Sunday, November 30, 2008

Fobiana Traumatik

Ada seorang teman pernah berkata..kalau boleh dia mahu cinta pertamanya adalah cinta terakhir..tapi kesudahannya dia tak berjaya pun. Oleh kerana dia terlampau obses (kalau boleh dikatakan obses) pada prinsipnya tu, dia jadi orang yang trauma sekarang.

Bukan dia takde kawan lelaki..ramai..tapi setiap kali dia mula rapat dengan seseorang, secara drastiknya selepas itu dia akan menyembunyikan diri (atau mungkin lebih tepat, menjauhkan diri). Pada dia, dia takut untuk melalui satu lagi fasa bercinta yang tak berkesudahan dengan yang baik. Hoho..sampai macam tu sekali. Kesian...macam citer Renjis plak..huhu

Salah siapa sekarang? Mmm..Takde sape-sape pun yang salah...cuma kadang-kadang kita tak berani (atau mungkin lebih tepat takde kekuatan) untuk menghadapi perkara mendatang... Semangat tak kuat mungkin...Apa-apa pun..hidup mesti diteruskan. Kadang-kadang sesuatu perkara terjadi tanpa di duga..perkara yang kita anggap susah atau sukar sebenarnya akan jadi mudah bila kena pada cara dan ketikanya. Kadang-kadang tak masuk akal jugak.

Teringat pada filem Selamat Pagi Cinta~ Lakonan Pierre Andre, Fazura, Que Haidar & Sharifah Amani. Pierre Andre & Fazura kahwin dengan cara yang cukup mudah..baling syiling 50 sen je..(Fazura & Pierre baru kenal masa tu). Dalam drama Takdir Yang Tercipta pulak, Fahrin & Umie Aida kahwin sebab masing-masing nak buktikan pendapat masing-masing..kiranya macam cabar-mencabar je la..inilah buktinya kalau kita nak menyenangkan hidup kita..haha..tak payah susah-susah..ambil syiling..baling je..

=P Setel!

~ Mari Teroka Hidup Yang Misteri ~

Ahad oh Ahad..

Bila tiba hari Ahad..aktiviti pagi sama je..basuh baju..basuh kancil pintar..kasi berkilat sikit kancil pintar tuh..
ramuan untuk memandikan kancil pintar
splashhhh!!


buih-buihan..

bukak kepak..

check minyak itam & ayo

bersih bahagian dalam pulak..;)

pas abis cuci kereta...kita makan!!nyummm..

and after that layan lagu Suaraku (Hijau Daun) berpuluh-puluh kali bersama-sama dengan En.FiQ..(haha..humangai..boleh aku eja nama anda begini?)


Penunggu

Sebenarnya tadi ada orang janji nak bercerite dengan aku..(ayat dia:nak mengadu)...tapi sampai sekarang takde pun...aku tunggu jugak..nak kate dia nak ym..dah offline pun..nak emel?takde jugak..lupa la 2 kan..
tadi dia kate die bz..keje..sok nak outstation..mm..takpelar..
kamu tau kat mana nak cari kite...
uhuk2..'(

Ressa Herlambang

Ngee..aku ada letak video Ressa Herlambang kat blog ni..1st time dengar lagu dia time citer Takdir Yang Tercipta~lakonan Fahrin & Umie Aida...

cam best plak lagu dia..so mari kite berkongsi dengar ye..

StaY TuNe StaY BacK StaY Upp...;)

Menjaga Hati..

Macam mana nak menjaga hati ye..bukan macam lagu Yovie & Nuno tuh..Menjaga Hati..hihi..

orang kata hati ni bahagian terpenting dalam diri kita..bukan sebab kita makan guna hati, atau tido guna hati...tapi kerana hati (yang hanya segumpal darah)..ia mempengaruhi seluruh jiwa dan pemikiran kita. orang kata lagi..kalau bersih hati, baik la dia..tapi kalau hitam, alamatnya, saudara mara syaitan laknatullah la dia..ngee...

"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memandang segak tubuhmu dan tidak pula pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barangsiapa memiliki hati yang soleh maka Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai ialah yang paling bertakwa"

(Riwayat Muslim dan al-Tabrani)

Begitulah pentingnya hati bagi seorang manusia. Aku pernah berdiskusi dengan kakak ipar aku...mengenai perihal seseorang yang aku kenal...betapanya orang yang aku kenal itu seorang yang sopan santun, hormat pada orang tua dan kaki masjid juga..tapi bila tiba hal mengenai hal hubungan antara bukan muhrim..dia seolah-olah sangat terpesong jauh...

Jawapan kakak ipar senang je..."hati dia tak ikhlas...ibadah yang dia lakukan bukan secara ikhlas"

Aku pernah hadiahkan dia buku "Ubat hati" tulisan Siti Nor Bahyah...tapi dia menolak..katanya, dia sudah tidak boleh berubah...dan dia tak suka membaca (bahan ilmiah macam tu)...tapi setelah aku berkeras..baru dia ambil..pastu aku tak tau la..samada dia baca atau tak..harap-harap dia baca lar...ngee....

Saturday, November 29, 2008

Suaraku

Hijau Daun - Suaraku (Berharap)

Disini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu
Bila esok hari datang lagi
Ku coba tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu, Oo~ meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenungdi tempat ini aku bertahan
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
Kalau aku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu, oo~ aku menunggu
~{}~
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinyaA
ku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
Oo~Suara dengarkanlah aku
Song by Hijau Daun...

baru 1st time dengar nama grup nih..ni pun akak aku yang anto kat aku..
sedap gak lagu dorang..leh layan lar...hehe
aku pun hampir terlupa pasal emel akak aku ni..tadi baru terperasan yang aku tak buka lagi..hehe..
ngaa...pas donlod and dengar..not bad ar..memang taste aku haha.. =P

Tuesday, November 18, 2008

buat yang pertama

ini yang pertama aku nulisan di sini..ngaa..anak sulung aku..saje nak try tukar. nak guna blogspot pulak.kuang3~~
mm..sebenarnya nak wat benda lain tadi..tapi biasalar..kita hanya merancang Tuhan yang menentukanNya..miong3~~..
hari ni untuk kali yang ketiganya (kat tempat & parking yang sama)..aku kene kompaun dengan MPK sebab tak letak kupon parking. time aku letak, takde plak dorang nak datang check..time aku dah abis kupon lar baru nak datang. yang sadisnya sebab kat parking depan ofis je. dulu masa bulan puasa, dorang memang tak datang langsung..gumbire la beta! =P tadi pas keje, aku suh mamat kat bengkel sebelah tukarkan lampu signal depan aku yang dah terbakar..sambil-sambil tunggu dia,tak perasan plak ketas kompaun tuh..time nak hulur duit kat bro tu baru perasan..secara otomatiknya aku terjerit...hahaha..terkejut mamat tuh..hai,melayang-layang je duit aku gi kat MPK tuh..tarak guna betol! miong3~~
ni 2 resit kompaun terdahulu + 1 resit saman polis trafik--> salah parking hahaha (aku memang ada masalah dengan parking!)


malam..dapat rasmi kereta baru seorang hamba Allah ni..hihi..sapekah die?jeng3~~ sedap gak kete tuh walopon second hand..=)