak siap-siap lagi keje.hahaha.tak takut pun =P)

Saturday, January 3, 2009

Hujan Sana-Sini

Sudah 2 hari berturut-turut hujan tanpa henti menyimbah bumi Kuantan. Sesetengah jalan, air dah mula bertakung. Jangan banjir sudahlah. Nanti susah pulak nak bergerak ke sana-sini.

Time hujan ni memang sedap tidur..mata pun rasa susah je nak bukak. Bangun pagi-pagi mengeletar je bila kulit bertemu air.

Teringat pulak peristiwa banjir besar kat Johor 2 tahun lepas. UTHM pun join sekali terlibat..tak pasal-pasal jadi mangsa banjir. Tak pasal-pasal cuti 2 minggu..dan tak pasal-pasal tiap-tiap malam ada kelas ganti..itulah yang paling berat tu. KELAS GANTI..malam pulak tuh! Kepala pun dah rasa senget sebelah..tak stabil..

Hari pertama banjir..kitorang ramai-ramai pegi tangkap gambar dan naik bas keliling U..saje nak tengok banjir..pastu ramai student yang lari balik..kitorang je yang termangu-mangu lagi kat situ. Gosip pasal kafe tak nak bukak esoknya pun tersebar luas.

Dan pagi-pagi esoknya, ada seseorang wat delivery mee goreng kat aku..mm..terima kasih sebab sanggup meredah banjir kerana nak bagi mee kat aku dan mee tu aku kongsi bersama-sama kawan-kawan aku. Sampai sekarang dorang tak tau camne aku leh tiba-tiba ada mee goreng.. (atau dorang memang tau tapi saje je wat taktau =P)..Tapi, orang yang selalu ada instinct sama dengan aku tu mesti tau kan?=)

Akhirnya, tengahari tu semua buat keputusan nak lari sebab gosip elektrik bakal takde pulak tersebar. Aku & Ema decide nak balik JB je..jadi dengan ihsan Payer (Time kasih Payer!) yang menumpangkan kitorang, kitorang pun selamat la lari ke JB..hihi..dan aku pun bersenang lenang kat umah Abang aku...=)

Sebagai balasan kepada kecutian kami, tiap-tiap malam berderet-deret kelas malam..=) dan jadilah ia semester yang paling pendek, paling perit, menyiksa jiwa, kelam kabut dan sebagainya.

Kenangan itu sangat indah sekarang =P Dulu, ianya sangat perit dan menyiksa jiwa!

Moralnya di sini :

Kenangan yang pahit..kadang-kadang sangat manis untuk di kenang..

Thursday, January 1, 2009

Mula & Akhir

Bila kita tahu bagaimana sesuatu itu akan berakhir, adakah kita tetap akan memulakannya?

Contohnya macam perompak..dia tahu apa yang dia buat salah dan ada kemungkinan dia akan ditangkap..tapi dia tetap buat jugak..

Kalau dalam perhubungan pulak..contohnya kita tahu pakwe/makwe kita playboy/playgirl..tapi kita tetap kawin dengan dia walaupun kita tahu ada kemungkinan dia akan kembali ke perangai lama after married. wakaka..

Sebenarnya aku bukan nak citer apa-apa pasal ayat tu..saje je wat mukadimah..haha...ayat tu aku dapat masa tengok drama bersiri Ampang Medikal. Baru sekarang aku dapat tengok citer tu...dulu nak tengok tapi tak berkesempatan..nasib baik sekarang ade internet hehe..

Kenapa aku suke tengok citer tu? Pertama, sebab aku memang suke tengok citer doktor-doktor ni..kedua, sebab pelakon utama dia a.k.a Dr.Siti very cute!hahahaaa...cume citer ni sangat Grey Anatomy...hehe..sebab doktor-doktor dia sangat sosial..slumber gajah tido tanpa nikah..tak seswaii..nasib bek Dr.Siti tak camtu..hihi..comel Dr.Siti..

Kenapa aku suke tengok citer pasal doktor-doktor yek? aku bukanlah bercita-cita nak kawin dengan doktor macam Intan (hahahaha~=P)..cuma aku suke tengok dorang keje..tambah-tambah kalau drama tu citer pasal doktor pelatih macam drama ni. Citer pasal doktor ni, macam-macam istilah bommbastikuss yang keluar..

Ternganga jugak la aku tengok..Kagumnyeee..sambil tu bayangkan camne kawan-kawanku seperti Yana, Azizah, Anim blajo yek? Aku sangat kagum dengan kalian..Moga kalian berjaya menjadi doktor =)

GILE tingtong kena menghafal camtu..walaupun aku suke sejarah yang memang kena menghafal..tapi rasenya kalau menghafal benda berkaitan sains & biologi ni memang aku fail..hampehuss..kalau bab hafal citer novel ke..drama ke..tu memang aku terer sket kuang3~~

Dulu masa sekolah..mak pernah wat request..katanya "kalau boleh mak nak anak mak adelar sorang jadi doktor..ataupun cikgu"...

Adohai mak...walaupun anak mak ramai..tapi mak wat request time tu cuma aku & akak aku, Cik Sharmizal je yang sedang blajo..yang lain dah koje..mane aciiiii....!

Akhirnya..doktor takde..cikgu pun takde..hehe..engineer buleh mak? Pakej 3 orang skali haha..

Takpe, walopon anak mak ni tak jadi doktor..tapi die suke tengok citer doktor-doktor mak..jadi lar tu kan?miong3~~~ =D

Tapi..urmm..memang doktor kena hensem ke?hahaha....~~ YANA SILA JAWAB..=P LaLaLaa~~~

2.0.0.9

Tahun baru dah..erk..dah nak 24 dowh..semalam ade orang tanya aku..masa balik dari Giant beli kanvas kete kakak die..selepas makan kopok lekor kat umah kak siti+bro chah..hihi..

die tanye, apa azam tahun baru?tahun baru plus tahun hijrah la katenye..urm..aku pun pandang keliling..gelap je (memang la..malam haha)..yang aku nampak cume kete kancil putihku je..pastu aku pun dengan muke konfiden (haha..) berkata, "aku nak upgrade kancil ni jadik BMW X5!"...pastu die pun cakap.."Hoi, ko nak wat azam pun bior la agak-agak skettt.."...hihi..adeke tanye aku ape azam aku?penah ke aku set azam tahun baru? selama ni kalau orang tanye, aku main cakap je..tanpa niat pun..hak3~~~

Kenapa setiap kali tahun baru kena set azam ye? Anybody can tell me why?with concrete reasons..(erk,concrete..reinforcement ke, starter bar ke..or plinth hahahaha~~sangat construction)Ngeee~~~

Takpelar..demi tidak menghampakan sape-sape yang bertanya..aku tuliskan juge..tapi takdelar boombastikuss macam orang lain...

1. 31 Dec 2008..seorang teman mesej aku..antara lain katanye.."Adoyai runimah..sedap gile langgar katil besi tadi. Sampai lebam pehaku ini.Teringat kita kat cik munirah yang suke lebam tak tentu pasal tu ;)"

Jadi..mungkin azam aku buleh begini..saya berjanji akan mengurangkan lebam tanpa sebab yang munasabah...=)

2. 2 bulan yang lepas aku ade mengadu pada bekas teman sebilik aku di universiti semasa kitorang berYM..aku kata "weh..sakit tu tangan aku kene iron.."..Pastu die jawab "kalau kau yang kene, aku tak heran pun..biasa dah tu.."

Urm..aku memang biasa iron tangan sendiri..mungkin power cermin mata aku dah makin kurang..2-3 hari lepas pun aku dah iron jari terlunjuk aku =)..kagum aku pada diri sendiri.

Jadi..mungkin azam aku buleh begini..saya berjanji akan menambah power cermin mata ke tahap yang lebih tinggi.

sekian.terima kasih..

Ngaa..oke tak azam aku?simple je..life is simple kan...=) dont make it difficult..wakaka..~~~=D